Sunday, March 6, 2011

Satu perjalanan yang masih samar..



Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Alhamdulillah masih lagi dapat menghirup udara segar, bernafas dengan baik dan masih dapat melihat matahari terbit dan terbenam..Syukur kepadaNya kerana masih memberi peluang tinggal sementara di dunia milikNya ini.

Tersentuh hati apabila terkenang apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Mungkin ada hikmahnya tetapi apakan daya, sebagai manusia biasa, apa yang berlaku hanya mampu di lalui dengan sebaik mungkin dan segala cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi akan terus dilihat sebagai satu cubaan serta ujian yang tidak dapat dielakkan untuk dirasai.

Tidak banyak yang hendak diperkatakan pada kali ini. Cuma tergerak hati untuk meluahkan rasa yang terpendam. Mungkin pada saat ini saya sendiri dilihat tidak mempunyai apa-apa dimata umum..ya memang benar..tetapi ianya tidak akan melemahkan semangat saya untuk teruskan perjuangan dan melalui liku-liku kehidupan yang penuh mencabar. Ada yang tidak memihak kepada saya, dan ada juga yang tidak menghargai apa yang saya lakukan. Tidak mengapa..suma itu lumrah alam..Setiap yang berjaya akan dikagumi, dihargai, disegani dan dihormati..Tidak kepada yang masih terkapai-kapai untuk terus mencuba dan impikan kejayaan..

Tetapi anda sendiri tahu, sebelum seseorang itu berjaya, adakah mereka ini tidak melalui laluan yang sukar untuk sampai ke kemuncaknya..?? Adakah dengan sekelip mata sahaja ianya berlaku dan terus berada diatas..?? Tepuk dada tanya selera...

Hari ini, hari yang sama seperti hari-hari yang lain dimana perjalanan yang dilakari dengan impian serta angan masih lagi samar dan tidak tahu ke mana arah yang sebenarnya. Mungkin Tuhan maha adil..Insya Allah dengan apa yang diharapkan, didoakan akan dimakbulkan dengan yang lebih baik dari apa yang dijangkakan. Kita perlu sabar dan jangan lupa diri..

Hidup umpama roda..mungkin hari ini kita berada diatas, mungkin selepasnya kita akan turun ke bawah..ataupun sebaliknya.

Mohon maaf sekiranya coretan kali ini tidak memenuhi apa yang saudara & rakan sekalian mahukan. Ini hanya coretan muhasabah diri.

Wasalam...



Zulhafizan Bin Jamel
Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

5 comments:

  1. Kacak gambar.. belon apa ya? Apapun yg berlaku, sabar jak pok.. :)

    ReplyDelete
  2. Bukan lam belon..lam ERL dari KLIA ke KL Sentral..
    Tq wak..memang kt perlu bersabar selalu..aritok kita di dibah..

    ReplyDelete
  3. aih mena? kekeke.. dah lamak sik nait ERL bah hehehe.. aok mena.. idup tuk kedak roda.. lak katas, kejap kat debah.. Allah ya Maha Adil bah.. sabar jak.. :)

    ReplyDelete
  4. lak i upload gbr street photography masa kat KL ya..

    ReplyDelete
  5. steady gambar...kacak

    ReplyDelete