Jurugambar Professional Perkahwinan | Kuching | Sibu | Bintulu | Miri | Semenanjung Malaysia
Monday, July 6, 2009
Mac vs PC - Photo Post Production
Bagi mereka yang kurang faham serta tidak mengetahui bagaimana kebanyakkan jurugambar membuat proses persiapan (Post-Processing) gambar-gambar perkahwinan, kali ini saya cuba memberi satu perkongsian maklumat mengenainya. Ini diambil daripada petikan laman web "sekolah-digital-fotografi", hasil pemantauan dan kaji selidik yang mereka telah lakukan.
Bagi jurugambar itu sendiri, cara untuk mereka menyiapkan atau membuat proses editing gambar terpulang kepada komputer/laptop yang mereka ada (maksudnya kemampuan untuk memiliki komputer dari pelbagai sudut bagi memudahkan kerja mereka) termasuklah memiliki komputer yang menggunakan perisian "operating system" MAC atau pun Windows.
Bercakap mengenai MAC, ianya sejak dahulu lagi dikatakan amat sesuai digunakan untuk kerja-kerja membuat "editing" dan "designing". Apabila menggunakan MAC, mereka dianggap sebagai golongan pro dan "canggih" serta "up-dated" tetapi fakta berkenaan bagi saya sendiri tidak begitu kukuh kerana ada juga yang pro hanya menggunakan PC sahaja untuk menghasilkan satu hasil kerja yang dikagumi semua orang termasuk pelanggan mereka sendiri.
Jadi, hari ini saya kongsikan hasil kaji selidik yang pernah dijalankan. Kepada pemilik PC (Windows Operating System - Microsoft khususnya), jgn sedih atau berasa rendah hati apabila melihat rakan-rakan anda menggunakan MAC untuk menghasilkan sesuatu yang juga dapat dilakukan hanya dengan menggunakan PC biasa (dengan perisian yang betul dan dicadangkan). Saya sendiri juga menggunakan PC untuk menyiapkan tugasan saya sebagai jurugambar bebas dan jurugambar perkahwinan. (kepada pemilik MAC, jgnlah merasa saya ini merendah-rendahkan keupayaan MAC kerana saya juga tahu apa yang MAC boleh buat dan apa kelebihannya daripada PC..peace !! )
Selanjutnya, sila lawati laman berikut untuk melihat apa yang saya maksudkan (takut orang kurang paham dengan apa yang saya sampaikan..hehe)
Jom kita teruskan sesi pembelajaran kita..hehe .:KLIK KAT SINI :.
Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
+6 016 8919325 / +6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com
Labels:
Info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment