Tuesday, July 29, 2008

Trip ke Miri, Sarawak

Pada 26 Julai yang lepas, saya berkesempatan untuk menghabiskan masa hujung minggu di bandar Miri. Pada masa yang sama, saya juga berkesempatan melawat tapak pameran perkahwinan di salah sebuah pusat membeli belah terkenal di Miri.

Saya kongsikan bersama beberapa gambar yang saya sempat rakamkan melalui kamera digital kegemaran saya, Nikon D70s..


Awal pagi - sebelum berangkat ke Miri..awan mendung dan hujan renyai-renyai di Bintulu..


Sampai saja di Miri, terus window shopping..al maklum lah ada jualan murah pada masa itu..


Time ni tgh tunggu teman istimewa (tunang saya) membeli kain di salah sebuah kedai kain..


Ni pulak dia tgh sibuk memilih kain mana yang dirasakan sesuai bagi nya..hehe


dah puas gi window shopping, ni time nak riadah pulak..ni dekat Esplanade lah ni..tapi yang herannya, time ni dah pukul 5 lebih tapi tak ramai yang mengunjungi pantai ni..salunya ramai..


Ni member tengah terkenangkan orang yang jauh disana..tulah, org kata jangan cari calon jauh sangat..kan dah termenung mengenang..hehe


Tgh menghirup udara segar sambil duduk di bawah pondok kecil..


Tu dia, beli, jangan tak beli..lapar dah ni..kita minum petang kat pantai jer..


Haa...pilih pilih..nak yang mana satu..


Sedap jer nampaknya ni..nak satay tu lah..borong abis lah..


Jagung panggang pun tak ketinggalan..sedap lah jugak..panas2 lagi tu..perghh...


ha..ni yang saya nak borong habis tapi takut pulak tak habis makan..


Dah kenyang, kita orang borak2 lah..ntah apa yang kita bualkan masa tu..tak ingat dah..


Ni pulak sempat pergi Taman Awam..yang best nya jalan kat atas jambatan gantung tu la..bergoyang-goyang jer..layannnnn....


Dah, cukup lah tu..turun pulak dah..


Ni gambar dari tingkat 3 atau 4 kalau tak silap..member lain suma dah kat bawah..tinggal kita sorang jer kat atas..


Ni dia pandangan dari bawah jabatam gantung tadi tu..tinggi kan..gayat lah jugak skit..


Ni tempat jambatan tu bersambung..panjang tu..best o..


ni pathway nak balik dah..sempat shoot jap..


waterfall..


Cantik kan..apa yang cantik..?? air nyer ker mata air tu..?? hehe


Memang suka nak bergambar..takpe, ni saya punya ok..


Sempat ambik candid bebudak ni mandi kolam..yang sorang tu macam nak jadi buaya jer..merangkak pun dalam air lah dik oi..


Pilih, mana satu nak dipijak dulu..hehe


My favorite shoot of the day..cantik kan..??leh print besar dan buat frame ni..hehe


Time nak balik terserempak pulak dengan guard ni..siap bawak anjing lagi tu..kalau terlepas tu, lari 100 meter confirm pecah rekod dunia..hehe

Oklah, itu sahaja yang sempat saya kongsikan untuk kali ini..Jumpa lagi..


Sumbangan daripada Koleksi Vacation - dzulfotografi.2008

Wednesday, July 23, 2008

Custom Album - Sample 2

Ini adalah sample yang terkini daripada dzulfotografi dalam memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan kualiti serta kelainan dalam mengabadikan koleksi gambar perkahwinan mereka. Satu-satunya menyimpan kenangan dihari bahagia adalah dengan menyimpan gambar-gambar majlis perkahwinan mereka.

dzulfotografi menawarkan perkhidmatan jurugambar perkahwinan bukan sahaja kepada pengantin berbangsa melayu bahkan juga kepada bumiputera yang lain. dzulfotografi menjaminkan kualiti dan hasil kerja yang berkualiti dan memenuhi citarasa serta nilai wang yang anda berikan.

Sampel berkenaan adalah Custom Album yang bersaiz 12'x12' dan harganya amat berpatutan sesuai dengan harga pakej yang pengantin bayar bagi perkhidmatan jurugambar daripada dzulfotografi.

Sebarang komen dan cadangan daripada pihak anda semua yang melawati blog ini amatlah dihargai dan adalah untuk diri saya mengetahui apa kurang dan perlu diperbaiki di masa hadapan.

*klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas / click for enlarge


Muka hadapan album..


Muka belakang album..


mukasurat yang menceritakan permulaan serta pemilik album ini..


sesi akad nikah..


paparan lebih kepada pemilik album / pengantin itu sendiri..


kenangan sewaktu diijab kabulkan..


adat melayu yang tidak pernah dilupakan..


pengantin biasanya mahukan sesi fotografi pakaian / berlulut..


tidak ketinggalan untuk diabadikan didalam koleksi album ini..


biasanya pengantin perempuan yang akan mengadakan sesi berlulut / 'fashion show'..


setelah diijab kabulkan, kini disanding pula..


setelah selesai semuanya, pengantin melangsungkan pula sesi potong kek dan makan nasi temuan..


akhirnya mereka dibawa keluar untuk sesi outdoor photography..



Sumbangan daripada Koleksi Gambar Perkahwinan dzulfotografi.2008

Tuesday, July 22, 2008

Permata Idaman - Wedding Collection Fashion Show 2008

Sebelum ini saya pernah masukkan topik berkenaan dengan apa yang berlaku di belakang tabir sepanjang tempoh pameran perkahwinan ini dan kali ini saya ingin kongsikan beberapa keping lagi gambar yang berkaitan dengan koleksi pakaian yang terdapat di Permata Idaman, Bintulu. Salah satu stokis yang terkenal dan menjadi tumpuan utama bakal-bakal pengantin bukan sahaja yang berada di kawasan berdekatan di Bintulu bahkan juga mereka yang berada jauh dari bandar Bintulu seperti mereka yang berada di daerah Tatau, Sebauh, Kuala Tatau dan juga dari bandar Miri juga turut membuat tempahan untuk beberapa koleksi pakaian yang ada di Permata Idaman.

Selain daripada itu, bakal-bakal pengantin yang berada jauh seperti dari bandar Sibu, Sarikei dan juga Kuching juga ada membuat tempahan disini. Pelbagai aksesori, pilihan kad jemputan kahwin, koleksi terkini bunga telur serta buah tangan terdapat dengan pelbagai pilihan mengikut kehendak dan kesesuaian majlis anda.

Semua koleksi pakaian berkenaan adalah yang terbaru daripada Permata Idaman bagi tahun 2008. Sewaan atau belian boleh dibuat terus di stokis yang terletak di Kampung Assyakirin, Bintulu atau berhubung terus dengan Pengurus Permata Idaman, En. Rizal ditalian 012 5923023 (h/p) atau 086 312075 (pejabat).


Komen dan pandangan daripada anda semua amatlah dihargai. Jangan segan-segan untuk meninggalkan komen anda disini dan apa yang anda komenkan akan menjadi panduan kepada diri saya untuk penambahbaikan perkhidmatan daripada saya. Terima kasih.

*klik pada gambar utk lebih besar / click for enlarge


Pasangan 1


Pasangan 2


Pasangan 3


Pasangan 4


Pasangan 5


Pasangan 6


The Man Behind The Scene...Pengurus Permata Idaman dan jurusolek dari salah satu stokis yang ikut serta pada hari berkenaan..(nama nya sukar sangat nak di ingat..maaf ye)



Sumbangan daripada Koleksi Photoshoot - Wedding Fair 2008. dzulfotografi

Wedding Fair 2008 - Everly Parkcity Hotel, Bintulu

Sepanjang 3 hari yang lalu (4hb - 6hb Julai 2008) beginilah keadaan sewaktu mengikuti pameran perkahwinan anjuran Everly Parkcity Hotel, Bintulu.

Keadaan persekitaran tempat tapak pameran di dalam hotel berkenaan. Saya hanya mahu berkongsi kepada anda semua pengalaman berkenaan dan mungkin untuk anjuran pada masa hadapan anda semua berminat untuk hadir melawat tapak pameran berkenaan yang setiap tahun pasti akan diadakan.

Tidak perlu memikirkan status anda layak atau tidak melawat tapak pameran berkenaan kerana pada masa inilah, kepada bakal-bakal pengantin, harga yang ditawarkan cukup-cukup murah dan pelbagai promosi anda akan dapat. Tidak rugi untuk meluangkan sedikit masa bersama-sama meramaikan lagi suasana pada pameran berkenaan. Sapa tahu mungkin hari berkenaan anda membawa balik pelbagai hadiah kerana bukan sahaja pameran yang dijalankan bahkan pertandingan atau kuiz yang cukup senang juga dijalankan serta pertunjukkan fesyen serta mini konsert bagi menghiburkan pelawat yang hadir.

(klik gambar untuk gambaran yang lebih besar)


Antara pelawat yang hadir di booth pameran Permata Idaman pada hari berkenaan..


Antara agensi/syarikat yang turut serta dalam pameran berkenaan..


Keadaan sekitar hari pameran..


Pelbagai barangan dan servis/perkhidmatan yang ditawarkan..


Pelbagai booth boleh disinggah untuk mendapatkan maklumat supaya mudah untuk merancang majlis perkahwinan..



Sumbangan daripada Koleksi dzulfotografi.2008