Pada hari semalam, saya tidak ada sebarang tempahan seperti minggu-minggu yang lepas jadi saya bercadang untuk menghabiskan masa cuti hujung minggu berkenaan dengan pergi memancing di tebingan sungai Bintulu Waterfront bersama-sama dengan beberapa rakan saya termasuk 'housemate' saya.
Pelbagai ragam sempat saya rakamkan pada hari semalam. Bukan kami sahaja yang ada di sana bahkan hampir setiap sudut dan tepian dipenuhi oleh peminat setia, pemancing-pemancing yang datang dari pelbagai tempat di Bintulu ini.
Setiap hujung minggu memang kawasan ini akan menjadi tumpuan umum termasuk orang awam yang datang untuk beriadah sambil-sambil 'usha' ikan yang pemancing perolehi..Pada petang semalam, beberapa pemancing berjaya menawan Ikan Trusan yang beratnya mencecah 5kg seekor..Mmg sesuatu yang memberi kepuasan kepada pemancing berkenaan.
Okeylah, saya tidak tahu nak ceritakan apa lagi selain mahu berkongsi beberapa gambar kepada anda semua..jom tengok kat sini..
No comments:
Post a Comment