Pada awal November lepas, saya mengambil cuti rehat dan balik ke Kuching dan pada masa yang sama saya berkesempatan mengikuti beberapa fotografer dari Kuching yang telah merancang untuk ke satu destinasi, untuk merakamkan gambar matahari terbit atau lebih dikenali sebagai SUNRISE..
Pada hari berkenaan, kami semua berangkat ke tempat yang telah dirancangkan seawal jam 0530 pagi. Bersama-sama kami beberapa set kamera digital dan tripod. Ini sahaja yang kami kerana merasakan aktiviti pagi tersebut amat ringkas dan tidak memakan masa begitu lama. Tambahan kawasan yang akan kami lalui adalah pantai yang berlumpur dan akan menjadi risiko sekiranya bebanan yang dibawa dikhuatiri terjatuh atau tercicir.
Cuaca pada pagi berkenaan amat menghampakan kerasa langit masih diselimuti awan tebal dan kami hanya mampu menunggu dengan sabar sehingga ianya betul-betul tidak muncul seperti yang kami impikan pada hari-hari lainnya..
Disini ada beberapa keping koleksi gambar daripada saya sendiri yang diperolehi pada sesi outing berkenaan. Terima kasih kepada Saudara Zamrin, Saudara Lan dan Saudara Rizal kerana meluangkan masa bersama-sama pada hari yang tidak begitu bernasib baik berkenaan. Lain kali kita cuba lagi dan lagi dan lagi dan lagi..hehe
Setakat ini dahulu dan saya akan kembali semula dengan koleksi terbaru gambar-gambar pengantin seperti mana yang sepatutnya saya bangunkan blog ini. Terima kasih.
Sumbangan daripada Koleksi Outing dzulfotografi.2008
No comments:
Post a Comment