Semua tahu bahawah fotografi adalah satu seni tanpa batasan bahkan setiap jurugambar memiliki skill serta karakter masing-masing yang unik pada karya yang dihasilkan. Bagi saya sendiri, tiada langsung istilah jurugambar paling hebat kerana setiap jurugambar memiliki skill dan gaya masing-masing. Oleh hal yang demikian, untuk memilih jurugambar yang sesuai untuk anda dan majlis anda adalah tidak semudah anda memilih dan membeli pakaian.
Cuba kita bandingkan untuk lebih jelas lagi. Seorang peminat setia sukan bola sepak semestinya meminati salah satu kelab atau negara ternama dalam sukan ini. Biar apa pun yang terjadi, peminat ini tetap akan suka akan kelibat pemain dari kelab tersebut walaupun kalah dalam mana-mana perlawanan bola sepak. Tetapi, ada juga yang kurang berminat dengan pasukan yang diminati oleh peminat tadi walaupun ianya sama sahaja satu sukan perjuangan menjaringkan bola ke gawang lawan. Demikian juga dengan dunia fotografi yang sentiasa penuh dengan cabaran serta saingan dan pelbagai selera harus dipuaskan termasuklah selera bakal-bakal pengantin. Fikirkanlah..
HARGA MAHAL JAMINAN KEPUASAN ?? - TIDAK SEMESTINYA.
Semua sedia maklum dan semua mengetahui bahawa sesuatu karya/hasil fotografi amat berkaitan dan saling bersangkut rapat dengan selera peribadi, termasuklah apa yang saya sendiri rasakan (sewaktu menjadi pelanggan kepada jurugambar perkahwinan). Ada golongan yang amat meminati dan menyukai hasil karya jurugambar X dan ada sebahagiannya tidak menyukai dan meminati karya jurugambar berkenaan. Mungkin salah satu sebabnya adalah berdasarkan dorongan pengaruh rakan/saudara/keluarga yang hanya tahu melihat tetapi kurang bijak menilai.
Oleh sebab itulah, memilih jurugambar termahal atau terkenal bukan satu jalan penyelesaian atau 'solution' yang terbaik bagi anda dan pasangan anda. Kenyataannya, dan hakikatnya banyak jurugambar diluar sana yang tidak terkenal/ternama ataupun murah sekalipun, tetapi hasil karya mereka tetap sedap dipandang mata dan disimpan sebagai kenangan abadi.
TIPS TERBAIK MEMILIH JURUGAMBAR YANG SESUAI DENGAN CITARASA ANDA.
Tips terbaik memilih seorang jurugambar untuk majlis pernikahan anda adalah, cari jurugambar yang hasil karyanya/kerjanya bagus dan harganya yang ditawarkan bersesuaian dengan budget yang anda telah aturkan. Inilah kunci utama untuk mendapatkan perkhidmatan fotografi yang baik untuk anda.
PILIHAN DI TANGAN ANDA !!
Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
+6 016 8919325 / +6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com
saya setuju,..sekali lagi tahniah wak..
ReplyDeletemok booked ko tok.. hihihi..
book jak..no hal...
ReplyDeletetrueee
ReplyDeletesalam. kmk berminat lah dgn gambar2 yg diambik. kmk ada molah research ttg wedding photography. tp xkan kmk nk ambik gambar kmk mpun on my wedding day nak? mok tanyak, ktk molah sekali dgn albumkah?album mcm ne ktk provide?yg jenis bukukah or yg jenis biasa2 jak? and price ktk brapa? tq
ReplyDeleteSaudari Nadia, ktk leh email kmk direct untuk pertanyaan lanjut.
ReplyDeleteemail - dzulfotografi@yahoo.com
Segala pertanyaan akan dijawab segera.
Tq