Thursday, July 3, 2008

Tikus vs Perangkap

Mesti anda semua pernah mengalami masalah tikus yang menganggu kehidupan seharian anda di rumah kah..?? Itulah yang menjadi masalah dirumah saya.

Sekian lama menahan kesengsaraan dengan gangguan haiwan ini dan saya ambil keputusan untuk memerangkap 'mereka' semua..hehe bukan untuk menyeksa haiwan ini tetapi untuk mengurangkan populasi mereka. Setiap malam ada sahaja bunyi yang tidak menyenangkan dan dapur rumah saya sering di'selongkar' oleh haiwan yang diketegorikan kotor ini.

Pada awal bulan lepas, satu peristiwa yang pelik berlaku..selalunya kalau perangkap dipasang mestilah mangsanya akan terperangkap didalam perangkap berkenaan bukan..?

Tetapi kali ini lain pulak. Mangsa yang hendak ditangkap terperangkap diluar perangkap pulak..hehe lawak kan..?

Lihatlah gelagat tikus berkenaan..


Sedih dan memilukan kerana tidak sempat lari kerana ekor tersepit di pintu perangkap yang saya pasang..


Mencuba nasib untuk melepaskan diri tetapi masih jugak tidak berjaya..


"Gigit, jangan tak gigit.."..usaha yang tidak membuahkan hasil..

"Alamak, tuan punya rumah datanglah.."...kata si mangsa..

Nak lari ker..?? No Way Out..

Tengoklah..beginilah nasib bila tidak sempat lari dari perangkap..

Nasib baik bukan kartun kan..

Macam cita Tom 'N Jerry lah pulak..
Setelah puas mengambil gambar tikus berkenaan dengan penangan Nikon D70s serta lense 5omm f1.8, saya lepaskan tikus berkenaan jauh dari rumah saya keran tidak sampai hati untuk membunuhnya kerana ianya bernyawa..
Nak berikan kepada sang kucing pun tak sanggup..masih kecil lagi tikus berkenaan..biarlah ianya menganggu kehidupan manusia lain selain saya..hehe
Have Nice Day!!
Sumbangan daripada Koleksi dzulfotografi.

No comments:

Post a Comment