Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakan-rakan serta mereka yang sedang membaca coretan kali ini. Diharap anda semua dalam keadaan yang baik dan selamat sentiasa.
Alhamdulillah hari ini masih lagi dapat melihat kehadiran mentari terbit dan masih berpeluang bernafas dengan udara yang segar kurniaanNya..Syukur alhamdulillah...
Mungkin apa yang dirasakan pada hari ini tidak sama dengan apa yang telah dilalui beberapa bulan yang lalu..Sedikit keseronokan semakin mula pudar dan sedikit keselesaan semakin kurang dan apa yang pasti saya hanya berserah kepadaNya dengan segala percaturan yang telah diatur.. Insya Allah dengan kekuatan yang ada serta rahmat dan rezeki yang diberikan olehNya, diharap segala cabaran mendatang dan halangan yang menimpa akan dapat dihadapi dengan cekal dan tabah.
Mungkin banyak yang tertanya-tanya apa yang berlaku bukan..?? Ianya amat peribadi dan biarlah segalanya berlalu dan hanya saya sendiri yang mengetahui..Disini hanya tempat saya mencurahkan sedikit luahan rasa hati untuk melepaskan sedikit tekanan yang tidak perlu didalam minda ini..Apa yang diperlukan adalah untuk memberi ruang yang lebih baik untuk menumpukan perhatian kepada apa yang perlu dalam mendalami serta mengasah lebih lagi kemahiran dalam bidang fotografi ini.
Perjalanan masih jauh lagi..adakah saya perlu merantau lebih jauh untuk mendapatkan lebih pengalaman dan lebih peluang dalam hidup berdikari..?? Segalanya pasti ada jawapan. Anda semua sebagai rakan dan pemantau untuk diri saya diharap dapat memberi maklumbalas terhadap apa yang telah saya lakukan selama ini. Mungkin dengan itu saya lebih dekat dengan 'cermin' yang saya perlukan untuk menilai sendiri siapa diri saya..
Oklah, terlalu banyak untuk dikongsikan tetapi oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya berhenti seketika dalam menulis coretan ini dan insya allah dikemudian hari saya akan ceritakan selanjutnya apa yang perlu saya kongsikan bersama..
Terima kasih kerana sudi membaca..
TEMPAHAN UNTUK 2011 SUDAH DIBUKA.
Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com
No comments:
Post a Comment