Tuesday, December 28, 2010

Mana Anda Pilih...???

Assalamualaikum dan Salam Sejatera..

4 hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2011..boleh lah bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada 2010 yang telah dilalui dengan pelbagai kenangan pahit manis..Mungkin ada yang sudah hampir penuh diari 2010 dan ada juga yang tidak terusik pun satu muka surat diari 2010 mereka..Itu tidak mengapa, terpulang kepada siapa pemiliknya..Mungkin juga pemiliknya suka menyimpan kenangan didalam fikiran dan minda mereka dan dikongsikan dengan bercerita serta berkongsi pengalaman kepada rakan-rakan, orang rumah ataupun ahli keluarga..Sapa tahu kan..??

Bagi yang merekodkan segala kenangan, peristiwa serta pengalaman didalam diari atau buku 555 mereka, dipenghujung tahun nanti segalanya akan menjadi titik tolak u ntuk melihat pencapaian mereka sepanjang tahun samada tecapai ataupun tidak..Sekurang-kurangnya ianya memberi impak yang ketara azam yang dicatata pada permulaan setiap tahun mungkin belum tercapai..Mengapa..?? Catatan itulah yang akan menceritakan segalanya dimana kelemahan atau ke mana tuju masa yang dihabiskan sepanjang tahun..??

Bagi saya, saya bukan pencatat seperti yang saya ceritakan kerana saya belum bersedia untuk mencatat segalanya didalam buku (jarang nak bawa buku ke hulu ke hilir..dan kadang-kadang terlupa dicatata apa yang berlaku pada hari berkenaan)..Tunggu lah Blackberry Playbook atau Apple iPad didalam genggaman barulah saya cuba praktikkan..Bagaimana?? Senang je, buat coretan dalam blog ini lah..hehe Nanti lebih mudah untuk update blog..tiap2 hari saya akan kongsikan dan catatkan apa yang berlaku..dan akhirnya, saya ada rekod harian terus menerus di internet..(kalau tak faham apa yang diceritakan, teruskan sahaja membaca ok..tak perlu ambil berat pun..)..


Seperti mana kita membuat pilihan rangkaian televisyen yang sedia ada sekarang, begitulah kita cuba pilih siapa yang bakal kita bayar untuk merakamkan saat-saat indah hari bersejarah dalam hidup kita..Mungkin ada yang masih memikirkan atau secara automatik terus terbayang saat perkahwinan sebagai hari bersejarah..Ianya tidak salah tetapi bukan itu sahaja yang boleh menjadi kenangan istimewa dan bersejarah dalam hidup kita..Banyak lagi termasuklah menyambut kelahiran baru, saat bersama yang tersayang (termasuk isteri dan anak-anak), saat menerima segulung ijazah (diploma atau sijil pun ok jugak), saat-saat manis bercuti bersama keluarga atau pegi melancong bersama keluarga, kejayaan dalam satu perancangan (contohnya berjaya mendaki/menawan gunung tertinggi dikawasan anda (walaupun bukit atau gunung tu rendah je kalau nak dibandingkan dengan Everest) dan banyak lagi lah..semuanya kalau dirakamkan dengan baik dan "in proper way", Insya Allah, satu hari kelak ianya akan menjadi satu kenangan yang sukar untuk dinilaikan dengan wang ringgit.

Saya cuma mahu berkongsi apa yang ingin dikongsikan dan terpulang kepada anda semua untuk menilainya dan mula berfikir dimana baik dan pentingnya fotografi dalam kehidupan anda (jangan salah gunakan sehingga mengaibkan org sudahlah..)..

Seperti biasa, dipenghujung coretan, saya tidak jemu untuk berkongsi dan menyarankan kepada bakal-bakal pengantin, jgn buat keputusan saat akhir untuk mendapatkan khidmat jurugambar bagi hari perkahwinan anda..Buat persiapan/tempahan awal supaya ianya bukan menjadi perkara terakhir dalam susunan 'checklist' anda...Tiada apa yang dapat menceritakan semula kenangan manis berkenaan selain daripada rakaman video ataupun gambar yang diambil pada hari berkenaan. Berbelanja lebih bagi fotografi bukan sesuatu yang merugikan tetapi satu perlaburan yang baik dan memuaskan.

PILIH JURUGAMBAR ANDA DENGAN BETUL DAN BUAT PILIHAN JURUGAMBAR MENGIKUT APA YANG ANDA MAHUKAN DAN INGINKAN. JIKA PERLU UNTUK BERJUMPA LEBIH DARIPADA SEORANG, JANGAN TAKUT UNTUK BERBUAT DEMIKIAN KERANA HAK MEMILIH DITANGAN ANDA.




Pendek kata, terima kasih kepada semua dan kita jumpa lagi untuk "new post" yang akan datang...


JANGAN TUNGGU LAGI, TEMPAH SEKARANG DAN ANDA TIDAK AKAN MENYESAL...!!!





Zulhafizan Bin Jamel
Wedding Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
In Association with Whiteroom Studio

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

1 comment: