Sebelum ini saya pernah masukkan topik berkenaan dengan apa yang berlaku di belakang tabir sepanjang tempoh pameran perkahwinan ini dan kali ini saya ingin kongsikan beberapa keping lagi gambar yang berkaitan dengan koleksi pakaian yang terdapat di Permata Idaman, Bintulu. Salah satu stokis yang terkenal dan menjadi tumpuan utama bakal-bakal pengantin bukan sahaja yang berada di kawasan berdekatan di Bintulu bahkan juga mereka yang berada jauh dari bandar Bintulu seperti mereka yang berada di daerah Tatau, Sebauh, Kuala Tatau dan juga dari bandar Miri juga turut membuat tempahan untuk beberapa koleksi pakaian yang ada di Permata Idaman.
Selain daripada itu, bakal-bakal pengantin yang berada jauh seperti dari bandar Sibu, Sarikei dan juga Kuching juga ada membuat tempahan disini. Pelbagai aksesori, pilihan kad jemputan kahwin, koleksi terkini bunga telur serta buah tangan terdapat dengan pelbagai pilihan mengikut kehendak dan kesesuaian majlis anda.
Semua koleksi pakaian berkenaan adalah yang terbaru daripada Permata Idaman bagi tahun 2008. Sewaan atau belian boleh dibuat terus di stokis yang terletak di Kampung Assyakirin, Bintulu atau berhubung terus dengan Pengurus Permata Idaman, En. Rizal ditalian 012 5923023 (h/p) atau 086 312075 (pejabat).
Komen dan pandangan daripada anda semua amatlah dihargai. Jangan segan-segan untuk meninggalkan komen anda disini dan apa yang anda komenkan akan menjadi panduan kepada diri saya untuk penambahbaikan perkhidmatan daripada saya. Terima kasih.
*klik pada gambar utk lebih besar / click for enlarge
Pasangan 1
Pasangan 2
Pasangan 3
Pasangan 4
Pasangan 5
Pasangan 6
The Man Behind The Scene...Pengurus Permata Idaman dan jurusolek dari salah satu stokis yang ikut serta pada hari berkenaan..(nama nya sukar sangat nak di ingat..maaf ye)
Sumbangan daripada Koleksi Photoshoot - Wedding Fair 2008. dzulfotografi
No comments:
Post a Comment