Friday, July 31, 2009

Esok...Jumpa disana...!!

Wednesday, July 29, 2009

Promosi Hujung Tahun 2009


Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut dan untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan. Temujanji sahaja yang akan dilayan untuk mendapatkan *Hadiah Istimewa apabila tempahan untuk hujung tahun dibuat.

Jangan Tunggu Lagi..Masa kian hampir untuk Hari Bahagia Anda !!!



Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 016 8919325 / +6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Tuesday, July 28, 2009

It's Coming Again...



Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 016 8919325 / +6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

My Wedding Album - Processing In Progress

















Special thanks to - Mr. Putat from Kakigambar Photography and also Mr. Imran @ Martin from Studio & Andaman Q for the commitment during my wedding days, capture all the moment. Thanks again. Hope next time we hire you all again for next event. (not wedding again lah..hehe). Also for my panel (where i submit all my design for printing process), thanks for your support and your advice. Really appreciate it.

Love all the photo taken during my wedding days. All the photo inside the layout is a combination from both photographers photo.

Design and Layout by dzulfotografi wedding photographer (It's Me, Myself). The Custom Album will be 12inch x 36inch (is it big?? no lah..just bigger than usual..hehe).


WHAT ARE YOU WAITING FOR..?? NOT IT'S YOUR TURN...CHOOSE YOURS...


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 016 8919325 / +6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Monday, July 20, 2009

Tips Memilih Jurugambar Perkahwinan Anda.

FOTOGRAFI SATU SENI TIADA LIMITASI/BATASAN

Semua tahu bahawah fotografi adalah satu seni tanpa batasan bahkan setiap jurugambar memiliki skill serta karakter masing-masing yang unik pada karya yang dihasilkan. Bagi saya sendiri, tiada langsung istilah jurugambar paling hebat kerana setiap jurugambar memiliki skill dan gaya masing-masing. Oleh hal yang demikian, untuk memilih jurugambar yang sesuai untuk anda dan majlis anda adalah tidak semudah anda memilih dan membeli pakaian.

Cuba kita bandingkan untuk lebih jelas lagi. Seorang peminat setia sukan bola sepak semestinya meminati salah satu kelab atau negara ternama dalam sukan ini. Biar apa pun yang terjadi, peminat ini tetap akan suka akan kelibat pemain dari kelab tersebut walaupun kalah dalam mana-mana perlawanan bola sepak. Tetapi, ada juga yang kurang berminat dengan pasukan yang diminati oleh peminat tadi walaupun ianya sama sahaja satu sukan perjuangan menjaringkan bola ke gawang lawan. Demikian juga dengan dunia fotografi yang sentiasa penuh dengan cabaran serta saingan dan pelbagai selera harus dipuaskan termasuklah selera bakal-bakal pengantin. Fikirkanlah..

HARGA MAHAL JAMINAN KEPUASAN ?? - TIDAK SEMESTINYA.

Semua sedia maklum dan semua mengetahui bahawa sesuatu karya/hasil fotografi amat berkaitan dan saling bersangkut rapat dengan selera peribadi, termasuklah apa yang saya sendiri rasakan (sewaktu menjadi pelanggan kepada jurugambar perkahwinan). Ada golongan yang amat meminati dan menyukai hasil karya jurugambar X dan ada sebahagiannya tidak menyukai dan meminati karya jurugambar berkenaan. Mungkin salah satu sebabnya adalah berdasarkan dorongan pengaruh rakan/saudara/keluarga yang hanya tahu melihat tetapi kurang bijak menilai.

Oleh sebab itulah, memilih jurugambar termahal atau terkenal bukan satu jalan penyelesaian atau 'solution' yang terbaik bagi anda dan pasangan anda. Kenyataannya, dan hakikatnya banyak jurugambar diluar sana yang tidak terkenal/ternama ataupun murah sekalipun, tetapi hasil karya mereka tetap sedap dipandang mata dan disimpan sebagai kenangan abadi.

TIPS TERBAIK MEMILIH JURUGAMBAR YANG SESUAI DENGAN CITARASA ANDA.

Tips terbaik memilih seorang jurugambar untuk majlis pernikahan anda adalah, cari jurugambar yang hasil karyanya/kerjanya bagus dan harganya yang ditawarkan bersesuaian dengan budget yang anda telah aturkan. Inilah kunci utama untuk mendapatkan perkhidmatan fotografi yang baik untuk anda.

PILIHAN DI TANGAN ANDA !!


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 016 8919325 / +6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com


Saturday, July 18, 2009

Yang Mana Satu Jadi Pilihan ???

Kerja, kerja, kerja..itulah yang aku buat setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan berterusan dari tahun ke tahun. Memanglah kerja itu penting dan kalau tidak bekerja, apa yang aku akan dapat pada hujung bulan ataupun setelah selesai melakukan sesuatu kerja...????

Pastinya semua orang memerlukan wang untuk perbelanjaan harian bukan?? Begitu juga dengan aku, wang itu satu keperluan dan tanpanya pelbagai masalah akan mula timbul.. Ok, kita tukar topik pulak. Dalam kesibukan yang aku lalui minggu lepas, pagi ini aku melepaskan geram dengan bermain dengan Adobe Photoshop CS2..Hasilnya taklah se-gah mana..itu pun aku ambik sedikit idea dari rakan ku, A-pen, photog dari Miri..(klik je nama dia, dpt lah tengok hasil kerja dia)..

Jadi, aku cuba lah bermain-main dengan CS2 ni..tengoklah hasil daripada manipulasi yang telah aku buat..ada perbezaan sedikit daripada gambar asalnya bukan ?? Sekiranya duduk lebih lama berhadapan dengan kerja macam ni, aku yakin, lagi banyak skill atau pengetauan akan diperolehi..Apa macam A-pen, ok ker tak ni..?? Nak cuba dulu..lain kali akan buat lagi baik kot..kekeke

SAMPEL 1

Gambar Asal Sebelum Di Manipulasi (Editing)

foto oleh kakigambar photography - Kuching, Sarawak

Gambar Asal Sebelum Di Manipulasi (Editing)

foto oleh kakigambar photography - Kuching, Sarawak


SAMPEL 2

Gambar Asal Sebelum Di Manipulasi (Editing)

foto oleh dzulfotografi - Pulau Manukan, Sabah


Gambar Asal Sebelum Di Manipulasi (Editing)

foto oleh dzulfotografi - Pulau Manukan, Sabah



Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 016 8919325 / +6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Tuesday, July 7, 2009

Bulan Ramadhan Akan Kembali Semula !!!

Untuk posting kali tok (yang ke-2 dalam satu hari), hanya berkisarkan kepada informasi untuk renungan bersama dan tidak ada kena mengena langsung dengan aktiviti fotografi yang biasa diceritakan dan dikongsikan.

Memandangkan aura dan semangat bulan puasa yang tidak lama lagi akan kunjung tiba, saya kongsikan apa yang patut sepanjang bulan ini dan seterusnya hingga penghujung bulan Ramadhan Al-Mubarak nanti..tp..tidak bermasksud saya tidak akan menyiarkan apa-apa koleksi fotografi yang saya miliki. Saya akan terus mengemaskini laman ini dengan seberapa banyak informasi/gambar yang akan memberik perkongsian kepada semua. (nak berbahasa Sarawak secara keseluruhan takut ada yg kurang paham so senang cerita, guna pendekatan penggunaan bahasa Melayu saja lah..)

Jadi, untuk permulaan, kita lihat salah satu ragam yang bakal kita lalui dan kita lihat bila menjelang bulan puasa kelak...Jumpa lagi..



Daripada Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.."




Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 016 8919325 / +6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Peristiwa Israk & Mikraj

Bersama-sama kita mengejar pahala akhirat……

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain."


Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."


Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."


Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."


Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."


Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."


Jibrail A.S. bertanya, "Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?" Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah Buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."


Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya.


Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?" Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

10 Seksaan Wanita Diperlihatkan Semasa Iraq Mikraj Rasululullah

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.


Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan

(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah

(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan

(3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan

(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana

(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah p! unggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula

(6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat

(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat

(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah

(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala BABI dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang

(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.


Falsafah Israk Dan Mikraj.

Di bulan Rejab yang mulia ini, telah berlaku satu peristiwa yang amat mengejutkan masyarakat arab jahiliyyah. Gempar;hinggakan ia tersebar ke seluruh pelusuk Tanah Arab dengan begitu cepat, walaupun tiada kemudahan internet, handphone, akhbar, televisyen, radio, pesawat serba canggih dan pelbagai lagi alat komunikasi sejagat. Hanya ada kuda, unta dan kaldai;

Persoalannya; Mengapakah ia terjadi demikian? Logiknya, ia menunjukkan bahawa peristiwa Isra' dan Mi'raj ini adalah satu peristiwa yang amat penting. Keramat, Pelik, Tidak Logik dan Kisah Dusta. Itulah ungkapan yang dilabelkan oleh tok-tok Arab Jahiliyyah yang diketuai oleh Abu Jahal ketika itu. Di satu pihak yang lain (mereka yang benar-benar beriman), ia adalah satu Kisah Benar ala X-Files yang sukar diterima akal, logik tetapi hanya dapat ditafsirkan melalui keimanan yang teguh. Ia merupakan satu perjalanan Illahiyah yang tidak ada tolok bandingnya dalam sejarah peradaban manusia yang menjadi mukjiz dan lambang kebesaran dan kemuliaan Rasulullah SAW serta keberkatan bulan Rejab yang diisytiharkan sebagai Syahrullah (Bulan Allah).

Saudara sekelian, Ringkasnya, ia merupakan "Holy Tour" yang dilakukan di suatu malam yang sunyi, bukannya bak mencari temasya hiburan di malam hari, tetapi ia adalah pengembaraan suci mengadap Tuhan Rabbul Jalil Yang Maha Suci. Sebagaimana yang kita sedia maklum, peristiwa Isra' dan Mi'raj ini berlaku di 'Tahun Dukacita' bagi Rasulullah SAW setelah baginda kehilangan Siti Khatijah tersayang, kemudian menyusul pergi pula bapa saudaranya padahal keduanya cukup banyak berkorban mempertahankan baginda dalam menegakkan Islam, ditambah pula cacian penduduk Thaif dan masyarakat Makkah sendiri, lalu Allah mengisra'mi' rajkan baginda bagi memperkukuhkan keimanan di samping menghiburkannya.

Sesungguhnya, secara tidak langsung ia menjelaskan kepada kita bahawa, cara yang tepat untuk menyelesaikan masalah, kedukacitaan dan sebagainya adalah dengan cara mengadu kepada Allah SWT sama ada dengan zikrullah atau mendirikan solat, sesuai dengan penerimaan perintah mendirikan solat dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj tersebut. Sehubungan dengan itu, adalah satu tindakan yang salah, sesat dan menyesatkan apabila kita beranggapan bahawa cara untuk menghiburkan diri adalah melalui hiburan-hiburan artis pujaan yang mana akhirnya menyemai baja ke arah budaya mungkar dan maksiat serta membutakan hati daripada etika dan syariat Islam.

Ikhwah yang budiman, Sesungguhnya peristiwa Isra' dan Mi'raj ini turut mengambarkan keselarasan sistem peraturan antara langit dan bumi. Langit melambangkan kekuasaan dan kerajaan langit, sementara bumi melambangkan kekuasaan dan kerajaan bumi. Kerajaan Bumi tidak boleh bertindak bebas tanpa berpandukan peraturan dan undang-undang dari kerajaan Langit. Pendek kata, segala tindak-tanduk manusia di bumi mestilah diselaras dan diseimbangkan dengan kemahuan dan kehendak kerajaan Langit sama ada dari aspek individu, masyarakat, negara, ekonomi, undang-undang dan sebagainya. Ini bermakna sekiranya makhluk dan kerajaan Langit itu beriman, patuh dan tunduk kepada Iradah Allah, tiada pilihan kepada makhluk bumi, melainkan tunduk patuh menyerah diri kepada peraturan Allah SWT.

Begitu jugalah manusia yang dikurniakan akal dan dilantik menjadi Khalifah di muka bumi ini mestilah patuh dan tunduk kepada Allah sebagaimana patuh dan tunduknya makhluk bumi yang lain seperti binatang, tumbuhan dsb. Wahai sekelian manusia&ldots;.INGATLAH amaran ALLAH "Mengapakah mereka mencari agama selain daripada agama Allah ? Walhal segala apa yang ada di langit dan bumi telah menyerah diri kepadaNya dengan sukarela dan terpaksa. Dan kepadaNyalah mereka akan dikembalikan" Surah Ali Imran :83

Peristiwa Isra' dan Mi'raj telah mendedahkan kepada kita bahawa IBLIS, YAHUDI, KRISTIAN dan DUNIA bersengkokol menentang ISLAM. Mereka mencipta berbagai kaedah dan taktik-taktik licik seperti mewujud dan menaja budaya seronok supaya umat Islam lupa syariat dan lalai daripada mengingati mati sedangkan menurut Iman Al-Ghazali dalam kitabnya Kasyfu Yaumil Qiamah, Malaikat Maut sentiasa merenung manusia 70 kali sehari dan menziarahi setiap rumah yang berpenghuni sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Semua ini menyebabkan umat Islam meninggalkan tanggungjawab mereka sebagai Khalifah di muka bumi ini. Akibat keperkasaan dan kejayaan strategi yang digunakan, mereka (umat Islam) telah terkeliru dengan falsafah amal, dosa dan pahala.

Lebih-lebih lagi dicanangkan dengan slogan "enjoylah masa muda ini puas-puas, nanti kalau dah tua baru bertaubat", golongan remaja seolah-olah 'hilang akal' dengan trend-trend moden yang disogok dan dimomokkan dengan pelbagai pesta. Seks, arak dan judi sudah menjadi pesta rutin saban hari&ldots; sesat sesesat sesatnya. Tanpa disedari, maut pasti datang. Ingatlah, daun yang muda kadang-kadang gugur dahulu begitulah juga nyawa manusia. Mereka bebas, semahunya tanpa ada kokongan agama dan budaya, halal dan haram tidakdiperdulikan, maklumlah apabila nafsu dan syaitan berkerjasama semua yang jahat dianggap baik dan sebaliknya.

Sedangkan menurut Islam, semua yang baik atau buruk tetap dikira amal. Apabila ditanya Mungkar dan Nakir barulah mereka menyesal kerana mereka tidak terfikir apa yang mereka lakukan di dunia dulu adalah AMAL JAHAT yang pasti mengundang ke NERAKA...

Secara ringkasnya, peristiwa yang dialami oleh Rasulullah SAW ketika Isra' dan Mi'raj adalah seperti berikut ;


Peristiwa Isra'


1. Orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Gambaran orang
yang membelanjakan harta di jalan Allah.

2. Mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah.

3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali.
Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.

4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan
makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedekah dan tidak
mengeluarkan zakat.

5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi
tidak mengamalkannya.

6. Sekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang
berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.

7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan
orang yang makan riba.

8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang
yang suka mengumpat.

9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang
yang menerima amanah tetapi tidaksanggup melaksanakannya.

10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang
tersebut. Gambaran orang yang suka bercakap besar.

Peristiwa Mi'raj

1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu.
Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang
tidak menutup auratnya (rambut)

3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan.
Wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang
mengoda dan menghairahkan lelaki.

5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar
mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya.
Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.

6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke
mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.

7. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut
dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.

8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya.
Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut.
Balasan orang yang makan harta ay.

10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu
melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama
manusia.


ISRAK Mikraj adalah dua peristiwa kembar menakjubkan yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW pada malam 27 Rejab. Peristiwa yang sangat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad itu dianggap sebagai penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurniaan Allah kepada Baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.

-> Israk bererti perjalanan Nabi dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam al-Quran, seperti firman Allah bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." – (Surah al-Israa', ayat 1).

-> Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh, dekat singgah sana Allah seperti yang digambarkan oleh al-Quran yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. "Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.

-> "Penglihatan (Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. "Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya." – (Surah an-Najm, ayat 13-18). Sidaratil Muntaha adalah tempat yang paling tinggi di atas langit ketujuh, yang dikunjungi Nabi Muhammad ketika Mikraj.

-> Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama. Antara pengajaran peristiwa Israk Mikraj:

-> Manusia hendaklah sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik ketika ditimpa kesusahan mahupun mendapat kesenangan. Perkara ini penting kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, duka cita dan kesusahan pada diri manusia.

-> Nabi juga ditimpa beberapa musibah sebelum berlakunya Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj iaitu untuk berhadapan dengan Allah.

-> Perkara itu memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya, di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

i. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Sewaktu Israk Mikraj, tepatnya ketika Nabi diajak meninjau keadaan neraka, Baginda ditunjukkan pelbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh pelbagai kaum, akibat kejahatan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Misalnya, Rasulullah diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sedia kala.

Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat dan yang suka memfitnah.

Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidakmelakukan segala perbuatan tercela dan pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah. Mereka akan mendapat seksaan di akhirat nanti sekiranya melakukan perbuatan yang dilarang Allah.

ii. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya.

iii. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agarkeyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia.

Perkara ini perlu dilaksanakan oleh setiap umat Islam kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan pelbagai keajaiban ciptaan- Nya di alam tinggi bernama langit seperti Sidratil Muntaha dan syurga.

iv. Anjuran memberi salam. Sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang Baginda temui. Hal ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

v. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat.
Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanya bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.

vi. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit' telah mengejar Baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan Baginda.

Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.


Diambil dari petikan blog ----> AzwanDengkil

Monday, July 6, 2009

Mac vs PC - Photo Post Production


Bagi mereka yang kurang faham serta tidak mengetahui bagaimana kebanyakkan jurugambar membuat proses persiapan (Post-Processing) gambar-gambar perkahwinan, kali ini saya cuba memberi satu perkongsian maklumat mengenainya. Ini diambil daripada petikan laman web "sekolah-digital-fotografi", hasil pemantauan dan kaji selidik yang mereka telah lakukan.

Bagi jurugambar itu sendiri, cara untuk mereka menyiapkan atau membuat proses editing gambar terpulang kepada komputer/laptop yang mereka ada (maksudnya kemampuan untuk memiliki komputer dari pelbagai sudut bagi memudahkan kerja mereka) termasuklah memiliki komputer yang menggunakan perisian "operating system" MAC atau pun Windows.

Bercakap mengenai MAC, ianya sejak dahulu lagi dikatakan amat sesuai digunakan untuk kerja-kerja membuat "editing" dan "designing". Apabila menggunakan MAC, mereka dianggap sebagai golongan pro dan "canggih" serta "up-dated" tetapi fakta berkenaan bagi saya sendiri tidak begitu kukuh kerana ada juga yang pro hanya menggunakan PC sahaja untuk menghasilkan satu hasil kerja yang dikagumi semua orang termasuk pelanggan mereka sendiri.

Jadi, hari ini saya kongsikan hasil kaji selidik yang pernah dijalankan. Kepada pemilik PC (Windows Operating System - Microsoft khususnya), jgn sedih atau berasa rendah hati apabila melihat rakan-rakan anda menggunakan MAC untuk menghasilkan sesuatu yang juga dapat dilakukan hanya dengan menggunakan PC biasa (dengan perisian yang betul dan dicadangkan). Saya sendiri juga menggunakan PC untuk menyiapkan tugasan saya sebagai jurugambar bebas dan jurugambar perkahwinan. (kepada pemilik MAC, jgnlah merasa saya ini merendah-rendahkan keupayaan MAC kerana saya juga tahu apa yang MAC boleh buat dan apa kelebihannya daripada PC..peace !! )

Selanjutnya, sila lawati laman berikut untuk melihat apa yang saya maksudkan (takut orang kurang paham dengan apa yang saya sampaikan..hehe)

Jom kita teruskan sesi pembelajaran kita..hehe .:KLIK KAT SINI :.




Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 016 8919325 / +6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Friday, July 3, 2009

New Look !!

Akhirnya, laman blog ini selamat di 'operate' untuk diberi wajah baru dan semangat baru...Tunggu kemunculan perubahannya dengan lebih banyak selepas ini..tunggu...!!

Dalam proses penambahbaikan dan penyelenggaraan. Maaf sekiranya terdapat sebarang masalah semasa melayari laman blog saya..Terima kasih.