Friday, March 13, 2009

CLS Nike Airmax 360


Percubaan pertama untuk CLS (Creative Lighting System) yang dibuat pada 2 3 hari yang lalu. Hanya berbekalkan kelengkapan digital kamera (D70s+Nikkor 70-200mm), speedlight (SB600), kipas angin (untuk menyejukkan badan kerana kepasanan), ruang tamu rumah yang kecil, inilah hasil yang diperolehi.

Bukannya hanya untuk suka-suka dan cuba mempelajari sesuatu keadah fotografi baru yang kini semakin 'glamer' tetapi hasilnya adalah untuk memenuhi syarat LATIHAN TUBI SIRI 2 yang telah dimulakan sejak awal bulan yang lalu di dalam laman Forum Kelab Fotografi Kenyalang.


Dalam banyak-banyak 'shoot' yang dibuat, mungkin inilah yang lebih baik dari yang lain dan saya memilihnya utk dikongsikan adalah sebab kelainan yang saya buat. Tidak hanya bergantung kepada penumpuan kepada sudut yang biasa kita lihat.



Mungkin pelik tapi mungkin ianya juga sesuatu yang baru bagi saya..hehe oklah, setakat ini dahulu. Jumpa lagi kemudian nanti..



Koleksi daripada dzulfotografi/Mac 2009

No comments:

Post a Comment