Thursday, December 9, 2010

Salam Maal Hijrah...



Pertama sekali saya mengucapkan selamat menyambut kedatangan Awal Muharram yang telah jatuh pada beberapa hari yang lalu (rasanya masih sempat lagi untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua rakan-rakan dan "follower" saya)..

Alhamdulillah tahun baru Islam telah muncul sekali lagi dan saya amat berterima kasih dan bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan bernafas dengan bebas dan tanpa dikenakan sebarang bayaran, masih kuat untuk menempuh dugaan yang sentiasa berada dihadapan, masih dapat mengucap syukur dan menikmati segala ciptaanNya dan banyak lagi yang sukar untuk diungkapkan.

Sehari sebelum tiba tahun baru Islam, saya dengan rela hati telah membotakkan kepala saya. Jadi rakan-rakan sekalian, jangan pulak terkejut dan tidak dapat mengecam pulak nanti...hehehe

Satu cara bagi diri saya untuk menyambut tahun baru dengan azam baru, wajah baru dan semuanya baru..Insya Allah selepas ini segala azam yang ditulis didalam hati ini akan cuba untuk dipenuhi dengan sempurna. Doakan kejayaan saya dimasa hadapan. Apa-apa pun, saya rasa tahun depan akan menjadi tahun yang lebih mencabar kerana apa yang saya putuskan pada tahun ini akan menjadi titik tolak permulaan untuk mencabar diri saya dengan kehidupan yang lebih mencabar dan penuh dugaan.

*Gambar diatas diambil malam sebelum tahun baru Islam. Ngam-ngam habis shoot, lampu-lampu dibangunan tersebut dipadamkan selepas jam 12 tghmalam..


Jumpa lagi...






TEMPAHAN UNTUK 2011 SUDAH DIBUKA.


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

1 comment: