Friday, August 14, 2009

Sibuk ?? Penat ??

Seminggu lebih sudah berlalu tapi topik masih juga sama dan belum berkesempatan untuk berkongsi cerita baru. Al-maklumlah, bukan satu kerja saja yang perlu diselesaikan tp ada beberapa perkara serta kerja penting harus diutamakan. Hari ini, ada sedikit keluangan masa untuk menyampaikan sedikit cerita. Sekurang-kurangnya berubahlah sedikit tajuk utama harian dalam laman blog ini.

cover album perkahwinan saya - dzulfotografi design

Gambar diatas adalah gambar yang digunakan bagi Custom Album perkahwinan saya sendiri yang baru sahaja diterima minggu lepas setelah menunggu hampir 2 minggu untuk diproses. Semua layout untuk album berkenaan ada disini.
Amat gembira apabila melihat ianya dalam bentuk hardcopy..memang berpuas hati. Bayangkan ianya direka dalam saiz 12 inci x 36 inci..perghh, besar tu..apa-apa pun, ianya adalah untuk simpanan dan bukannya sampel bagi perkhidmatan fotografi yang saya buat. Harganya ?? Untuk harga pasaran ianya mencecah RM1.6k untuk keseluruhan proses termasuk caj pos dan printing. (belum termasuk upah saya sendiri yang buat design layout tu..keke) Itu yang membuat saya 'busy' sikit sbb banyak rakan-rakan dan saudara-mara tahu album sudah siap dan mereka mahu melihatnya. Jadi, album berkenaan sentiasa dibawa ke sana ke mari supaya rakan-rakan dan saudara-mara dpt berkongsi kegembiraan saya bersama kenangan semasa hari bersejarah saya 2 bulan lepas.

cover buku program Info Bestari 2009 - dzulfotografi design

Ini pula hasil kerja yang ringkas yg pernah saya buat. Buku program berkenaan hanyalah untuk mencukupi syarat bagi memenuhi permintaan 'boss' saya sbb apa-apa program seharusnya ada buku program yang didalamnya terdapat info ataupun maklumat berkenaan dengan aturcara serta aktiviti bagi sesuatu program yang dijalankan. Tambahan pula yang hadir merasmikan program yang jabatan saya anjurkan adalah Yang Berhormat, jadi takkan lah nak buat 'semadi nadai' jer kan?? So, saya cuba buat yang termampu dengan masa yang singkat. Akhirnya diterima pakai juga..hehe (kalau ada 1-2 hari lagi, saya yakin ianya lebih cantik dari yang ini..hehe cantik?? itu kata saya je..pandangan org lain saya tak tahu lagi..)

Pada majlis berkenaan, saya diarahkan untuk menjadi Pengacara Majlis. Bagi saya, ianya perkara kecil sbb sememangnya tugas hakiki saya juga tu. Setakat diperingkat daerah, saya rasa ianya bukanlah satu perkara yang terlalu mencabar bahkan saya juga pernah menjadi Pengacara Majlis bagi program peringkat bahagian. (Program Kembara Merdeka Peringkat Bahagian Bintulu 2008) Dari situlah saya semakin berani dan yakin boleh menjadi pengacara majlis walaupun tidak dapat menandingi mereka yang lebih 'terer' dan arif..sekurang-kurangnya saya diberi peluang dan mencuba..hehe


sampel baju - T-shirt Komuniti Bestari Pekan Sangan

sampel baju - T-shirt Komuniti Bestari Pekan Sangan

Yang ini pulak kerja terakhir yang membuatkan saya sibuk turun naik pejabat dan ke kedai baju untuk membuat tempahan. Sudah sekian lama untuk membuat baju ini kepada semua ahli Komuniti Bestari Pekan Sangan (saya selaku Pegawai Penyelaras)
tetapi terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab yang rasanya pembaca tidak perlu tahulah..Akhirnya semalam, saya habiskan kerja-kerja penempahan ini. Kini hanya menunggu baju berkenaan siap dan barulah proses pengagihan dilakukan..kena pergi Pekan Sangan lagilah ni..Dari rumah ke pejabat memakan masa 1 jam, kemudian ke Pekan Sangan kena tambah lagi setengah jam..fuhhh..gitulah rutin kerja saya..Penat tu memanglah tapi arahan tetap dipatuhi..Saya Yang Menurut Perintah....paham-paham je lah..

Oklah, kalau nak diceritakan dengan lebih lanjut, mmg panjang so cukuplah setakat ini. Kejap lagi dah nak Solat Jumaat. So, jumpa lagi..Teruskan membaca dan melawati laman blog saya ni.

Kepada bakal-bakal pengantin terutamanya, nantikan koleksi gambar untuk rupa bentuk sebenar Custom Album terbaru dari dzulfotografi. Mana tahu ianya dapat membantu anda menilai dan memberi ilham kepada anda semasa memilih jenis album yang dihajati.



Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 016 8919325 / +6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

3 comments:

  1. Berapa baju Kb Zul..
    mun ok leh order tuk..
    byk KB mudik tuk..

    ReplyDelete
  2. brapa?? ikut tpt wak..ku sik tauk lah mun d area miri nun brapa rega...mgkin murah gik kot..ku polah pun sik lah bnyk ne..cdak KB minta polah ku on jak..

    tangga bdget ktk org lah..mun sikit orgnya, dpt lah molah bju mahal kit (lebih tahan lama)..mun rami, cut cost lah skit..(bju siklah murah ne)..

    ReplyDelete