Grill Mama Recipe - Kuching, Sarawak
Pada malam 24 Januari 2009 yang lalu, Kelab Fotografi Kenyalang telah mengadakan satu siri TT bersama ahli kelab dan forumer di salah satu tempat yang dikenali di Kuching. Tempat berkenaan sememangnya terkenal kepada mereka yang tinggal disekitar bandar Kuching.
Banyak yang turut serta termasuklah beberapa ahli KFK yang tinggal diluar Kuching juga sempat beramah mesra pada malam berkenaan. Pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah siri photoshoot. Selain itu, kesemua ahli serta forumer yang hadir mengambil kesempatan berkenalan antara satu sama lain sehinggakah masa berlalu tidak disedari.

Ini adalah antara model yang turut serta pada malam berkenaan. Bayangkan jika anda menjadi model pada malam berkenaan. Hampir berpuluh DSLR dari pelbagai jenis termasuk Canon, Nikon dan Olympus mengarahkan lensa ke arah anda. Pelbagai ilmu fotografi dapat dipelajari pada malam berkenaan dan ianya dikongsikan bersama-sama selain daripada bertukar-tukar pendapat dan pengalaman diantara jurugambar-jurugambar pro dan yangb aru berjinak-jinak ke arah berkenaan.
Pulut Panggang yang dibawa khas dari Sibu oleh Mr. Hardy
Itu sahaja dahulu apa yang dapat dikongsikan bersama. Selebihnya akan dimasukkan sekiranya masa mengizinkan. Kepada mereka yang berminat untuk mendalami ilmu fotografi dan berjumpa serta berinteraksi bersama mereka yang sudah lama dalam bidang ini, anda dijemput untuk menjadi ahli Kelab Fotografi Kenyalang, Sarawak.

No comments:
Post a Comment