Wednesday, December 17, 2008

Web Blog Terbaru dzulfotografi kini beroperasi..

Salam dan selamat kembali..

Untuk makluman anda semua yang setia melawati blog saya, disini saya nak kongsikan web blog terkini saya kepada anda semua dimana di web blog berkenaan terdapat lebih banyak sampel custom album yang telah saya siapkan sepanjang 6 bulan terakhir tahun 2008.

Anda boleh klik link berkenaan untuk terus masuk ke laman web blog terbaru saya.

Komen, cadangan ataupun sebarang pertanyaan anda juga boleh buat di laman web blog berkenaan.

http://dzulfotografi.weebly.com

Thursday, December 4, 2008

Custom Album - Archieve Sample 3

Lama dah saya tak updatekan sample-sample design yang telah saya buat untuk Custom Album (contoh untuk rujukan client)..Disini, sekali lagi saya masukkan satu lagi design yang telah siap dan sekarang dalam proses post-processing sebelum dihantar kepada pemiliknya (pengantin berkenaan).

Kepada Encik Zulkarami Jamel dan Puan Ratina Amin, terima kasih yang tak terhingga kerana memilih dzulfotografi untuk merakamkan sesi fotografi perkahwinan anda.

Seterusnya, saya akan masukkan 2 lagi sampel untuk tatapan anda hasil kerja saya dimasa hadapan (dalam masa terdekat ini kerana masih dalam proses editing)..

Klik gambar untuk lebih jelas.
(watermark disudut kanan bawah - automatik watermark utk copyright dan design asal/ori bebas dari watermark berkenaan)


Cover Hadapan.


Cover Belakang.


Page Intro.


Page 1 - 2


Page 3 - 4


Page 5 - 6


Page 7 - 8


Page 9 - 10


Page 11 - 12


Page 13 - 14


Page 15 - 16


Page 17 - 18


Page 19 - 20


Page 21 - 22


Page 23 - 24





Koleksi Custom Album - dzulfotografi wedding photographer 2008

Wednesday, December 3, 2008

Who Am I ??

Pertama sekali, saya rasa, saya ni juga tergolong dalam kategori photographer bising. - (sama seperti idola saya, En. Hasnuddin (Adan Impresif)..

Petikan dari fototeacher.com - Photographer diam yang dimaksudkan, ialah photographer yang diam-diam ubi, makin tunduk makin berisi. Photographer macam ni sebenarnya ada ramai kat dalam Malaysia ni. Mereka ni semua berilmu tinggi, berpengalaman dan yang paling penting sekali, hasil gambar diaorang ni superbbb. Cuma, diaorang ni tak bising. Diaorang tak berapa ‘bercakap’ dalam forum, tak berapa aktif sesi teh tarik, malah, ada yang tak ada laman web langsung. Kenapa diaorang diam? Sebab diaorang tak ada sebab nak bising di media internet. Biasanya, diaorang ni cari makan guna ‘lubang’ tersendiri, cari makan bukan melalui dunia internet. So, di sini, salute dari saya untuk photographer-photographer diam di seluruh Malaysia!

Photographer bising pulak - seperti saya, terpaksa buat bising (cuba untuk tidak melebihi had bising yang dibenarkan). Buat bising kat tempat-tempat tertentu seperti blog dan laman web adalah untuk cari makan. Untuk bagitau apa yang saya buat, tunjuk apa gambar yang saya shoot dan sebagainya. Ini tidak lebih dari sekadar bertujuan untuk mempromosi dan memasarkan produk niaga yang saya ada sekaligus berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan yang ada. Jadi, harap anda fahamlah golongan jurugambar bising macam saya. Bukan nak tunjuk pandai, kalau salah harap dimaafkan.


Terima kasih kepada En. Hasnuddin (Adan Impresif).

Petikan diambil daripada fototeacher.com

Kamera Untuk Tutup Malu

Isu kamera murah dan kamera mahal memanglah satu isu yang sentiasa dibincangkan. Orang baru dalam fotografi sentiasa terdorong untuk membeli kamera yang tercanggih yang ada di pasaran, yang kadangkala membebankan dari segi kewangan. Sindrom ini jadi makin kronik bila kawan-kawan selalu ‘racun’ kita untuk beli kamera dan accessories yang terbaru dan terbaik di pasaran.

Dari pemerhatian saya, ini terjadi kerana orang baru dalam fotografi tiada keyakinan pada diri sendiri. Mereka kurang pengetahuan fotografi dan kurang pengalaman. Jadi, untuk menutup kelemahan diri, ramai yang ambil jalan mudah – beli kamera mahal lagi canggih, dengan harapan, gambar yang dirakam akan jadi hebat secara otomatik. Malangnya, pendapat ini tidak benar.

Orang baru harus banyak belajar, banyak bertanya, banyak mengkaji dan banyak berlatih merakam gambar. Dengan cara ini, anda akan cepat pandai. Anda akan dapat keyakinan diri. Anda perlu yakin, bahawa, yang membuatkan gambar yang anda rakam itu cantik adalah kemahiran yang ada pada diri anda, bukannya disebabkan oleh kamera yang canggih.

Bila anda masuk bidang fotografi dan ingin jadi jurugambar, pastikan bahawa, minat utama anda ialah untuk hasilkan gambar yang baik, bukan mengumpul berbagai jenis peralatan kamera dan membeli setiap kamera keluaran terbaru. Maksudnya, jika ingin jadi jurugambar yang baik, anda harus fokuskan masa dan wang anda lebih kepada pembelajaran dan penguasaan kemahiran fotografi. Kamera hanyalah sekadar alat.

Jika anda ada kamera mahal, kamera tersebut akan jatuh harganya selepas beberapa tahun. Tapi jika anda ada ilmu dan kemahiran fotografi dalam diri anda, ianya tidak akan jatuh nilai, malah nilai diri anda sebagai seorang jurugambar akan sentiasa naik dengan setiap kemahiran dan ilmu yang anda perolehi.

Tidak salah membeli peralatan kamera mahal jika anda mampu. Tapi, sebagai jurugambar, pastikan bahawa, kemahiran anda sentiasa lebih hebat dari kamera anda. Janganlah hanya sekadar bergaya dengan peralatan hebat, tapi takut nak tunjuk hasil gambar.

Memang ada golongan yang digelar camera collector. Ianya juga satu hobi yang baik dan menarik. Tapi, kalau anda ingin dikenali sebagai jurugambar, anda lebih patut rakam dan collect gambar yang baik, bukan collect peralatan kamera.

- Hasnuddin