Tuesday, March 24, 2009

Whitestudio Photoshoot by Kakigambar Photography

dzul & julia - by kakigambar photography

Hari minggu lepas sempatlah juak gi photoshoot yang dah lamak di rancang di Kuching. Bukan utk apa sebenarnya, hanya utk mendapatkan gambar yang sesuai untuk dijadikan 'bunting' bagi hari persandingan kelak.

So, dengan berbesar hati, Kakigambar Photography dipilih untuk membuat sesi photoshoot tersebut. Biarpun tidak sampai satu jam sesi berkenaan, apa yang diperlukan sudah diperolehi dan seterusnya, hasil 'design' sahaja yang ditunggu sekarang.

whitestudio photography (before any editing)

Terima kasih kepada saudara Putat kerana dapat meluangkan masa untuk sesi photoshoot berkenaan (kesian dia, demam2 pun turun juga..kalau nak cancel pun tak dapat sebab aku kerja jauh dari Kuching dan tidak ada cukup cuti untuk turun naik Bintulu - Kuching..).

julia - by kakigambar photography

Ini shoot yang aku rasa memang "cute"..hehe Itulah bakal orang rumah aku nanti. Sempat juga si Putat ni ambik shot ni..memang dia buat lawak utk dapatkan shot ini..Anyway, thanks again..(mesti tunang aku nanti gembira+malu2 kuching tengok gambar ni..hehe)

Tak lama lagi tamatlah zaman bujang aku (zaman nak enjoy ngan hidup sorang2..) Tak sabar nak tunggu hasil rekaan bunting nanti. Segala rekabentuk dan final-product akan dibuat oleh seorang rakan subahat En. Putat, En.Deha pemilik Freeway Design. Harap-harap ianya sama seperti yang digambarkan..hehe (Deha, buat cantik-cantik tau..kalau sik cantik, aku REJECT..buat semula..hehe)

dzul & julia - by kakigambar photography

Nak tahu cerita selanjutnya?? klik jak kat sitok.. >klik sini<

Ribuan Terima Kasih kepada...

Putat
Jurugambar Bebas @ Kuching
+6.019.468.6481

1 comment:

  1. salam bro...
    hehehe...kmk yang berbesar hati sebb ktk upah kmk.. hehehe..

    ReplyDelete