Wednesday, December 8, 2010

Masa untuk beriadah...

Sepanjang minggu lepas dan beberapa hari dalam minggu ini, tidak banyak aktiviti yang saya buat. Kebanyakkannya hanya habis dengan aktiviti riadah bersama rakan-rakan sekerja dan rakan sepermainan..

Dalam masa yang sama, pada siang harinya, masa lebih banyak dihabiskan dirumah bersama-sama anak lelaki saya dan juga aktiviti menyiapkan rekaan custom album yang ditempah oleh beberapa jurugambar. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kebanyakkan kerja sudah pun selesai dengan baik tanpa sebarang masalah.

Pertamanya, kepada rakan saya, Abdul Rahim a.k.a Yamada (nick name beliau dalam FB), terima kasih banyak-banyak sebab sudi meluangkan banyak masa sepanjang minggu lepas dengan cadangan aktiviti yang cukup menyeronokkan dan secara peribadinya memang sudah lama saya kurang bergerak keluar pada waktu malam (bukan buat aktiviti tak senohoh) untuk merayau-rayau sekitar bandar Kuching bagi mendapatkan beberapa keping koleksi gambar pada waktu malam. Yang paling bestnya, aktiviti strobist di dalam Senso Lounge, Hilton. Nasib baik pihak lounge berkenaan memberi kerjasama yang cukup baik dengan mengizinkan kami beraksi dan mengambil gambar di dalam kawasan berkenaan. Kepada rakan saya berkenaan, nanti lepas balik dari US (United State) kita buat satu sesi lagi di lounge hotel yang lain pulak ok..hehe (jangan lupa ole-ole dari sana ok..)
Keduanya, kepada Rosman (Rouchmunt) dan juga Bob (lecturer UNIMAS), terima kasih kerana sempat meluangkan masa bersama berjalan-jalan meriuhkan suasana malam di sekitar Waterfront Kuching beberapa malam yang lalu. Ini antara gambar yang sempat diambil pada hari berkenaan.. Mimik muka Bob dibelakang adalah tanda keriangan beliau sepanjang malam berkenaan..Nice to meet u Bob..next time kita outing bersama ok.

Di atas (gambar kedua) adalah Rosman a.k.a Rouchmunt, rakan sekerja yang gemar keluar bersantai bersama rakan-rakan beliau. Seorang yang periang dan juga suka melawak. Gambar berkenaan pada mulanya tidak menjadi tetapi setelah diubah suai sedikit, hasilnya seperti yang anda nampak sekarang. Rosman, next time kita buat lebih baik lagi ok..Kita rancang betul-betul supaya Transmitter & Receiver aku tidak tertinggal dirumah..hehe
Buat masa sekarang masih belum sempat untuk menyusun beberapa koleksi gambar perkahwinan yang masih belum dikongsikan disini. Itu pun beberapa koleksi bulan-bulan yang lepas kerana kebelakangan ini agak sibuk dengan aktiviti rekaan grafik album yang banyak dan menunggu untuk disiapkan. Insya Allah dalam masa terdekat nanti akan muncul beberapa koleksi terkini daripada dzulfotografi.

Kepada bakal-bakal pengantin yang akan atau bercadang untuk melangsungkan apa-apa majlis berkaitan, termasuklah majlis pertunangan, bertekul ataupun pernikahan, jangan malu dan segan untuk bertanya samada tempahan boleh dibuat atau tidak. Saya akan cuba membantu dan memberikan yang terbaik kepada saudara sekalian. Tempahan sentiasa dibuka dan saya lebih selesa sekiranya saudara sekalian, bakal-bakal pengantin, dapat menyatakan masa yang sesuai untuk bertemu dan berbincang bagi melihat hasil kerja dan juga beberapa sampel custom album yang saya boleh tunjukkan.

Akan muncul tidak lama lagi, CUSTOM ALBUM boleh dibuat di Kuching, Sarawak..Kepada jurugambar pernikahan atau sesiapa sahaja yang berminat, kini anda tidak perlu risau untuk memikirkan kos penghantaran yang tinggi dan risiko kerosakan album apabila membuat tempahan di luar Kuching. Saya akan maklumkan berita baik ini dalam update seterusnya nanti.

Rasanya setakat ini dahulu dan saya akan sambung kemudian dengan info terkini dan perkongsian gambar terbaru daripada dzulfotografi. Sekian..Terima kasih kerana sudi membaca coretan ini.





TEMPAHAN UNTUK 2011 SUDAH DIBUKA.


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

No comments:

Post a Comment