Tuesday, August 4, 2009

El-Nino Kembali Lagi !!!


Bintulu, 4 Ogos 2009 - Kebakaran hutan berlaku pada sebelah tengahari dan berlanjutan sehingga ke petang dimana kepanasan yang melampau menyebabkan hutan dan kawasan kering sekitar jalan utama Tatau-Bintulu (Pan-Borneo Highway) terbakar teruk dan semakin merebak jauh ke dalam hutan berdekatan. Saksi yang berkesempatan mengambil gambar berkenaan dalam perjalanan dari Pekan Tatau menuju ke Bintulu untuk urusan kerja, memberhentikan kenderaan beliau untuk merakamkan saat berikut serta membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut supaya ianya tidak semakin teruk.

Antara kawasan yang terjejas teruk akibat kebakaran hutan ini pada hari semalam adalah dikawasan Semanok, Jln. Tatau-Bintulu dan juga Bukit Setiam, Jln. Tatau-Bintulu dan kawasan-kawasan lain hanya mengalami kebakaran kecil sahaja. Keadaan pagi td amat kurang memuaskan dan jarak penglihatan secara tidak rasminya menjangkau 500-700 meter sahaja dan banyak kenderaan yang menggunakan laluan jalan ini memandu dengan perlahan dan membuka lampu kereta supaya mudah dilihat dari arah hadapan.

Menurut sumber daripada berita radio, pagi td, seluruh bahagian di Sarawak mula diselubungi jerebu akibat kepanasan kemarau dan kebakaran hutan yang berlaku sejak minggu lepas lagi. Fenomena ini akan berterusan sehingga penghujung September atau awal Oktober dan ianya sukar untuk dibendung dan orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti luar kerana ianya boleh mengundang bahaya kepada kesihatan.

Gambar sekitar kawasan di Semanok, Jln Tatau-Bintulu




Gambar sekitar kawasan di Bukit Setiam, Jln Tatau-Bintulu






Jgn hairan lah sebab kenyataan diatas ya sebagai pembuka cerita dan untuk makluman, berita diatas ya khas dibuat untuk laporan semasa Agent24 di laman www.pgx.com.my. Kebetulan petang marek time nak ke Bintulu (naik motosikal gik ya) ada urusan rasmi, terserempaklah ngan hutan terbakar tok..Apa lagik, hp pun kamera lah jadi mangsa walaupun terpaksa mandi peluh juak marek..Panas nya nang boh cita gik.. Dah lah ari nang panas, berjerebu gik ya, ne nak lom sampei Bintulu gik, baju dah lebo..Tapi sikpa, ya hal semalam. Hari tok makey keta so sikda gik masalah ya...

Apa2 pun, hati-hati semasa memandu, kurangkanlah aktiviti luar buat seketika dan banyakkan minum air suam/kosong. Amalkan hidup sihat.



Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 016 8919325 / +6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

1 comment:

  1. ktk pun jaga kesehatan juak bro. thnx for the wonderful pics

    ReplyDelete