Saturday, June 4, 2011

Sneak Peek | Taqiuddin & Noor

Assalamualaikum..

Hampir 3 bulan saya tidak membuat sebarang update di laman blog ini..Ini gara-gara penambahan komitmen dalam hidup serta karier saya sekarang ini. Kali terakhir blog ini diupdate adalah dengan entry promosi pakej fotografi perkahwinan. Banyak yang menghubungi saya melalui email bertanyakan promosi berkenaan sedangkan dengan jelas saya nyatakan pada entry berkenaan ianya adalah untuk pakej fotografi perkahwinan sahaja. Tetapi itu tidak membuat saya marah atau tension kerana saya suka melayan email2 yang masuk terus ke poket saya..Ini menjadikan saya lebih peka dengan email yang anda atau pelanggan lain hantar. Tidak kira ianya berkaitan fotografi ataupun pertanyaan lanjut berkenaan pelan perlindungan. Apa itu pelan perlindungan?? Rasanya 100% tak sesuai diceritakan kat sini. Anda tengok kat sini kiranya mahu tahu lanjut yer..

Ok, saya nak kongsikan hasil fotografi minggu lepas, dari Bintulu, Sarawak. Pasangan ini melangsungkan majlis perkahwinan pada 28 & 29 Mei yang lalu (majlis di pihak pengantin perempuan). Satu majlis yang sungguh meriah dan alhamdulillah, seperti biasa dan yang didoakan, semuanya berjalan dengan lancar.

Tanjung Batu, Bintulu

Saya mengambil kesempatan ini berkongsi kepada anda semua yang sentiasa sudi serta sentiasa melawat laman blog ini untuk entry2 yang terkini daripada dzulfotografi. Selain itu, kepada pasangan pengantin ini, Taqiuddin & Noor Fadzillah, TAHNIAH sekali lagi dan didoakan majlis yang diadakan di sebelah pihak lelaki juga berjalan dengan lancar. AMIN..

SEDC & Futsal Arena, Bintulu



SEDC & Futsal Arena, Bintulu

Tak banyak yang nak diceritakan kerana ianya terlalu panjang untuk dicoretkan disini. Kepada mereka yang turut serta sepanjang majlis berkenaan dan sesi fotografi, mereka lebih tahu apa yang berlaku dan kenangan tersebut sememangnya tidak dapat dilupakan. Terima kasih diatas kepercayaan yang diberikan dan terima kasih juga kerana memilih dzulfotografi untuk merakamkan gambar kenangan bersejarah hari persandingan anda.


Kepada mereka yang mahu membuat tempahan, saya dengan berbesar hati serta dengan tangan terbuka menerima. Itupun sekiranya anda berminat dengan hasil nukilan serta karya dzulfotografi. Saya boleh membantu anda..Hanya perlu menghubungi saya melalui email ataupun sms dan untuk respon segera, sila hubungi terus di talian yang dinyatakan dibawah.

*jangan heran ayat tang formal jak..mun kmk naip lam basa sarawak takut da yang sik paham..hehe (family pengantin lelaki dari Semenanjung).


Zulhafizan Bin Jamel
Principle Photographer
+6 (013) 8169912 begin_of_the_skype_highlighting +6 (013) 8169912 end_of_the_skype_highlighting
dzulfotografi@yahoo.com
dzulfotografi@mobileemail.vodafone.com.my
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
Members of Kelab Fotografi Kenyalang (KFK)
Members of Sarawakian's Photographers (SPG)
Members of Wedding Photographers & Videographers (WPV)

1 comment:

  1. thank u...btw, typo error, fmly pengantin lelaki dr smnanjung.. =)

    ReplyDelete