Jurugambar Professional Perkahwinan | Kuching | Sibu | Bintulu | Miri | Semenanjung Malaysia
Thursday, August 27, 2009
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
Tidak banyak persiapan dan program yang dibuat untuk Hari Kemerdekaan pada tahun ini. Mungkin kerana sambutan kali ini jatuh pada bulan umat Islam menjalankan ibadah puasa. Bukan satu alasan atau halangan bagi negara untuk membuat sambutan Hari Kemerdekaan seperti biasa cuma disebabkan beberapa perkara lain juga yang akhir-akhir ini berlaku di negara kita dan juga seluruh dunia menyebabkan banyak program yang melibatkan kehadiran orang ramai terpaksa dikurangkan termasuklah program sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-52 nanti.
Bukan bermaksud sambutan kali ini akan dibatalkan ataupun disarankan supaya tidak perlu berpusu-pusu untuk hadir ke program berkenaan. Walau apa sekalipun, sambutan tetap akan dijalankan seperti tahun-tahun lepas cuma pengisian mungkin akan sedikit kurang daripada biasa.
Bagi peringkat negeri Sarawak, sambutan akan dibuat di Bandar Kuching. Daripada info yang saya perolehi, ianya akan diadakan di Stadium Tertutup pada 31 Ogos 2009 nanti. Untuk makluman kepada orang ramai, satu tempat khas bagi membuat 'medical checkup' untuk mengesan samada anda membawa jangkitan H1N1 akan didirikan di tempat berkenaan. Menurut info daripada sumber yang dipercayai, booth kesihatan berkenaan akan ditempatkan kemungkinan besar berada tidak jauh dari pintu masuk ke stadium (nanti tengok sendiri lah betul ker tak...sbb saya sendiri tak dapat hadir sbb jauh sangat dari kampung halaman..)
Oklah, cukup lah sedikit sebanyak intro yang tak tahulah penting atau tidak bagi anda semua. Cuma terdetik dihati untuk membuat coretan permulaan sebegitu rupa saja. Foto yang saya gunakan di atas adalah foto rakan karib saya yang sekarang bertugas di salah satu jabatan yang penting di negara kita ini. Sendiri tahulah jabatan mana sbb dah ada klu kat foto tu. (masih penting ker ? masih relevan ker ? entahlah..rasanya masih kot..) Terima kasih En. Abdul Mutalib atas 'posing' spontan berkenaan..hehe
Apa lagi aku nak ceritakan yer?? hmm..tak banyak sebenarnya..Cuma nak kongsikan foto berkenaan, sedikit info, dan ucapan. Al maklumlah, sekarang ni tengah berpuasa (hari yang ke 6) jadi tak banyak aktiviti yang dilakukan mahupun dalam perancangan. Aktiviti jabatan pun kurang jugak. Yang terkini, program Sivik Ramadhan yang saya sendiri akan 'handle' minggu depan di Pekan Tatau, Bintulu. Itu cerita berkaitan kerja dan cerita berkaitan fotografi kahwin?? Belum ada lagi sbb time ni lah jurugambar perkahwinan akan cuti berehat seketika..hehe termasuklah saya sendiri yang membuat fotografi sebagai tugasan separuh masa sahaja..minat katakan..apa boleh buat..hehe
Kepada rakan-rakan seperjuangan yang ada membaca coretan ntah apa-apa ni, dzul nak ucapkan Salam Ramadhan, Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka. Semoga success selalu dan teruskan perjuangan.
Kepada pembaca sekalian, Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri..hehe (tak lama lagi..ada 24 hari lagi..)
Nanti ada kesempatan yang lebih panjang, saya akan kongsikan lagi beberapa coretan serta koleksi-koleksi foto terkini daripada dzulfotografi..tapi belum untuk siri foto perkahwinan sbb mood perayaan yang tengah bermula sekarang. Kalau nak foto kawen, tunggu lepas raya ok..
Oklah, setakat ini dahulu. Jumpa lagi..
Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
+6 016 8919325 / +6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah.. cool lah bro.. selamat hari merdeka & selamat berpuasa!
ReplyDeletegbr staff kmk orgya..keke juz main skit ngan adobe photoshop..ya lah hasilnya..keke
ReplyDeleteSelamat Hari Merdeka & Selamat Berpuasa..