Tuesday, March 31, 2009

Before & After - Post Processing by dzufotografi


Dalam keadaan serba bosan tanpa sebarang kerja yang perlu disiapkan, saya mengambil kesempatan untuk mencuba membuat satu 'editing' gambar melalui penggunaan perisian Photoshop CS2 yang saya miliki. Dahulu memang banyak jurus-jurus edit dipelajari tetapi setelah sekian lama kurang duduk 'bermain' dengannya, banyak yang saya sudah lupa.
Gambar berkenaan di ambil dari koleksi saya yang lepas (Photo - Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Bandar Bintulu).

gambar sebelum

Gambar berkenaan adalah selepas diedit semula dengan efek 'Aged Photo' dan kemudian saya tambahkan perasanya lagi dengan penambahan efek 'Ray Of Light' dengan menggunakan Photoshop CS2. Mudah sahaja dan efek sebegini amat sesuai sekiranya ada gambar yang menampilkan keadaan yang bercahaya dari sudut-sudut tertentu. Biasanya gambar yang ada 'ray of light' ini terdapat pada gambar yang diambil seawal pagi hari. (dari beberapa pendapat jurugambar pro).

gambar selepas

Ini hasil karya editing yang boleh dianggap 'beginner' dan Insya Allah, di masa hadapan, sekiranya ada peluang dan percubaan baru, saya akan kongsikan lagi untuk siri editing.


Zulhafizan Jamel

016-8919325 / 013-8169912
dzulfotografi wedding photographer

Monday, March 30, 2009

TT PGX Bintulu - Pantai ABF, Bintulu






Friday, March 27, 2009

Custom Album Design - Diana & Mokdar


Cover Hadapan & Belakang


Muka 1-2 dan Muka 3-4


Muka 5-12


Muka 13-20

Semuanya adalah 'by layer' (Custom Album 8x24 inch) dan disini ianya saya gabungkan sekali utk mudah di kongsikan bersama.

Hati-hati dengan kad kawen anda !!

Apa yang nak di kongsikan hari ini adalah perihal kad kahwin, kad hari jadi dan sewaktu dengannya..
Hanya untuk makluman bersama, dan juga bolehlah anda (pembaca sekalian) untuk mewar-warkan/menyampaikan/berkongsi kepada kawan-kawan atau pun saudara seislam mahupun dari agama lain. Petikan ini diperolehi daripada satu laman yang saya sudah lupa di Internet.

"Pagi semalam mendengar tazkirah di RMKL, mungkin ada diantara you all dengar juga. Ianya berkaitan dengan kad-kad jemputan. Yang kita terima atau pun yang kita beri kepada orang. Tak kiralah kad jemputan jenis apapun.

Kad kahwin, kad ucapan, kad birthday dan macam-macamlah jenis kad sekarang. Yang paling utama sekali kad jemputan Kahwin. Sekiranya kita nak membuat atau nak menempah kad kahwin tersebut, sebaik-baiknya jangan sekali-kali tulis perkataan Bismillah atau Assalamualaikum atau Hadis-hadis dalam bahasa arab or jawi.. Tulislah dalam bahasa rumi. Sebab nya, setiap kalimah dalam bahasa arab itu, ada kalimah Allah dan dzat-dzatnya.

Orang yang menerima kad tersebut belum tentu akan menyimpan kad tersebut untuk selama-lamanya seperti menyimpan al-quran. Rasanya kebanyakan kita pun membuangnya dalam tong sampah. Jadi, janganlah kita memandang kecil perkara ini, yang mana dosa membuang kad yang tertera kalimah allah itu sama dengan kita membuang al quran. Dan simpanlah dengan elok dan untuk selama-lamanya kad-kad yang kita terima sekiranya tertera kalimah allah. Kalau nak buang, buatlah sepertimana cara kita nak memusnahkan al-Quran lama.

Wallah hu alam.

P/S: Kekadang perkara yg kecil seperti ini kita tak perasan walhal impaknya teramatlah besar.....

komen penulis:
hmm..nampaknya aku sendiri antara 'pembuang' utama kad2 jemputan ni...disebabkan kadang-kadang tak suka tengok rumah bersepah, nak disimpan pun tiada 'kepentingannya' dan out dated, dan kadang-kadang yang disimpan pun kad yang begitu cantik dan mahal saja yang dipilih utk disimpan; lalu aku pun buatlah tugasan 'cleaning' dengan membuang makalah-makalah ni yang ku anggap 'sampah'....aduhai...

kadang-kadang bukan terniat tp, anda sendiri mungkin mengalaminya juga..

Tuesday, March 24, 2009

Whitestudio Photoshoot by Kakigambar Photography

dzul & julia - by kakigambar photography

Hari minggu lepas sempatlah juak gi photoshoot yang dah lamak di rancang di Kuching. Bukan utk apa sebenarnya, hanya utk mendapatkan gambar yang sesuai untuk dijadikan 'bunting' bagi hari persandingan kelak.

So, dengan berbesar hati, Kakigambar Photography dipilih untuk membuat sesi photoshoot tersebut. Biarpun tidak sampai satu jam sesi berkenaan, apa yang diperlukan sudah diperolehi dan seterusnya, hasil 'design' sahaja yang ditunggu sekarang.

whitestudio photography (before any editing)

Terima kasih kepada saudara Putat kerana dapat meluangkan masa untuk sesi photoshoot berkenaan (kesian dia, demam2 pun turun juga..kalau nak cancel pun tak dapat sebab aku kerja jauh dari Kuching dan tidak ada cukup cuti untuk turun naik Bintulu - Kuching..).

julia - by kakigambar photography

Ini shoot yang aku rasa memang "cute"..hehe Itulah bakal orang rumah aku nanti. Sempat juga si Putat ni ambik shot ni..memang dia buat lawak utk dapatkan shot ini..Anyway, thanks again..(mesti tunang aku nanti gembira+malu2 kuching tengok gambar ni..hehe)

Tak lama lagi tamatlah zaman bujang aku (zaman nak enjoy ngan hidup sorang2..) Tak sabar nak tunggu hasil rekaan bunting nanti. Segala rekabentuk dan final-product akan dibuat oleh seorang rakan subahat En. Putat, En.Deha pemilik Freeway Design. Harap-harap ianya sama seperti yang digambarkan..hehe (Deha, buat cantik-cantik tau..kalau sik cantik, aku REJECT..buat semula..hehe)

dzul & julia - by kakigambar photography

Nak tahu cerita selanjutnya?? klik jak kat sitok.. >klik sini<

Ribuan Terima Kasih kepada...

Putat
Jurugambar Bebas @ Kuching
+6.019.468.6481

Monday, March 23, 2009

Tutup Lampu Anda !!!


dzulfotografi turut serta MENYOKONG
Earth Hour "Switch Off The Light"
Sabtu, 28 Mac 2009 - Jam 0830 malam

Anda semua dijemput sama untuk menyokong aktiviti ini.

Wednesday, March 18, 2009

Promosi Pertengahan 2009



Tempah sekarang dan anda akan mendapat tawaran DISKAUN HEBAT dari dzulfotografi wedding photographer..


CEPAT !! TAWARAN TERHAD !!

Lawati web dzulfotografi untuk maklumat lanjut.
.: disini :.

Saturday, March 14, 2009

Kembali lagi...

Konsert Pertama 14 Pelajar

14 pelajar Akademi Fantasia musim ke-7 buat pertama kalinya akan mempamerkan kehebatan mereka malam ini. Dengan menyanyikan lagu pilihan masing-masing dan dibimbing tenaga pengajar di akademi, mampukah mereka mencipta transformasi di konsert minggu pertama? Segalanya terjawab malam ini di Konsert Akademi Fantasia 7 minggu pertama, 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104)

Konsert malam ini juga akan menjawab, barisan pengkritik tetap untuk konsert mingguan. Apakah beberapa pengkritik yang pernah muncul pada musim sebelum ini akan dibawa semula atau segalanya bakal ditransformasi? Apapun, pengkritik yang dipilih diharapkan seorang yang berkaliber dan saling menghormati dalam mengeluarkan pendapat yang membina

Buat pertama kalinya juga, konsert mingguan Akademi Fantasia akan bersiaran dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Pastinya elemen baru akan ditonjolkan, bersesuaian dengan 'transformasi' yang dijanjikan. Apakah pula kelainan yang akan dipamerkan oleh AC Mizal yang sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai pengacara? Segalanya terjawab malam ini dalam Konsert Akademi Fantasia 7 minggu pertama, 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104)

Lihat disini untuk lanjutan info-info terkini berkenaan dengan Akademi Fantasia 7...

Friday, March 13, 2009

CLS Nike Airmax 360


Percubaan pertama untuk CLS (Creative Lighting System) yang dibuat pada 2 3 hari yang lalu. Hanya berbekalkan kelengkapan digital kamera (D70s+Nikkor 70-200mm), speedlight (SB600), kipas angin (untuk menyejukkan badan kerana kepasanan), ruang tamu rumah yang kecil, inilah hasil yang diperolehi.

Bukannya hanya untuk suka-suka dan cuba mempelajari sesuatu keadah fotografi baru yang kini semakin 'glamer' tetapi hasilnya adalah untuk memenuhi syarat LATIHAN TUBI SIRI 2 yang telah dimulakan sejak awal bulan yang lalu di dalam laman Forum Kelab Fotografi Kenyalang.


Dalam banyak-banyak 'shoot' yang dibuat, mungkin inilah yang lebih baik dari yang lain dan saya memilihnya utk dikongsikan adalah sebab kelainan yang saya buat. Tidak hanya bergantung kepada penumpuan kepada sudut yang biasa kita lihat.



Mungkin pelik tapi mungkin ianya juga sesuatu yang baru bagi saya..hehe oklah, setakat ini dahulu. Jumpa lagi kemudian nanti..



Koleksi daripada dzulfotografi/Mac 2009

Thursday, March 12, 2009

Kebakaran - Kpg Sungai Bedil, Kuching


15 buah rumah musnah dalam kebakaran berlaku pada jam 6 petang
05/03/2009 - from camera phone Ejan Manok


Video ini di ambil dari rakan saya, En. Zaini Ahmad. Kebakaran yang sememangnya akan membawa satu padah yang tidak dijangka.

Kepada semua, sekiranya anda ada membuat sebarang persiapan kenduri atau apa sahaja yang melibatkan kerja yang sibuk, INGAT, jangan abaikan KESELAMATAN !!!

Keselamatan perlu diutamakan selalu..Supaya perkara seperti ini tidak berlaku dan dapat dielakkan..

Perlukan Khidmat Juruvideo ??


Jantayu Vision @ Wedding from eshump [Jantayu Vision] on Vimeo.


Sila lihat disini sekiranya anda tidak dapat melihat video berkenaan di blog saya..
http://vimeo.com/3352752

Pakej HANYA RM700 !!
Tempah sekarang dan nikmati potongan HARGA yang amat ISTIMEWA !!

.:dzulfotografi:.
<------ klik link berkenaan..