Jurugambar Professional Perkahwinan | Kuching | Sibu | Bintulu | Miri | Semenanjung Malaysia
Wednesday, February 11, 2009
Editing & Post Processing
Biasanya, apabila pelanggan saya memilih untuk mendapatkan Custom Album (tak kira saiz apa) sememangnya saya aka buat sedikit "touch up" ke atas gambar-gambar berkenaan mengikut kesesuaian editing dan designing..
Seperti anda semua maklum, kebanyakkan jurugambar pada masa kini sudah menguasai "basic" penggunaan Adobe Photoshop sebagai "tools" mereka dalam memberi sentuhan kepada kolesi gambar-gambar mereka terutamanya bagi koleksi gambar perkahwinan pelanggan mereka. Ada juga yang menggunakan Adobe Lightroom yang saya rasa lebih mudah untuk membuat pemilihan serta "simple editing" bagi kuantiti yang banyak..memang menjimatkan masa.
Tetapi setelah sekian lama "termanja" dengan penggunaan Adobe Photoshop, saya sememangnya selesa dengan aplikasi ini walaupun terpaksa duduk berjam-jam lamanya kerana saya sukar untuk menggunakan perisian aplikasi lain selainnya.. Bagi saya, ianya mudah dan mempunyai segala apa yang saya perlukan walaupun sekarang ini hanya menggunakan Adobe Photoshop CS2.
Gambar diatas adalah satu percubaan dan hasil "kegiatan" rasmi di masa lapang saya dimana bagi saya, lagi selalu kita "bermain" dengannya, lagi banyak perkara dan skill yang akan dipelajari walaupun hakikatnya, kelas editing akan memberi lebih ilmu tp sekiranya kita sendiri rajin, dimana-mana sahaja kita sebenarnya sedang mempelajari sesuatu ilmu..
.:dzulfotografi:.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bila gik nak antar cd cs2 tok boss.lmk dah ngidam nak test cs2 tok..haha..labulabi81
ReplyDelete