Tuesday, March 31, 2009

Before & After - Post Processing by dzufotografi


Dalam keadaan serba bosan tanpa sebarang kerja yang perlu disiapkan, saya mengambil kesempatan untuk mencuba membuat satu 'editing' gambar melalui penggunaan perisian Photoshop CS2 yang saya miliki. Dahulu memang banyak jurus-jurus edit dipelajari tetapi setelah sekian lama kurang duduk 'bermain' dengannya, banyak yang saya sudah lupa.
Gambar berkenaan di ambil dari koleksi saya yang lepas (Photo - Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Bandar Bintulu).

gambar sebelum

Gambar berkenaan adalah selepas diedit semula dengan efek 'Aged Photo' dan kemudian saya tambahkan perasanya lagi dengan penambahan efek 'Ray Of Light' dengan menggunakan Photoshop CS2. Mudah sahaja dan efek sebegini amat sesuai sekiranya ada gambar yang menampilkan keadaan yang bercahaya dari sudut-sudut tertentu. Biasanya gambar yang ada 'ray of light' ini terdapat pada gambar yang diambil seawal pagi hari. (dari beberapa pendapat jurugambar pro).

gambar selepas

Ini hasil karya editing yang boleh dianggap 'beginner' dan Insya Allah, di masa hadapan, sekiranya ada peluang dan percubaan baru, saya akan kongsikan lagi untuk siri editing.


Zulhafizan Jamel

016-8919325 / 013-8169912
dzulfotografi wedding photographer

No comments:

Post a Comment