Masa semakin suntuk sekarang untuk aku mengatur serta menguruskan segala perkara yang dirasakan perlu diselesaikan sebelum menjelang hari bersejarah dalam hidup ku...Semuanya hampir selesai dan hanya tinggal beberapa perkara yang 'wedding planner' aku perlu buat sahaja lagi termasuklah menyiapkan/memasang pelamin dirumah serta didewan.
Debaran semakin terasa dan kadang-kala ianya membebankan kepala dan merunsingkan otak ku. Tapi apakan daya ianya perlu dihabiskan kerana tiada jalan untuk berpatah balik..masa sentiasa maju ke hadapan dan tidak menunggu kita. Apa yang aku harus buat lagi..?? Aku perlu tabah, sabar dan bersungguh-sungguh..
Kepada rakan-rakan yang belum menerima kad jemputan ke majlis perkahwinan aku nanti, jgn kecil hati sekiranya tidak sampai jemputan berkenaan. Mungkin dengan kesibukkan (tambahan kerja jauh dari tempat asal), aku mungkin terlupa dan tidak sempat untuk menghantar jemputan berkenaan kepada anda semua. Jadi, sekiranya ada kesempatan pada hari berkenaan, datanglah ke majlis itu nanti. Besar hati sekiranya rakan-rakan sekalian dapat turut serta berkogsi kegembiraan hari bersejarah aku itu nanti.
Apa-apa pun, doakan kebahagiaan aku bersama bakal isteri aku nanti. Semoga majlis perkahwinan aku ini diberkati dan berjalan dengan lancar. Amin...
Oklah, banyak kerja di pejabat yang perlu aku selesaikan sebelum aku mula bercuti minggu hadapan. Jadi, mungkin dalam masa terdekat ini blog aku akan 'tidur' seketika dan akan di sambung semula selepas tamat dan selesai segalanya..(nak honeymoon gik..hehe)
Selamat Pengantin Baru kepada mereka yang akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada tarikh yang sama dengan aku nanti..hehe Semoga berpanjangan hingga ke akhir hayat..
Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
+6 016 8919325 / +6 013 8169912
Pakej Kini Bermula HANYA Dari *RM700
No comments:
Post a Comment