Friday, August 21, 2009

Sepetang Di Tanjung Batu - Mencerap Anak Bulan Ramadhan 1430H

foto oleh - dzulfotografi | Tanjung Batu, Bintulu

foto oleh - dzulfotografi | Tanjung Batu, Bintulu

Bintulu, 20 Ogos 2009 - Program mencerap anak bulan Ramadhan adalah program yang diadakan pada setiap tahun apabila kembalinya bulan Ramadhan. Setiap negeri diseluruh negara akan mengadakan aktiviti ini secara serentak pada masa dan tempat yang telah ditetapkan.

Di Bintulu, program ini telah diadakan di Tanjung Batu (tempat yang telah ditetapkan) dan telah dihadiri oleh semua Ketua-ketua Jabatan Kerajaan dan Swasta sekitar bandar Bintulu. Program yang bermula seawal jam 5 petang telah berjalan dengan lancar dan keadaan cuaca pada hari berkenaan amat mengizinkan walaupun agak berawan. Pada awalnya ramalan cuaca menjangkakan akan berlaku hujan disemua bahagian diseluruh Sarawak tetapi sehingga tamat program cerapan, keadaan cuaca sekitar Bintulu masih lagi elok.

Mengikut info yang diperolehi, anak bulan masih tidak kelihatan sehingga jam 6 petang kerana keadaan langit yang berawan sedikit sebanyak menganggu penglihatan semasa cerapan bulan dijalankan. Menurut sumber yang diperolehi, pada hari cerapan dilakukan, anak bulan dikatakan akan lebih awal tenggelam sebelum diikuti oleh matahari. Pada jam 6.30 petang, program cerapan dihentikan kerana anak bulan telah tenggelam dan sukar untuk dicerap lagi kerana keadaan tempat cerapan dibuat agak rendah (bagi kawasan cerapan di Bintulu). Keputusan yang diterima secara tidak sah telah menjangkakan hari mula berpuasa jatuh pada hari Sabtu, 22 Ogos 2009 (seperti yang telah tercatat dalam kalendar tahun 2009).

Program ini juga mendapat liputan akhbar daripada salah satu media di Bintulu. Selain itu, beberapa ahli PGX, merangkap jurugambar bebas daripada Bintulu juga mengambil bahagian menjadi jurugambar dalam program tahunan ini.

Selamat Berpuasa Dan Selamat Beramal.



Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 016 8919325 / +6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

6 comments:

  1. hehehe...selamat berposa juak utk kaban2 d mudik nun..hehe

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa Bro...semoga ramadhan tahun ini akan meningkatkan iman & takwa kita kepada Allah SWT...

    Selamat menyambut puasa bersama isteri ;)

    ReplyDelete
  3. Selamat Berpuasa bang Hardy..thanks for the Dabai semalam...hehe sik sempat borak panjang marek..berebut juak mok atang Bintulu..kepak dah drive 10hours direct ya..

    So, sama2 lah kita tingkatkan iman dan taqwa kita dalam bulan baik tok..amin....

    ReplyDelete
  4. best eh..experience tga anak bulan..

    ReplyDelete
  5. mun d kch susah mok tauk n dpt join cdak neropong anak bulan tok..kat bintulu da senang skit sbb bnyk yg d kenal n bnyk org ajak pergi join..hehe

    best woo..dapat neropong sekali gik ya..

    ReplyDelete