Apa yang nak di kongsikan hari ini adalah perihal kad kahwin, kad hari jadi dan sewaktu dengannya..
Hanya untuk makluman bersama, dan juga bolehlah anda (pembaca sekalian) untuk mewar-warkan/menyampaikan/berkongsi kepada kawan-kawan atau pun saudara seislam mahupun dari agama lain. Petikan ini diperolehi daripada satu laman yang saya sudah lupa di Internet.
"Pagi semalam mendengar tazkirah di RMKL, mungkin ada diantara you all dengar juga. Ianya berkaitan dengan kad-kad jemputan. Yang kita terima atau pun yang kita beri kepada orang. Tak kiralah kad jemputan jenis apapun.
Kad kahwin, kad ucapan, kad birthday dan macam-macamlah jenis kad sekarang. Yang paling utama sekali kad jemputan Kahwin. Sekiranya kita nak membuat atau nak menempah kad kahwin tersebut, sebaik-baiknya jangan sekali-kali tulis perkataan Bismillah atau Assalamualaikum atau Hadis-hadis dalam bahasa arab or jawi.. Tulislah dalam bahasa rumi. Sebab nya, setiap kalimah dalam bahasa arab itu, ada kalimah Allah dan dzat-dzatnya.
Orang yang menerima kad tersebut belum tentu akan menyimpan kad tersebut untuk selama-lamanya seperti menyimpan al-quran. Rasanya kebanyakan kita pun membuangnya dalam tong sampah. Jadi, janganlah kita memandang kecil perkara ini, yang mana dosa membuang kad yang tertera kalimah allah itu sama dengan kita membuang al quran. Dan simpanlah dengan elok dan untuk selama-lamanya kad-kad yang kita terima sekiranya tertera kalimah allah. Kalau nak buang, buatlah sepertimana cara kita nak memusnahkan al-Quran lama.
Wallah hu alam.
P/S: Kekadang perkara yg kecil seperti ini kita tak perasan walhal impaknya teramatlah besar.....
komen penulis:
hmm..nampaknya aku sendiri antara 'pembuang' utama kad2 jemputan ni...disebabkan kadang-kadang tak suka tengok rumah bersepah, nak disimpan pun tiada 'kepentingannya' dan out dated, dan kadang-kadang yang disimpan pun kad yang begitu cantik dan mahal saja yang dipilih utk disimpan; lalu aku pun buatlah tugasan 'cleaning' dengan membuang makalah-makalah ni yang ku anggap 'sampah'....aduhai...
kadang-kadang bukan terniat tp, anda sendiri mungkin mengalaminya juga..
No comments:
Post a Comment