Thursday, February 26, 2009

Father And Mother I Love You

Wednesday, February 25, 2009

Seminggu berlalu, masa berkursus nang padat, bermula dar pagi berlarutan hingga ke malam. Memanglah ada masa rehatnya tapi yalah tek, biasa kerja 8 jam jak. Kepak badan lagi nyaman dari kepak otak. Dari hari pertama atang n cek in, lalu langsung sik keluar dari hotel. Boh kata nak ke Imperial Mall kah, Bintang Mall kah or Bouleverd kah, kuar dari pintu utama hotel pun sik..hehe kuatan malas rasa nyawa sbb rasa kepak gilak. Org lain boh kira lah..hehe

Kali tok kursus da best skit dari kursus yang lepas-lepas sbb kali tok kursus di buat kat hotel lain dari tempat biasa dihadiri..Makanan nya sik nyaman, ya jak komen.

Balit dari kursus alu kenak demam panas dan alergik. Seluruh badan gatal-gatal. Mun setakat tangan jak gatal-gatal sik juak apa, tok seluruh badan. Paling sakit nahan part belakang badan gatal. Perghhh..2 jam dari Miri ke Bintulu dalam keta jabatan nahan rasa gatal yang semahu-mahunya nak digaru tapi apakan daya ada penumpang lain jantina dalam keta. Mun suma laki tek, kompom dah separuh ku buka.

Datang di Bintulu pulak bercari klinik. Time kt perlu tok lah suma klinik tutup. Mungkin juak sbb ari ya ari ahad, nasib lah..Hampa dan balit ke rumah dengan perasaan sedih dan sengsara. Malam tido sik lena. Pertama kali kenak daktok mmg sengsara sampei semalam-malam sikpat tdo. Nunggu ari siang jak gik utk gi jumpa pakar kulit. Bila terang jak ari, alu terus pecut ke klinik. Doktor belum datang gik aku dah nunggu..Mun dapat kinek2 ya juak nak minta 'injection'. Mmg sik larat nanggung gatal2 ya. Kata kawan sekerja aku kenak ulat bulu, da juak madah kenak 'kemeh' semandin (pontianak)..macam-macam lah..tapi jauh dari org tua, klinik jak lah jwpn terdekat.hehe

Lepas jak kenak 'injek', di berik ubat, lepas bayar, alu terus balit ke rumah..Yang hairan nya, kenak da juak ubat 'gastrik'?? arghh, gohet jak lah janji cepat sembuh. Ubat ya nang cepat meresap. Doktor pun sik saon juak ubat ya mengantuk. Lepas makan jak dalam jam 10 lalu, aku tertidur sampei jam 5 ptg..mmg sik sedar2..

Boss call nanya kenak sik turun kerja. Aku lupak madah yang aku kenak hal tapi sikpa, boss bait n paham. Aritok aku turun macam biasa, dah lepas suma kerja settle, bok dapat update blog ku tok..

Panjang gik cerita sbnarnya, tapi sik hal lah, lak jak cita gik..cukuplah cita setakat ya jak..hehe

Tuesday, February 17, 2009


This blog will be update after come back from courses...
See you all later with more info and hot topic...

Wednesday, February 11, 2009

Editing & Post Processing


editing menggunakan perisian Adobe Photoshop CS2


Biasanya, apabila pelanggan saya memilih untuk mendapatkan Custom Album (tak kira saiz apa) sememangnya saya aka buat sedikit "touch up" ke atas gambar-gambar berkenaan mengikut kesesuaian editing dan designing..

Seperti anda semua maklum, kebanyakkan jurugambar pada masa kini sudah menguasai "basic" penggunaan Adobe Photoshop sebagai "tools" mereka dalam memberi sentuhan kepada kolesi gambar-gambar mereka terutamanya bagi koleksi gambar perkahwinan pelanggan mereka. Ada juga yang menggunakan Adobe Lightroom yang saya rasa lebih mudah untuk membuat pemilihan serta "simple editing" bagi kuantiti yang banyak..memang menjimatkan masa.


penukaran warna mengikut kesesuaian serta kemahuan

Tetapi setelah sekian lama "termanja" dengan penggunaan Adobe Photoshop, saya sememangnya selesa dengan aplikasi ini walaupun terpaksa duduk berjam-jam lamanya kerana saya sukar untuk menggunakan perisian aplikasi lain selainnya.. Bagi saya, ianya mudah dan mempunyai segala apa yang saya perlukan walaupun sekarang ini hanya menggunakan Adobe Photoshop CS2.


salah satu cara untuk mempelbagaikan penampilan gambar

Gambar diatas adalah satu percubaan dan hasil "kegiatan" rasmi di masa lapang saya dimana bagi saya, lagi selalu kita "bermain" dengannya, lagi banyak perkara dan skill yang akan dipelajari walaupun hakikatnya, kelas editing akan memberi lebih ilmu tp sekiranya kita sendiri rajin, dimana-mana sahaja kita sebenarnya sedang mempelajari sesuatu ilmu..

.:dzulfotografi:.

Monday, February 9, 2009

Sepetang Di Waterfront Bintulu...

Pada hari semalam, saya tidak ada sebarang tempahan seperti minggu-minggu yang lepas jadi saya bercadang untuk menghabiskan masa cuti hujung minggu berkenaan dengan pergi memancing di tebingan sungai Bintulu Waterfront bersama-sama dengan beberapa rakan saya termasuk 'housemate' saya.

Pelbagai ragam sempat saya rakamkan pada hari semalam. Bukan kami sahaja yang ada di sana bahkan hampir setiap sudut dan tepian dipenuhi oleh peminat setia, pemancing-pemancing yang datang dari pelbagai tempat di Bintulu ini.

Setiap hujung minggu memang kawasan ini akan menjadi tumpuan umum termasuk orang awam yang datang untuk beriadah sambil-sambil 'usha' ikan yang pemancing perolehi..Pada petang semalam, beberapa pemancing berjaya menawan Ikan Trusan yang beratnya mencecah 5kg seekor..Mmg sesuatu yang memberi kepuasan kepada pemancing berkenaan.

Ikan Semilang yang berjaya ditangkap untuk dijadikan lauk asam pedas..hehe

Okeylah, saya tidak tahu nak ceritakan apa lagi selain mahu berkongsi beberapa gambar kepada anda semua..jom tengok kat sini..

Thursday, February 5, 2009

Anda Bila Lagi..????

Seharusnya sekarang bagi sesiapa yang merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan pada tahun ini khususnya pada 6 bulan pertama sudah mencari siapa bakal jurugambar mereka. Tapi ada pulak yang last minit mencari dan akhirnya pening untuk memilih pakej yang besesuaian sebab beberapa faktor termasuk lah sindrom-sindrom alam persiapan perkahwinan.

Perancangan yang teliti dan tidak terburu-buru akan membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka kerana ianya sudah dapat diramal apabila persediaan rapi dibuat.

Contoh mudah, sekiranya ada perancangan awal, budget dikira dengan teliti, tidak akan menjadi masalah untuk melabur sedikit dalam fotografi kerana dengan perlaburan ini sahaja segala perlaburan besar yang menjurus kepada perkara-perkara lain akan 'terhapus' tetapi fotografi, hasilnya akan menjadi MILIK ANDA!!

Tidak perlu memikir panjang, dalami maksud fotografi bagi majlis perkahwinan anda, nilaikan gambar-gambar yang akan diabadikan dan kenangkan apa yang bakal berlaku..semuanya akan tersurat dan bercerita melalui gambar-gambar anda..

Siapa yang harus anda cari?? Anda sendiri nilaikan dan anda sendiri pilih..Bagi dzulfotografi, ianya fleksibel dan mempunyai tawaran harga yang amat berpatutan dan memberikan yang terbaik bagi ANDA..

Disini, saya ada letakkan beberapa hasil kerja daripada dzulfotografi. dzulfotografi tidak mempunyai sebarang masalah untuk memenuhi permintaan anda sekalian kerana dzulfotografi akan berada disana untuk anda. Anda bayar dzulfotografi akan merealisasikan segalanya.

Untuk maklumat lanjut, lawati website dzulfotografi untuk info terkini dan senarai harga yang anda perlukan..klik dan print..bincang dengan pasangan anda dan tanya apa yang tidak difahami atau perlukan penjelasan. Ringkas, Mudah dan Senang..

dzulfotografi akan menghubungi anda untuk mengatur sesi temujanji kerana pada masa itulah anda dapat melihat semua hasil kerja yang dzulfotografi telah lakukan secara langsung. Lebih puas hati dan lebih terang dari apa yang anda lihat disini.


Hubungi SEKARANG dan anda akan dapat tawaran hebat daripada dzulfotografi.

Lawati dzulfotografi wedding photographer SEKARANG!!!

Masa Sentiasa Berlalu Tanpa Menunggu Kita..

Biasanya kalau jam tok di pagi hari, time tok dah gi minum dah..mst dah kumpul bala tentera, share keta n pergi minum pagi..al maklumlah, opis share ngan jabatan lain..ada lembaga sungai, kebajikan n pejabat daerah..so, geng mmg banyak..cuma kadang-kadang masa minum ya sikpat di ikut gilak..tambahan gik time tok sentiasa ujan..nak kuar minum, mbr lain gik da kerja..nak d tunggu takut timing lain sik cun..biasalah, laporan sana laporan sini..hari-hari macam ni..bencana katakan..

Tapi, mun jam tok di malam hari kompom da yang tgh lepak minum teh tarik, sembang2 or yang paling best, ada org tgh molah photoshoot..cayak sik cayak gik..tapi bagi saya yang jauh di perantauan, aktiviti dakya susah nak molah sbb kekurangan membar yang sama palak..tedah..apa yang saya buat, time to sleep jak lah..

Pejam celik pejam celik, lamak juak dah saya bangunkan blog tok..sharing2 apa2 yang patut..hmm..lamak juak dah sik update ngan gambar-gambar pengantin terkini daripada dzulfotografi..bukannya sikda cuma lepas molah suma post processing, terlupa nak update lam tok..kadang-kadang masa cemburu gilak..molah post processing pun bukannya sekejap..kadang2 dalam 2 hari pun belum puas ati..

Tapi sikpa, kelak akan saya update dengan gambar terkini..sikpat bnyk lah sbb dah dimasukkan kat sini...

Tujuan utama saya hanya menyatakan masa tok semakin hari semakin laju berjalan..saya rasa macam sik bersedia jak melalui zaman semakin tua..hehe bukan apa, banyak gik perkara yang berlum saya lakukan dan capai..Mungkin dengan kesedaran aritok memberi sedikt sebanyak perubahan dalam hidup seharian serta kepada komitmen yang telah saya lakukan..

Rakan-rakan sekalian, doakan kejayaan serta keselamatan saya yang jauh dari kampung halaman dan sentiasa rindukan kenangan lalu...

Ingat, masa itu emas, mun emas dipasar kt kumpul duit untuk belinya, bagus kt kumpul tenaga gunakan sepenuhnya masa yang ada..

.:dzulfotografi:.

Wednesday, February 4, 2009

Kebakaran vs Banjir


Jom kita tengok..dah lah tengah banjir kena lagi kebakaran..dilaporkan sebanyak 7 buah rumah ranap terbakar pada awal pagi 3 Januari 2009 yang lalu..Kebakaran berlaku di Kampung Dagang Tatau, Bintulu.

Dirakam secara langsung oleh saya sendiri di tempat kejadian, pagi selepas kejadian.

.:dzulfotografi:.

Mengikut, Terikut atau Diikuti..??


Sejak akhir-akhir ini, aku pun ada rasa kurang tapi tidak juga aku bertanya kepada diriku sendiri apa sebenarnya yang kurang. Apabila melihat, membaca serta memahami apa yang saudara Putat berkenaan topik yang sama, baru lah aku cuba menyelami hati ku bertanya apa yang aku rasa.

Mungkin bagi beliau dalam tempoh seminggu yang lepas dia berasa sesuatu yang kurang tapi bagi aku, sejak dulu lagi..

Duit?? Duit mungkin akan jd persoalan sekiranya usaha aku kurang dan duduk goyang kaki saja..tapi sekarangni memang dah rajin dah..tidak berkurangan..cuma kurang skit masa berfikir dan ditambah masuk ke masa tidur..itu yang kurangnya..duit tidak juga bertambah..sentiasa berkurang sebab sentiasa dibelanja..

Kamera?? Walaupun hanya menggunakan model yang tak juga lama tak juga baru tapi masih boleh digunakan untuk aku menjalankan tugas aku sebagai jurugambar perkahwinan..aku gunakan sebaik yang mungkin dan sepenuhnya tanpa ada kekurangan pun dari apa yang sepatutnya..so..tidak juga kurang..mungkin hanya kurang dari segi ianya dibawa keluar untuk aku tangkap gambar-gambar semasa pergi jalan-jalan..

Lens ?? Itu lagi lah..memang dari dulu lagi kurang..tapi setakat 3 lens utama yang aku ada, aku tak anggap ianya kurang sbb dah ada "Magic Lens" (kit lens)lens stgh panjang, lens pendek pun ada, lens panjang pun ada..cuma tunggu aku gunakan sepenuhnya jer lagi..kalau nak kata kurang, mungkin lens aku tu kurang menyengat..hehe tapi..liaht sendiri lah dulu, kat mana ianya kurang menyengat..suma gambar jadi dan ok jer..tengok sini..
mungkin yang kurang, lens tu jer kurang digunakan..

Samalah seperti yang saudara Putat kata, mmg takde kurang nya dari segi harta benda..tak masuk akal dan dapat diterima akal juga..

Kasih sayang?? Ish..mak bapa aku bagi Full Kasih Sayang..ok jer..ni pulak nak kawen dah..bertambah lagi kasih sayang..tak kurang lah..aku jer kurang sayangkan diriku barangkali..mungkin jugak.



Nak cerita berkenaan dengan gambar-gambar yang aku shoot baru-baru ini, susah jugak nak komen..sebab, bila minta orang-orang lama komen (para jurugambar yang lebih lama dalam bidang ni), takde juga yang komen..jd aku sendiri tak tahu kat mana aku berada sekarang ni..takut apa..?? takut ego kata gambar aku dah powerlah, terer lah, takde lawanlah..itu suma aku paling takut..lupa diri nanti susah..

Semangat masih ada, komitmen semakin meninggi dan sokongan makin kuat..jadi, aku perlu survive, perlu beri yang terbaik lebih dari apa yang pernah aku berikan..
(ni suma saudara Putat lah bagi aku idea nak meluah perasaan ni..)

Takkan aku kat sini jer, sepatutnya aku kena keluar dari masalah dan cari punca masalah ni. Kena cari sifu-sifu yang betul-betul membantu..juz nak tahu apa yang perlu aku perbaiki..kepada yang membaca, bantu aku ek..nanti aku sesat pulak..

PhotoCamp oleh CS? Saudara Putat pun da terfikir hal ni. Aku dari dulu terlepas jer peluang..untuk apa?? "makanan" tu..bayar dan "makan"..mungkin anda faham apa maksud aku kat sini..

Dengar khabar UiTM Samarahan dah ada Dip.Art & Design..tapi tak menyeluruh dalam bidang fotografi..tapi boleh jugak lah since ianya memang menjurus kepada seni..fotografi pun seni jugak kan..??

Nak daftar?? dah lah duduk jauh dari Kuching..Lu fikir lah sendiri..(besar komitmen tu..)

Kena banyak membaca, surfing internet dapatkan maklumat dan cara yang efektif lah lagi ni..eh, banyak juga kurang rupanya..ingatkan takde..bila dah panjang aku taip ni, baru aku sedar..(patut juga lah saudara Putat semacam jer rupa dia..hehe)



.:dzulfotografi:.

Monday, February 2, 2009

BANJIR Semakin Teruk!!!

Teu Peck Kong - Tatau, Bintulu

Adakah sejarah akan berulang?? Kejadian banjir besar di Daerah Tatau pernah berlaku sekitar tahun 1960 an (tahun sebenar belum pasti) dan kini ianya berlaku lagi..

Hujan yang tidak berhenti sejak awal minggu kedua bulan Januari telah menyebabkan banjir dikesemua kawasan rendah di negeri ini. Antara yang terlibat dengan becana alam ini adalah kawasan tempat saya bekerja iaitu Pekan Tatau. Dari Bintulu ke Tatau lebih kurang 63 km jaraknya sama seperti jarak antara Kuching-Serian.

Kawasan yang telah ditenggelami air di daerah Tatau ini adalah Kampung Dagang (terjejas teruk), Kampung Baru Tatau, Kawasan Perumahan Kerajaan Negeri dan Pekan Sangan.

Dikawasan hulu sungai tidak dapat dihubungi kerana masalah komunikasi dan tiada kemudahan komunikasi canggih seperti telefon. Laporan atau berita semasa hanya dapat diketahui apabila tuai-tuai rumah panjang membuat laporan kepada pihak Pejabat Daerah Tatau.

Pada pagi 21 Januari 2009 yang lalu, banjir ketika ini sudah mencapai tahap berjaga-jaga dan dilaporkan ianya mungkin akan surut kerana ada tanda-tanda awal air kian turun tetapi apa yang mengejutkan, sehingga ke hari ini, paras air semakin naik disebabkan dikawasan hulu sungai mengalami hujan yang lebat dan semua aliran air turun ke kawasan hilir sungai. Pada hari yang sama, jalan utama negeri Sarawak yang menghubungkan semua bahagian di negeri Sarawak terputus. Ianya berlaku lebih kurang 5-10 minit perjalanan daripada Pekan Tatau.

Jalan terputus kini sudah boleh digunakan semual dengan adanya jalan alternatif yang dibina bersebelahan dengan kawasan kejadian (cerita selanjutnya akan dikongsikan nanti).

Kesemua gambar-gambar yang dipaparkan adalah koleksi yang saya perolehi daripada slah seorang pegawai penerangan di Pejabat Penerangan Daerah Tatau (rakan sekerja). Terima kasih kepada beliau kerana telah menyusuri sungai dan banjir untuk merakamkan kesemua gambar-gambar berkenaan.



Kampung Dagang Tatau, Bintulu


Antara gambaran banjir di Kampung Dagang Tatau, Bintulu

Sehingga ke hari ini, paras ari hanya turun dengan perlahan dan paras ketinggian air masih di tahap yang tidak selamat dan berjaga-jaga. Pihak berkuasa tempatan serta badan kebajikan tempatan sentiasa bertugas dan mengawasi keadaan dan akan membuat tindakan yang sepatutnya sekiranya perkara luar jangkaan berlaku.

Gambar seterusnya disini...