Jurugambar Professional Perkahwinan | Kuching | Sibu | Bintulu | Miri | Semenanjung Malaysia
Monday, April 27, 2009
Saturday, April 18, 2009
Hujung Minggu ku..- Outing Series 1
Ceritanya akan saya tulis kemudian...kita layan saja gambar-gambar ini dahulu..anda sendiri tetapkan bagaimana ceritanya (untuk versi anda sendiri..)
Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
+6 016 8919325 / +6 013 8169912
Pakej Kini Bermula HANYA Dari *RM700
Friday, April 17, 2009
Monday, April 13, 2009
Anda Kenal 'Senjata' Anda??
Memiliki atau memegang sebuah DSLR (Digital Single Lens Reflex)untuk kali pertama sememangnya satu pengalaman yang sangat mengembirakan dan menguja. Itu suma saya pernah lalui satu masa dahulu dan pada masa itu, saya akan tangkap apa saja gambar yang saya lihat dengan mata saya. Semuanya seperti tidak dapat dikawal dan tidak tahu untuk apa tujuannya. Merugikan masa ?? Membazir wang ?? itu suma perkara yang tidak difikirkan ketika itu walaupun hakikatnya sekarang semuanya terjadi sekiranya saya masih lalai. TETAPI, keindahan serta seni dalam fotografi yang dipelajari menghasilkan sesuatu yang tidak dijangka dan segala apa yang tersirat di hati diceritakan melalui gambar yang di perolehi dan akhirnya kepuasan dapat dirasai.
NOT WORRY ABOUT THE COST !
Banyak orang diluar sana memikirkan bahawa dengan masa yang diluangkan serta latihan yang dilakukan, mereka boleh mula mencari sumber pendapatan daripada bidang fotografi dan ada juga mereka diluar sana bertanya, bagaimana dan dapatkah mereka memulakan serta melakukan fotografi sebagai sumber kewangan utama mereka dan hidup bergantung kepada perolehan dari bidang fotografi. SEMUANYA TIDAK MUSTAHIL sekiranya ditempuhi/dilalui dengan latihan dan pembelajaran yang berterusan dan mencukupi.
Disini, saya kongsikan apa yang saya faham dengan 'basic' penggunaan kamera digital.
Mula sekali, saya hanya jangkakan anda sedang memegang atau sedang mencari DSLR yang diidamkan. (semuanya mempunyai kehebatan masing-masing). Disini, dicadangakan / rekomen samada memiliki lens 50mm (standard) atau wide angle zoom seperti 24-85mm ataupun 35-135mm. Lens berkenaan memberi anda keupayaan untuk mengambil gambar setiap hari tanpa sukar menggunakannya kerana dalam jangkaan saya, ianya sesuai untuk semua keadaan dalam fotografi. Tapak permulaan untuk menyesuaikan diri dalam penggunaan DSLR..(betul atau salah, tepuk dada tanya selera..)
Digital SLR selalunya adalah seperti contoh ini...
(saya menggunakan imej DSLR Canon walaupun hakikat saya pengguna Nikon)
Digital SLR - Hadapan
...Kita lihat secara dekat setiap sudut/seksyen DSLR seperti ini. (kebanyakkannya hampir sama, bergantung kepada 'brand' masing-masing)
1. 'Lens Alignment' - Setiap lens yang anda gunakan/akan gunakan memiliki satu titik merah/titik putih khas yang terdapat pada 'badan' lens berkenaan. Tujuannya adalah untuk memudahkan anda memasukkannya kepada kawasan No. 1 ini dengan tepat, cepat dan betul. Jadi, tanda yang terdapat pada kamera anda akan 'memaklumkan' kepada anda supaya titik utama ini sebagai 'penanda' dimana sepatutnya lens anda mula dimasukkan sebelum dipusing mengikut putaran yang betul.
2. 'Flash Pop Up Button' - Tekan butang ini untuk menaikkan 'pop up flash' yang terdapat pada kamera anda. Hampir semua DSLR memiliki butang ini dan ianya mempunyai fungi yang hampir sama bagi kesemua DSLR yang ada dipasaran samada yang lama atau yang baru. Untuk makluman, ianya adalah untuk penggunaan flash secara manual (manual over-ride), ataupun berguna untuk 'fill-in flash' dan sebagainya. Sekiranya anda menggunakan 'full auto mode' (biasanya program P), sistem kamera anda akan membantu anda untuk menilai samada perlu atau tidak menggunakan flash.
3. 'Lens Release' - Dengan butang ini, barulah lens yang terpasang pada badan kamera boleh di tanggalkan/dicabut/dibuka dengan cara yang betul (dengan memutarkan ke arah bukaan yang betul).
PESANAN : Sebaik-baiknya. cuba untuk menukar lens ditempat yang kurang berdebu dan pastikan kamera anda dalam keadaan standy (tutup/off lagi senang ceritalah..). Ini adalah untuk mengelakkan debu masuk ke kawasan sensor kamera anda yang akhirnya akan menjejaskan keupayaan kemera bekerja dengan baik dan menghasilkan gambar yang bersih.
seterusnya..akan di update lagi kemudian..

Tuesday, April 7, 2009
ASNB Investment Talk 2009
Kepada yang mencari-cari sesi seperti ini, semalam adalah hari terbaik bagi mereka dan hari ini bakal menjadi hari bersejarah untuk 20 tahun akan datang. ASNB kerap mengadakan seminar berkaitan dengan pelaburan seperti ini dan ianya bukan hanya diadakan di beberapa buah bandar utama bahkan ianya menjadi program tahunan yang diadakan di seluruh Malaysia.
Semalam, dengan penyertaan hampir 150 orang peserta, program/seminar ini sudah dianggap berjaya membawa matlamat utama mengajak orang ramai, penduduk sekitar bandar Bintulu untuk bersama-sama memulakan satu perbaharuan, berinteraksi secara bersemuka dalam sesi soal jawab berkenaan persoalan yang kurang pasti dalam pelaburan, isu semasa serta penerangan mengenai isu ekonomi semasa, menerangkan serta berkongsi pendapat dan maklumat yang mungkin belum sampai ke pengetahuan umum dan banyak lagi.
Walaupun seminar berkenaan hanya berlangsung selama lebih kurang 5 jam, apa yang telah dikongsikan dalam seminar berkenaan amat padat serta penting. Bukan hanya berkaitan dengan masa depan bahkan juga ada diselitkan persediaan yang harus dibuat sebelum kita 'pergi' dan tidak sempat melihat masa depan.
Antara gambar yang saya sempat kongsikan semasa salah satu siri ceramah/'talk' berkenaan pelaburan sedang dijalankan. Peceramah berkenaan sememangnya orang yang mahir dan pakar dlam bidang ini.
Khusyuk dan amat berminat dengan sesi ceramah yang disampaikan. Pada masa ini, sesi ceramah disampaikan oleh saudara En. Rafi Omar (maaf nama serta 'salutation' saya kurang pasti sebab tidak sempat mengambil biografi beliau)
Jutaan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan ASNB (Amanah Saham Nasional Berhad) kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi 'official photographer' untuk seminar kali ini. Kepada Encik Zool, ribuan terima kasih kerana banyak membantu saya pada hari berkenaan.
Semua gambar-gambar berkenaan adalah petikan daripada keseluruhan gambar yang diperolehi pada hari berkenaan. Hak cipta terpelihara.
Sumbangan daripada Koleksi Photoshoot 2009/Seminar ASNB.dzulfotografi
dzulfotografi wedding photographer
+6 016 8919325 / +6 013 8169912
PAKEJ FOTOGRAFI PERKAHWINAN KINI HANYA RM700 !!!
Thursday, April 2, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)