Tuesday, April 7, 2009

ASNB Investment Talk 2009


Kepada yang mencari-cari sesi seperti ini, semalam adalah hari terbaik bagi mereka dan hari ini bakal menjadi hari bersejarah untuk 20 tahun akan datang. ASNB kerap mengadakan seminar berkaitan dengan pelaburan seperti ini dan ianya bukan hanya diadakan di beberapa buah bandar utama bahkan ianya menjadi program tahunan yang diadakan di seluruh Malaysia.


Semalam, dengan penyertaan hampir 150 orang peserta, program/seminar ini sudah dianggap berjaya membawa matlamat utama mengajak orang ramai, penduduk sekitar bandar Bintulu untuk bersama-sama memulakan satu perbaharuan, berinteraksi secara bersemuka dalam sesi soal jawab berkenaan persoalan yang kurang pasti dalam pelaburan, isu semasa serta penerangan mengenai isu ekonomi semasa, menerangkan serta berkongsi pendapat dan maklumat yang mungkin belum sampai ke pengetahuan umum dan banyak lagi.





Walaupun seminar berkenaan hanya berlangsung selama lebih kurang 5 jam, apa yang telah dikongsikan dalam seminar berkenaan amat padat serta penting. Bukan hanya berkaitan dengan masa depan bahkan juga ada diselitkan persediaan yang harus dibuat sebelum kita 'pergi' dan tidak sempat melihat masa depan.


Antara gambar yang saya sempat kongsikan semasa salah satu siri ceramah/'talk' berkenaan pelaburan sedang dijalankan. Peceramah berkenaan sememangnya orang yang mahir dan pakar dlam bidang ini.



Khusyuk dan amat berminat dengan sesi ceramah yang disampaikan. Pada masa ini, sesi ceramah disampaikan oleh saudara En. Rafi Omar (maaf nama serta 'salutation' saya kurang pasti sebab tidak sempat mengambil biografi beliau)



Antara ragam serta 'respond' daripada para peserta


Jamuan minum pagi yang disediakan untuk semua para peserta.



Jutaan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan ASNB (Amanah Saham Nasional Berhad) kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi 'official photographer' untuk seminar kali ini. Kepada Encik Zool, ribuan terima kasih kerana banyak membantu saya pada hari berkenaan.

Semua gambar-gambar berkenaan adalah petikan daripada keseluruhan gambar yang diperolehi pada hari berkenaan. Hak cipta terpelihara.


Sumbangan daripada Koleksi Photoshoot 2009/Seminar ASNB.dzulfotografi


dzulfotografi wedding photographer
+6 016 8919325 / +6 013 8169912

PAKEJ FOTOGRAFI PERKAHWINAN KINI HANYA RM700 !!!

No comments:

Post a Comment