Monday, February 2, 2009

BANJIR Semakin Teruk!!!

Teu Peck Kong - Tatau, Bintulu

Adakah sejarah akan berulang?? Kejadian banjir besar di Daerah Tatau pernah berlaku sekitar tahun 1960 an (tahun sebenar belum pasti) dan kini ianya berlaku lagi..

Hujan yang tidak berhenti sejak awal minggu kedua bulan Januari telah menyebabkan banjir dikesemua kawasan rendah di negeri ini. Antara yang terlibat dengan becana alam ini adalah kawasan tempat saya bekerja iaitu Pekan Tatau. Dari Bintulu ke Tatau lebih kurang 63 km jaraknya sama seperti jarak antara Kuching-Serian.

Kawasan yang telah ditenggelami air di daerah Tatau ini adalah Kampung Dagang (terjejas teruk), Kampung Baru Tatau, Kawasan Perumahan Kerajaan Negeri dan Pekan Sangan.

Dikawasan hulu sungai tidak dapat dihubungi kerana masalah komunikasi dan tiada kemudahan komunikasi canggih seperti telefon. Laporan atau berita semasa hanya dapat diketahui apabila tuai-tuai rumah panjang membuat laporan kepada pihak Pejabat Daerah Tatau.

Pada pagi 21 Januari 2009 yang lalu, banjir ketika ini sudah mencapai tahap berjaga-jaga dan dilaporkan ianya mungkin akan surut kerana ada tanda-tanda awal air kian turun tetapi apa yang mengejutkan, sehingga ke hari ini, paras air semakin naik disebabkan dikawasan hulu sungai mengalami hujan yang lebat dan semua aliran air turun ke kawasan hilir sungai. Pada hari yang sama, jalan utama negeri Sarawak yang menghubungkan semua bahagian di negeri Sarawak terputus. Ianya berlaku lebih kurang 5-10 minit perjalanan daripada Pekan Tatau.

Jalan terputus kini sudah boleh digunakan semual dengan adanya jalan alternatif yang dibina bersebelahan dengan kawasan kejadian (cerita selanjutnya akan dikongsikan nanti).

Kesemua gambar-gambar yang dipaparkan adalah koleksi yang saya perolehi daripada slah seorang pegawai penerangan di Pejabat Penerangan Daerah Tatau (rakan sekerja). Terima kasih kepada beliau kerana telah menyusuri sungai dan banjir untuk merakamkan kesemua gambar-gambar berkenaan.



Kampung Dagang Tatau, Bintulu


Antara gambaran banjir di Kampung Dagang Tatau, Bintulu

Sehingga ke hari ini, paras ari hanya turun dengan perlahan dan paras ketinggian air masih di tahap yang tidak selamat dan berjaga-jaga. Pihak berkuasa tempatan serta badan kebajikan tempatan sentiasa bertugas dan mengawasi keadaan dan akan membuat tindakan yang sepatutnya sekiranya perkara luar jangkaan berlaku.

Gambar seterusnya disini...

No comments:

Post a Comment