Wednesday, February 4, 2009

Mengikut, Terikut atau Diikuti..??


Sejak akhir-akhir ini, aku pun ada rasa kurang tapi tidak juga aku bertanya kepada diriku sendiri apa sebenarnya yang kurang. Apabila melihat, membaca serta memahami apa yang saudara Putat berkenaan topik yang sama, baru lah aku cuba menyelami hati ku bertanya apa yang aku rasa.

Mungkin bagi beliau dalam tempoh seminggu yang lepas dia berasa sesuatu yang kurang tapi bagi aku, sejak dulu lagi..

Duit?? Duit mungkin akan jd persoalan sekiranya usaha aku kurang dan duduk goyang kaki saja..tapi sekarangni memang dah rajin dah..tidak berkurangan..cuma kurang skit masa berfikir dan ditambah masuk ke masa tidur..itu yang kurangnya..duit tidak juga bertambah..sentiasa berkurang sebab sentiasa dibelanja..

Kamera?? Walaupun hanya menggunakan model yang tak juga lama tak juga baru tapi masih boleh digunakan untuk aku menjalankan tugas aku sebagai jurugambar perkahwinan..aku gunakan sebaik yang mungkin dan sepenuhnya tanpa ada kekurangan pun dari apa yang sepatutnya..so..tidak juga kurang..mungkin hanya kurang dari segi ianya dibawa keluar untuk aku tangkap gambar-gambar semasa pergi jalan-jalan..

Lens ?? Itu lagi lah..memang dari dulu lagi kurang..tapi setakat 3 lens utama yang aku ada, aku tak anggap ianya kurang sbb dah ada "Magic Lens" (kit lens)lens stgh panjang, lens pendek pun ada, lens panjang pun ada..cuma tunggu aku gunakan sepenuhnya jer lagi..kalau nak kata kurang, mungkin lens aku tu kurang menyengat..hehe tapi..liaht sendiri lah dulu, kat mana ianya kurang menyengat..suma gambar jadi dan ok jer..tengok sini..
mungkin yang kurang, lens tu jer kurang digunakan..

Samalah seperti yang saudara Putat kata, mmg takde kurang nya dari segi harta benda..tak masuk akal dan dapat diterima akal juga..

Kasih sayang?? Ish..mak bapa aku bagi Full Kasih Sayang..ok jer..ni pulak nak kawen dah..bertambah lagi kasih sayang..tak kurang lah..aku jer kurang sayangkan diriku barangkali..mungkin jugak.



Nak cerita berkenaan dengan gambar-gambar yang aku shoot baru-baru ini, susah jugak nak komen..sebab, bila minta orang-orang lama komen (para jurugambar yang lebih lama dalam bidang ni), takde juga yang komen..jd aku sendiri tak tahu kat mana aku berada sekarang ni..takut apa..?? takut ego kata gambar aku dah powerlah, terer lah, takde lawanlah..itu suma aku paling takut..lupa diri nanti susah..

Semangat masih ada, komitmen semakin meninggi dan sokongan makin kuat..jadi, aku perlu survive, perlu beri yang terbaik lebih dari apa yang pernah aku berikan..
(ni suma saudara Putat lah bagi aku idea nak meluah perasaan ni..)

Takkan aku kat sini jer, sepatutnya aku kena keluar dari masalah dan cari punca masalah ni. Kena cari sifu-sifu yang betul-betul membantu..juz nak tahu apa yang perlu aku perbaiki..kepada yang membaca, bantu aku ek..nanti aku sesat pulak..

PhotoCamp oleh CS? Saudara Putat pun da terfikir hal ni. Aku dari dulu terlepas jer peluang..untuk apa?? "makanan" tu..bayar dan "makan"..mungkin anda faham apa maksud aku kat sini..

Dengar khabar UiTM Samarahan dah ada Dip.Art & Design..tapi tak menyeluruh dalam bidang fotografi..tapi boleh jugak lah since ianya memang menjurus kepada seni..fotografi pun seni jugak kan..??

Nak daftar?? dah lah duduk jauh dari Kuching..Lu fikir lah sendiri..(besar komitmen tu..)

Kena banyak membaca, surfing internet dapatkan maklumat dan cara yang efektif lah lagi ni..eh, banyak juga kurang rupanya..ingatkan takde..bila dah panjang aku taip ni, baru aku sedar..(patut juga lah saudara Putat semacam jer rupa dia..hehe)



.:dzulfotografi:.

No comments:

Post a Comment