Tuesday, July 29, 2008

Trip ke Miri, Sarawak

Pada 26 Julai yang lepas, saya berkesempatan untuk menghabiskan masa hujung minggu di bandar Miri. Pada masa yang sama, saya juga berkesempatan melawat tapak pameran perkahwinan di salah sebuah pusat membeli belah terkenal di Miri.

Saya kongsikan bersama beberapa gambar yang saya sempat rakamkan melalui kamera digital kegemaran saya, Nikon D70s..


Awal pagi - sebelum berangkat ke Miri..awan mendung dan hujan renyai-renyai di Bintulu..


Sampai saja di Miri, terus window shopping..al maklum lah ada jualan murah pada masa itu..


Time ni tgh tunggu teman istimewa (tunang saya) membeli kain di salah sebuah kedai kain..


Ni pulak dia tgh sibuk memilih kain mana yang dirasakan sesuai bagi nya..hehe


dah puas gi window shopping, ni time nak riadah pulak..ni dekat Esplanade lah ni..tapi yang herannya, time ni dah pukul 5 lebih tapi tak ramai yang mengunjungi pantai ni..salunya ramai..


Ni member tengah terkenangkan orang yang jauh disana..tulah, org kata jangan cari calon jauh sangat..kan dah termenung mengenang..hehe


Tgh menghirup udara segar sambil duduk di bawah pondok kecil..


Tu dia, beli, jangan tak beli..lapar dah ni..kita minum petang kat pantai jer..


Haa...pilih pilih..nak yang mana satu..


Sedap jer nampaknya ni..nak satay tu lah..borong abis lah..


Jagung panggang pun tak ketinggalan..sedap lah jugak..panas2 lagi tu..perghh...


ha..ni yang saya nak borong habis tapi takut pulak tak habis makan..


Dah kenyang, kita orang borak2 lah..ntah apa yang kita bualkan masa tu..tak ingat dah..


Ni pulak sempat pergi Taman Awam..yang best nya jalan kat atas jambatan gantung tu la..bergoyang-goyang jer..layannnnn....


Dah, cukup lah tu..turun pulak dah..


Ni gambar dari tingkat 3 atau 4 kalau tak silap..member lain suma dah kat bawah..tinggal kita sorang jer kat atas..


Ni dia pandangan dari bawah jabatam gantung tadi tu..tinggi kan..gayat lah jugak skit..


Ni tempat jambatan tu bersambung..panjang tu..best o..


ni pathway nak balik dah..sempat shoot jap..


waterfall..


Cantik kan..apa yang cantik..?? air nyer ker mata air tu..?? hehe


Memang suka nak bergambar..takpe, ni saya punya ok..


Sempat ambik candid bebudak ni mandi kolam..yang sorang tu macam nak jadi buaya jer..merangkak pun dalam air lah dik oi..


Pilih, mana satu nak dipijak dulu..hehe


My favorite shoot of the day..cantik kan..??leh print besar dan buat frame ni..hehe


Time nak balik terserempak pulak dengan guard ni..siap bawak anjing lagi tu..kalau terlepas tu, lari 100 meter confirm pecah rekod dunia..hehe

Oklah, itu sahaja yang sempat saya kongsikan untuk kali ini..Jumpa lagi..


Sumbangan daripada Koleksi Vacation - dzulfotografi.2008

No comments:

Post a Comment