Tuesday, January 18, 2011

In Actions...

Kembali semula setelah beberapa minggu sibuk dengan assignment dan kerja-kerja yang perlu diselesaikan..

Beberapa minggu lepas, 2 program telah berjalan dengan jayanya..Terima kasih kepada semua para peserta yang turut serta dalam 2 program berkenaan..Kerjasama anda serta komitmen yang diberikan memudahkan pihak kami untuk melancarkan lagi aturcara yang telah di atur.

Semoga apa yang telah dipelajari sepanjang 2 hari berkenaan memberi impak serta satu ilmu baru yang anda cari selama ini. Jangan segan silu untuk hubungi kami sekiranya anda perlukan pertolongan. Kami sedia membantu..






Jangan hairan kerana pembuka bicara di atas tadi adalah untuk memberi ruang kepada saya secara peribadinya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang 2 program yang diadakan 2 minggu lepas.

Gambar-gambar para peserta serta aksi2 mereka tidak dapat dikongsikan dahulu buat masa ini jadi saya masukkan gambar saya sendiri saja dahulu.. Teringin pulak nak masukkan gambar sendiri dalam web blog milik saya ini. Terima kasih kepada saudara Rezman (Whiteroom Studio) kerana sudi mengambil gambar saya dalam pose yang simple ini. hehe..

Apa-apa pun, kepada peserta di Bintulu, kita akan berjumpa tidak lama lagi..Persiapkan diri, mental dan fizikal bagi Klinik Fotografi 2011 - Edisi Bintulu yang akan berlangsung tidak lama lagi..

Kepada yang lain, ingin serta berminat untuk turut serta, sila email saya untuk maklumat lanjut..Program ini tidak terhad kepada mereka yang berada di Bintulu sahaja bahkan terbuka kepada mereka yang berada di seluruh Sarawak..Asalkan sanggup membelanjakan sedikit wang bagi menghadiri program penambahbaikan kemahiran fotografi anda.


Sehingga berjumpa lagi...Wassalam..




JANGAN TUNGGU LAGI, TEMPAH SEKARANG DAN ANDA TIDAK AKAN MENYESAL...!!!




Zulhafizan Bin Jamel
Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
In Association with Whiteroom Studio

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

1 comment: