Tuesday, December 28, 2010

Mana Anda Pilih...???

Assalamualaikum dan Salam Sejatera..

4 hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2011..boleh lah bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada 2010 yang telah dilalui dengan pelbagai kenangan pahit manis..Mungkin ada yang sudah hampir penuh diari 2010 dan ada juga yang tidak terusik pun satu muka surat diari 2010 mereka..Itu tidak mengapa, terpulang kepada siapa pemiliknya..Mungkin juga pemiliknya suka menyimpan kenangan didalam fikiran dan minda mereka dan dikongsikan dengan bercerita serta berkongsi pengalaman kepada rakan-rakan, orang rumah ataupun ahli keluarga..Sapa tahu kan..??

Bagi yang merekodkan segala kenangan, peristiwa serta pengalaman didalam diari atau buku 555 mereka, dipenghujung tahun nanti segalanya akan menjadi titik tolak u ntuk melihat pencapaian mereka sepanjang tahun samada tecapai ataupun tidak..Sekurang-kurangnya ianya memberi impak yang ketara azam yang dicatata pada permulaan setiap tahun mungkin belum tercapai..Mengapa..?? Catatan itulah yang akan menceritakan segalanya dimana kelemahan atau ke mana tuju masa yang dihabiskan sepanjang tahun..??

Bagi saya, saya bukan pencatat seperti yang saya ceritakan kerana saya belum bersedia untuk mencatat segalanya didalam buku (jarang nak bawa buku ke hulu ke hilir..dan kadang-kadang terlupa dicatata apa yang berlaku pada hari berkenaan)..Tunggu lah Blackberry Playbook atau Apple iPad didalam genggaman barulah saya cuba praktikkan..Bagaimana?? Senang je, buat coretan dalam blog ini lah..hehe Nanti lebih mudah untuk update blog..tiap2 hari saya akan kongsikan dan catatkan apa yang berlaku..dan akhirnya, saya ada rekod harian terus menerus di internet..(kalau tak faham apa yang diceritakan, teruskan sahaja membaca ok..tak perlu ambil berat pun..)..


Seperti mana kita membuat pilihan rangkaian televisyen yang sedia ada sekarang, begitulah kita cuba pilih siapa yang bakal kita bayar untuk merakamkan saat-saat indah hari bersejarah dalam hidup kita..Mungkin ada yang masih memikirkan atau secara automatik terus terbayang saat perkahwinan sebagai hari bersejarah..Ianya tidak salah tetapi bukan itu sahaja yang boleh menjadi kenangan istimewa dan bersejarah dalam hidup kita..Banyak lagi termasuklah menyambut kelahiran baru, saat bersama yang tersayang (termasuk isteri dan anak-anak), saat menerima segulung ijazah (diploma atau sijil pun ok jugak), saat-saat manis bercuti bersama keluarga atau pegi melancong bersama keluarga, kejayaan dalam satu perancangan (contohnya berjaya mendaki/menawan gunung tertinggi dikawasan anda (walaupun bukit atau gunung tu rendah je kalau nak dibandingkan dengan Everest) dan banyak lagi lah..semuanya kalau dirakamkan dengan baik dan "in proper way", Insya Allah, satu hari kelak ianya akan menjadi satu kenangan yang sukar untuk dinilaikan dengan wang ringgit.

Saya cuma mahu berkongsi apa yang ingin dikongsikan dan terpulang kepada anda semua untuk menilainya dan mula berfikir dimana baik dan pentingnya fotografi dalam kehidupan anda (jangan salah gunakan sehingga mengaibkan org sudahlah..)..

Seperti biasa, dipenghujung coretan, saya tidak jemu untuk berkongsi dan menyarankan kepada bakal-bakal pengantin, jgn buat keputusan saat akhir untuk mendapatkan khidmat jurugambar bagi hari perkahwinan anda..Buat persiapan/tempahan awal supaya ianya bukan menjadi perkara terakhir dalam susunan 'checklist' anda...Tiada apa yang dapat menceritakan semula kenangan manis berkenaan selain daripada rakaman video ataupun gambar yang diambil pada hari berkenaan. Berbelanja lebih bagi fotografi bukan sesuatu yang merugikan tetapi satu perlaburan yang baik dan memuaskan.

PILIH JURUGAMBAR ANDA DENGAN BETUL DAN BUAT PILIHAN JURUGAMBAR MENGIKUT APA YANG ANDA MAHUKAN DAN INGINKAN. JIKA PERLU UNTUK BERJUMPA LEBIH DARIPADA SEORANG, JANGAN TAKUT UNTUK BERBUAT DEMIKIAN KERANA HAK MEMILIH DITANGAN ANDA.




Pendek kata, terima kasih kepada semua dan kita jumpa lagi untuk "new post" yang akan datang...


JANGAN TUNGGU LAGI, TEMPAH SEKARANG DAN ANDA TIDAK AKAN MENYESAL...!!!





Zulhafizan Bin Jamel
Wedding Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
In Association with Whiteroom Studio

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Monday, December 27, 2010

Shahman & Fera | Bintulu, Sarawak

Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar dan selamat sehingga ke akhirnya..Pertama sekali, terima kasih kepada pasangan pengantin, Shahman & Fera di atas kerjasama yang diberikan sepanjang sesi fotografi pada majlis mereka di Bintulu.

Sebelum itu, belum terlambat untuk mengucapkan sekali lagi tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada mereka berdua dan didoakan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan banyakkan zuriat ok..Tambahkan lagi rakyat Sarawak..

Disini dapat dikongsikan beberapa gambar yang diambil pada majlis yang telah berlangsung pada 25 Disember 2010 yang lalu..Kepada ahli keluarga kedua-dua belah pihak, terima kasih di atas layanan yang baik dan istimewa..Insya Allah ada kesempatan kita akan berjumpa lagi..(tunggu pasangan pengantin dapat baby lok..lak tolong shoot moment ya..)

Kepada yang lain, Insya Allah kita akan berjumpa lagi di lain hari..Untuk tag gambar ini, boleh lawati laman sosial saya di FB (dzulfotografi@yahoo.com / Zulhafizan Jamel)..Anda boleh tag sendiri mana2 gambar yang anda suka..






Pendek kata, terima kasih kepada semua dan kita jumpa lagi untuk "new post" yang akan datang...


JANGAN TUNGGU LAGI, TEMPAH SEKARANG DAN ANDA TIDAK AKAN MENYESAL...!!!




Zulhafizan Bin Jamel
Wedding Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
Collabration with Whiteroom Studio

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Sunday, December 26, 2010

Dari sudut pandanganku...








Zulhafizan Bin Jamel
Wedding Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
In Association with Whiteroom Studio

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Wednesday, December 22, 2010

Sedang mencari jurugambar perkahwinan??



Kepada mereka yang masih mencari jurugambar bagi merakamkan saat manis majlis perkahwinan anda, dzulfotografi sedia membantu. Tidak lama lagi tahun 2010 akan meninggalkan kita dan tahun 2011 akan muncul.

Kepada mereka yang membuat tempahan sebelum penghujung tahun 2010, pakej sedia ada bagi tahun 2010 masih boleh digunakan walaupun majlis perkahwinan anda nanti akan diadakan pada tahun 2011.

Promosi terkini, pakej fotografi 2011 telah bermula. Tempahan yang dibuat pada 1 Januari 2011 akan bermula dari RM900* sahaja. Tempahan awal (terhad kepada 6 pelanggan utama - tarikh majlis sekitar Januari - Jun 2011) akan menerima hadiah istimewa daripada dzulfotografi. Jadi, jgn tunggu lagi, buat temujanji sekarang dan lihat sendiri hasil kerja daripada dzulfotografi beserta sample album yang boleh anda lihat sendiri hasilnya secara "live".

Hubungi sekarang dan buat tempahan dengan kadar segera.



Zulhafizan Bin Jamel
Wedding Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
Collabration with Whiteroom Studio

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Tuesday, December 21, 2010

Sneak Peek - Wedding Shahman & Fera | Miri, Sarawak




Assalamualaikum dan Selamat pagi semua..

Alhamdulillah, syukur kepada Illahi kerana segala yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan baik. Pertama sekali, terima kasih kepada pasangan Shahman & Fera kerana telah memilih dzulfotografi bagi merealisasikan impian untuk mengabadikan kenangan hari bersejarah mereka pada hujung minggu lepas, bertempat di Miri, Sarawak.

Saya sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas segala kerjasama yang telah diberikan sepanjang majlis berlangsung. Walaupun ada ketika keadaan cuaca tidak mengizinkan, ianya hanya satu dugaan dan rahmat daripadaNya.

Kepada semua yang terlibat, termasuk Official Videographer (Team Dzulfadli), terima kasih dengan komitmen serta kerjasama anda.. Jangan lupa tag/kongsikan video itu nanti ok.

Kepada pasangan Shahman & Fera, anda boleh lihat beberapa hasil gambar anda di laman sosial FB saya disini - http://www.facebook.com/album.php?aid=2062893&id=1484255468



Kini giliran anda..Tempah segera untuk khidmat jurugambar bagi majlis perkahwinan anda..Pilih jurugambar yang anda rasakan sesuai dengan pilihan serta hasil kerja yang anda inginkan..Bagi mereka yang ingin membuat tempahan khidmat jurugambar dzulfotografi, sila hubungi saya segera untuk membuat tempahan. Saya menerima tempahan sepanjang tahun.


KINI PAKEJ HANYA DARI RM800 SAHAJA...JANGAN LEPASKAN PELUANG INI..


TEMPAHAN AWAL AKAN MENERIMA HADIAH ISTIMEWA..!!!




Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Kini Di Bintulu !!!




Kini anda boleh menyertainya dengan mudah..Tidak perlu terbang ke Kuching untuk menghadiri kursus seperti ini lagi..

Ambil peluang ini untuk menambah lagi pengetahuna anda dalam bidang fotografi. Bawa bersama rakan-rakan anda yang sudah mula meminati bidang fotografi.

TEMPAH SEKARANG !!! Tempat duduk adalah terhad. Satu perlaburan yang kecil untuk satu ilmu pengetahuan yang tiada limitasi. Jumpa anda semua disana.

Keterangan lanjut, sila hubungi urusetia kami di talian yang dinyatakan di lampiran berkenaan..Jangan berlengah lagi..semuanya terletak ditangan anda..

Kursus yang menjadi permintaan tinggi di Kuching kini akan berlangsung di tempat anda..Kepada semua peminat serta jurugambar di sekitar Sibu, Bintulu & Miri, ini peluang terbaik untuk mengasah lagi kemahiran dan menambah ilmu pengetahuan anda..






TEMPAHAN UNTUK 2011 SUDAH DIBUKA.


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com



Wednesday, December 15, 2010

Mungkin esok sinarnya lebih baik...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakan-rakan serta mereka yang sedang membaca coretan kali ini. Diharap anda semua dalam keadaan yang baik dan selamat sentiasa.

Alhamdulillah hari ini masih lagi dapat melihat kehadiran mentari terbit dan masih berpeluang bernafas dengan udara yang segar kurniaanNya..Syukur alhamdulillah...

Mungkin apa yang dirasakan pada hari ini tidak sama dengan apa yang telah dilalui beberapa bulan yang lalu..Sedikit keseronokan semakin mula pudar dan sedikit keselesaan semakin kurang dan apa yang pasti saya hanya berserah kepadaNya dengan segala percaturan yang telah diatur.. Insya Allah dengan kekuatan yang ada serta rahmat dan rezeki yang diberikan olehNya, diharap segala cabaran mendatang dan halangan yang menimpa akan dapat dihadapi dengan cekal dan tabah.

Mungkin banyak yang tertanya-tanya apa yang berlaku bukan..?? Ianya amat peribadi dan biarlah segalanya berlalu dan hanya saya sendiri yang mengetahui..Disini hanya tempat saya mencurahkan sedikit luahan rasa hati untuk melepaskan sedikit tekanan yang tidak perlu didalam minda ini..Apa yang diperlukan adalah untuk memberi ruang yang lebih baik untuk menumpukan perhatian kepada apa yang perlu dalam mendalami serta mengasah lebih lagi kemahiran dalam bidang fotografi ini.



Perjalanan masih jauh lagi..adakah saya perlu merantau lebih jauh untuk mendapatkan lebih pengalaman dan lebih peluang dalam hidup berdikari..?? Segalanya pasti ada jawapan. Anda semua sebagai rakan dan pemantau untuk diri saya diharap dapat memberi maklumbalas terhadap apa yang telah saya lakukan selama ini. Mungkin dengan itu saya lebih dekat dengan 'cermin' yang saya perlukan untuk menilai sendiri siapa diri saya..

Oklah, terlalu banyak untuk dikongsikan tetapi oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya berhenti seketika dalam menulis coretan ini dan insya allah dikemudian hari saya akan ceritakan selanjutnya apa yang perlu saya kongsikan bersama..

Terima kasih kerana sudi membaca..



TEMPAHAN UNTUK 2011 SUDAH DIBUKA.


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Tuesday, December 14, 2010

Sneak Peek - Wedding Reception Norreden & Noorafidah

Pertama sekali, terima kasih kepada saudara Landee a.k.a Tyco Stylo untuk "job" ini. Kerjasama yang diberikan walaupun "last minit" tp semuanya berjalan dengan lancar.

Kepada pengantin, Norreden & pasangannya Noorafidah, saya amat berterima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang majlis berlangsung. Insya Allah, ada peluang kita akan bertemu kembali. Disini saya kongsikan sedikit sebanyak "moment" sepanjang majlis yang berlangsung..Banyak lagi tetapi rasanya ini cukup memadai..(nak tengok lebih, tunggu album saudara ya)..







Kepada saudara Subree Ateng (juru andam), terima kasih di atas dorongan dan kerjasama yang diberikan. Kita akan berjumpa lagi nanti.. Insya Allah. (nak sampel gambar..?? nanti minta kat pengantin untuk jadikan sampel u ok..) So far, make up tidak menjadi masalah kerana serasi dengan wajah pengantin.









Kepada rakan-rakan pengantin, anda boleh tag gambar-gambar ini didalam facebook saya - dzulfotografi@yahoo.com.


Sehingga berjumpa lagi..Nanti saya kongsikan ceritanya..





TEMPAHAN UNTUK 2011 SUDAH DIBUKA.


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Strobe..strobe..nite wif simple tutorial..



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Mulakan hari anda dengan senyuman (ceh wah, macam lam iklan tv jak..)
Minggu lepas ada 2 aktiviti yang dijalankan..Pertama nya, siri mini outing bersama rakan-rakan di tebingan sungai Sarawak dan sekitar tepi jalan raya (Jalan Kulas)..

Walaupun sesi hanya memakan masa selama beberapa jam sahaja, aktiviti berkenaan sedikit sebanyak memberi peluang kpd rakan2 berkongsi pengalaman dan juga berkenal-kenalan antara satu sama lain dengan lebih dekat.





Aktivit berlangsung pada malam sabtu dan saya amat berterima kasih kepada mereka yang sama-sama hadir untuk menjayakan aktiviti pada malam berkenaan. Kepada Yamada (Ahim), terima kasih kerana "pick me up", kepada Zizan, thanks sbb pinjamkan FX Lens, kepada Adi, thanks sbb belanja "supper" di McD, kepada Man & Bob, thanks sbb meriuhkan suasana, kepada Im, thanks sbb jadi model terjun sekejap, kepada Abuza, thanks sbb sudi datang merami keadaan..

Tok antara yang dapat dikongsikan..yang lain boleh check dekat FB ok..



Apa2 pun, next aktiviti akan diadakan dalam masa terdekat..Mady, keep alert ok..hehe


Kepada mereka yang masih mencari atau ingin melihat hasil kerja dzulfotografi dalam bidang fotografi perkahwinan, jangan malu dan segan untuk bertanya. Saya dengan berbesar hati akan membantu anda.. Hubungi saya di talian yang tertera dibawah dengan kadar segera. Tempahan hanya terhad kepada satu pasangan untuk satu minggu..Siapa cepat dia dapat..:P




Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Monday, December 13, 2010

Next destination...

Salam...

Minggu hadapan terpaksa merantau jauh sedikit dari kampung halaman..Yang pastinya akan merindui anak lelaki ku yang semakin hari semakin membesar..Tapi xpa, pergi hanya seketika untuk menjalankan tugas.

Next week - Miri, Sarawak (17 until 20 Disember 2010)

Another week - Bintulu, Sarawak (24 until 27 Disember 2010)

So, harap maaf sekali lagi, blog ini akan menyepi sekejap..Sekejap sahaja..balik nanti akan dipenuhi warna warni koleksi gambar terkini...Jumpa lagi..


Nak ke KL malam ni..??? hahaha mimpilah..





TEMPAHAN UNTUK 2011 SUDAH DIBUKA.


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Friday, December 10, 2010

Tahun Baru, Azam Baru...

Masanya telah tiba..Esok saya akan kembali 'beraksi' di pentas dunia fotografi perkahwinan yang telah ditinggalkan sejak beberapa bulan yang lalu (ada juga wedding yang dicover tp very limited)..

Esok job permulaan bagi bulan ini dan seterusnya hingga ke tahun hadapan. Kepada yang telah memilih dzulfotografi sebagai jurugambar rasmi majlis perkahwinan mereka, terima kasih yang tidak terhingga kerana memberi peluang untuk merakamkan saat-saat indah kenangan hari bersejarah sebagai Raja Sehari. Insya Allah dengan usaha serta pengalaman yang ada, dzulfotografi tidak akan menghampakan anda semua.

Kepada yang masih tercari-cari jurugambar rasmi bagi perkahwinan anda, jangan malu-malu dan segan untuk bertanya bagaimana dzulfotografi memberikan perkhidmatan fotografi, brapa harga pakej yang perlu dibayar, setakat maca kawasan liputan, bila ada kekosongan dan apa saja yang bermain difikiran, sila email atau bertanya terus kepada saya. Insya Allah saya akan cuba membantu sedaya upaya saya.

Bingung "badget" tidak mencukupi..?? Jangan risau, kita boleh berbincang untuk mengatasinya..dzulfotografi mahu berkongsi saat manis hari bersejarah anda walaupun anda kurang mampu untuk mengabadikan saat indah berkenaan dalam bentuk fotografi dengna "finishing product" yang mahal. Segalanya bermula disini...

Tempahan sentiasa dibuka (sepanjang tahun) mengikut kekosongan yang masih ada. dzulfotografi hanya dapat memenuhi permintaan satu pasangan pada setiap satu minggu. Setakat ini, saya adalah sebagai jurugambar utama dan pastinya tidak akan ada "replacement" photographer apabila anda sudah menempah untuk majlis anda nanti.


TEMPAH SEKARANG !!!


Kepada bakal pengantin minggu hadapan, di Miri, Sarawak, jumpa anda disana. Saya harapkan segala persiapan akhir untuk majlis saudara nanti dalam keadaan yang terbaik.

Semoga bertemu kembali dalam coretan seterusnya..Jumpa Lagi...




TEMPAHAN UNTUK 2011 SUDAH DIBUKA.


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Thursday, December 9, 2010

Salam Maal Hijrah...



Pertama sekali saya mengucapkan selamat menyambut kedatangan Awal Muharram yang telah jatuh pada beberapa hari yang lalu (rasanya masih sempat lagi untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua rakan-rakan dan "follower" saya)..

Alhamdulillah tahun baru Islam telah muncul sekali lagi dan saya amat berterima kasih dan bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan bernafas dengan bebas dan tanpa dikenakan sebarang bayaran, masih kuat untuk menempuh dugaan yang sentiasa berada dihadapan, masih dapat mengucap syukur dan menikmati segala ciptaanNya dan banyak lagi yang sukar untuk diungkapkan.

Sehari sebelum tiba tahun baru Islam, saya dengan rela hati telah membotakkan kepala saya. Jadi rakan-rakan sekalian, jangan pulak terkejut dan tidak dapat mengecam pulak nanti...hehehe

Satu cara bagi diri saya untuk menyambut tahun baru dengan azam baru, wajah baru dan semuanya baru..Insya Allah selepas ini segala azam yang ditulis didalam hati ini akan cuba untuk dipenuhi dengan sempurna. Doakan kejayaan saya dimasa hadapan. Apa-apa pun, saya rasa tahun depan akan menjadi tahun yang lebih mencabar kerana apa yang saya putuskan pada tahun ini akan menjadi titik tolak permulaan untuk mencabar diri saya dengan kehidupan yang lebih mencabar dan penuh dugaan.

*Gambar diatas diambil malam sebelum tahun baru Islam. Ngam-ngam habis shoot, lampu-lampu dibangunan tersebut dipadamkan selepas jam 12 tghmalam..


Jumpa lagi...






TEMPAHAN UNTUK 2011 SUDAH DIBUKA.


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Wednesday, December 8, 2010

Masa untuk beriadah...

Sepanjang minggu lepas dan beberapa hari dalam minggu ini, tidak banyak aktiviti yang saya buat. Kebanyakkannya hanya habis dengan aktiviti riadah bersama rakan-rakan sekerja dan rakan sepermainan..

Dalam masa yang sama, pada siang harinya, masa lebih banyak dihabiskan dirumah bersama-sama anak lelaki saya dan juga aktiviti menyiapkan rekaan custom album yang ditempah oleh beberapa jurugambar. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kebanyakkan kerja sudah pun selesai dengan baik tanpa sebarang masalah.

Pertamanya, kepada rakan saya, Abdul Rahim a.k.a Yamada (nick name beliau dalam FB), terima kasih banyak-banyak sebab sudi meluangkan banyak masa sepanjang minggu lepas dengan cadangan aktiviti yang cukup menyeronokkan dan secara peribadinya memang sudah lama saya kurang bergerak keluar pada waktu malam (bukan buat aktiviti tak senohoh) untuk merayau-rayau sekitar bandar Kuching bagi mendapatkan beberapa keping koleksi gambar pada waktu malam. Yang paling bestnya, aktiviti strobist di dalam Senso Lounge, Hilton. Nasib baik pihak lounge berkenaan memberi kerjasama yang cukup baik dengan mengizinkan kami beraksi dan mengambil gambar di dalam kawasan berkenaan. Kepada rakan saya berkenaan, nanti lepas balik dari US (United State) kita buat satu sesi lagi di lounge hotel yang lain pulak ok..hehe (jangan lupa ole-ole dari sana ok..)
Keduanya, kepada Rosman (Rouchmunt) dan juga Bob (lecturer UNIMAS), terima kasih kerana sempat meluangkan masa bersama berjalan-jalan meriuhkan suasana malam di sekitar Waterfront Kuching beberapa malam yang lalu. Ini antara gambar yang sempat diambil pada hari berkenaan.. Mimik muka Bob dibelakang adalah tanda keriangan beliau sepanjang malam berkenaan..Nice to meet u Bob..next time kita outing bersama ok.

Di atas (gambar kedua) adalah Rosman a.k.a Rouchmunt, rakan sekerja yang gemar keluar bersantai bersama rakan-rakan beliau. Seorang yang periang dan juga suka melawak. Gambar berkenaan pada mulanya tidak menjadi tetapi setelah diubah suai sedikit, hasilnya seperti yang anda nampak sekarang. Rosman, next time kita buat lebih baik lagi ok..Kita rancang betul-betul supaya Transmitter & Receiver aku tidak tertinggal dirumah..hehe
Buat masa sekarang masih belum sempat untuk menyusun beberapa koleksi gambar perkahwinan yang masih belum dikongsikan disini. Itu pun beberapa koleksi bulan-bulan yang lepas kerana kebelakangan ini agak sibuk dengan aktiviti rekaan grafik album yang banyak dan menunggu untuk disiapkan. Insya Allah dalam masa terdekat nanti akan muncul beberapa koleksi terkini daripada dzulfotografi.

Kepada bakal-bakal pengantin yang akan atau bercadang untuk melangsungkan apa-apa majlis berkaitan, termasuklah majlis pertunangan, bertekul ataupun pernikahan, jangan malu dan segan untuk bertanya samada tempahan boleh dibuat atau tidak. Saya akan cuba membantu dan memberikan yang terbaik kepada saudara sekalian. Tempahan sentiasa dibuka dan saya lebih selesa sekiranya saudara sekalian, bakal-bakal pengantin, dapat menyatakan masa yang sesuai untuk bertemu dan berbincang bagi melihat hasil kerja dan juga beberapa sampel custom album yang saya boleh tunjukkan.

Akan muncul tidak lama lagi, CUSTOM ALBUM boleh dibuat di Kuching, Sarawak..Kepada jurugambar pernikahan atau sesiapa sahaja yang berminat, kini anda tidak perlu risau untuk memikirkan kos penghantaran yang tinggi dan risiko kerosakan album apabila membuat tempahan di luar Kuching. Saya akan maklumkan berita baik ini dalam update seterusnya nanti.

Rasanya setakat ini dahulu dan saya akan sambung kemudian dengan info terkini dan perkongsian gambar terbaru daripada dzulfotografi. Sekian..Terima kasih kerana sudi membaca coretan ini.





TEMPAHAN UNTUK 2011 SUDAH DIBUKA.


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Friday, December 3, 2010

Kembali semula....


Sudah sekian lama lama ini ditinggalkan tanpa sebarang update..mohon maaf kepada mereka yang selalu menjenguk tetapi tiada sebarang perubahan yang dilihat..

Saya agak sibuk kebelakangan ini sehinggakan terpaksa membiarkan laman ini 'bersawang' tanpa 'dibersihkan' dengan info terkini serta koleksi gambar terbaru.

Saya akan usahakan dengan segera untuk kongsikan beberapa koleksi gambar terkini untuk berkongsi pengalaman serta info kepada semua.

Sekali lagi saya memohon maaf sekiranya ada yang tertunggu-tunggu dengan info terkini daripada dzulfotografi.. Sehingga berjumpa lagi..


TEMPAHAN UNTUK 2011 SUDAH DIBUKA.


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Monday, November 1, 2010

Abg. Syafiqnurain & Effida Liyana | Kuching, Sarawak









Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com