Wednesday, March 16, 2011

Noorzaimah & Mohd Radzi | Kuching, Sarawak


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Pertama sekali tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin, Saudara Mohd Radzi dengan pasangannya Saudari Noorzaimah. Semoga ikatan yang terbina ini akan kekeal hingga ke akhir hayat.. Amin..

Akad nikah berlangsung dengan meriah dan lancar pada 12 Mac 2011 bertempat di rumah pengantin perempuan. Seterusnya majlis persandingan dilangsungkan di Dewan Serbaguna Kpg Samariang Batu.

photo by dzulfotografi | Kesuma Resort, Kuching

photo by dzulfotografi | Pustaka Negeri Sarawak

Walaupun hujan turun dengan lebat sehingga saat ketibaan pasangan raja sehari, ianya adalah satu rahmat daripadaNya. Majlis tetap berlangsung dengan baik tanpa sebarang masalah dan para tetamu yang hadir bersama-sama memeriahkan suasana majlis pada hari berkenaan.

Kepada keluarga pihak pengantin, ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan di atas kerjasama yang telah diberikan. Disini dapat dikongsikan beberapa keping gambar pasangan pengantin untuk tatapan semua. Selebihnya boleh dilihat didalam album yang sudah siap untuk dihantar kepada pengantin. (keluarga pengantin je yang dapat tengok..kepada rakan-rakan sekalian, tak perlu lah korang tengok ye..)

Apa-apa pun, tahniah sekali lagi kepada pasangan raja sehari (Mohd Radzi & Noorzaimah). Terima kasih kerana memilih dzulfotografi.



Zulhafizan Bin Jamel
Principle Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
Members of Kelab Fotografi Kenyalang
Members of Sarawakian's Photographers
Members of Whiteroom Studio

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

No comments:

Post a Comment