Thursday, June 19, 2008

Collage by myself

Sementara menunggu untuk berangkat ke rumah panjang untuk Program Sivik, sempat jugak upload beberapa keping hasil yang dibuat daripada Picasa. Nak masukkan semua sememangnya penat dan mengambil masa. Jadi, dengan mudahnya, ianya digabungkan semua menjadi sedemikian rupa.

Semua gambar-gambar berkenaan diambil daripada penangan jentera Nikon yang dimiliki dan penangan kamera daripada Nokia N95. Saya memang akur dengan 5megapixel daripada N95 yang saya beli beberapa bulan lepas. Memang tidak menghampakan. Jika dibandingkan dengan telefon bimbit berkamera yang lain, jauh beza hasilnya.

Masih belum mengenal siapa lelaki disebali nama dzulfotografi?? lelaki berkenaan ada wajahnya terpampang di dalam kolesi gambar tersebut. Dulu ada rambut tapi sekarang telah di'kurang' kan..hehe Mungkin kerana mahukan perubahan imej dan penampilan. Tapi itu semua hanya sementara kerana berambut lebih baik daripada tiada kerana....tak tahan panas sebenarnya..Menyesal mem'botakkan' kepala?? Langsung tiada kerana ianya semua kerelaan. Kali ke-2 dalam seumur hidup lah tu..

Oklah, keberangkatan petugas-petugas daripada Jabatan Penerangan sudah tiba. Jumpa lagi di topik seterusnya dengan gambar-gambar koleksi yang lebih banyak dan hasil kerja dzulfotografi.

Upcoming Next - Koleksi/Portfolio Crocodile Photoshoot at Kuching and Miri.

Teruskan melawat blog saya untuk tatapan koleksi-koleksi daripada saya. Adios....


my own picture collection..

semasa majlis perpisahan salah seorang kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Tatau, Bintulu..

koleksi gambar diri saya dan yang tersayang..hehehe :)

ini yang sempat dulu..bnyk lagi koleksi gambar kawen yang lain..

majlis perpisahan...

Wednesday, June 18, 2008

Koleksi Gambar Perkahwinan































































dzulfotografi.weddingphotographer.2008

Orang Yang Mencintai Kamu..

Org yg mencintai kamu....

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Dia juga tidak mengharap cintanya di balas. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidakperduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadiimpiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang terbaik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yangkamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamatpagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lainlagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMSitu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda,tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlisyang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkanselamat atau mengirim SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yangdia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudahmelupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dansaat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisaberulang selalu.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yangkamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernahmengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapabanyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnyakau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemarankamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apakgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminatikesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema,atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untukbertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, pedulitentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bilaujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yangmungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barangitu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedangbercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telahmenggegarkan dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu daningin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasamemberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang bolehmembawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benartakut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripadaseperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGALseperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamudi tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu danmelakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamumengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maafdan tak akan melakukannya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akanmengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh didunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidakpernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar manapermintaan mu.

20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasisebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamuwalaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Diajuga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamumenjadi benda-benda berharga buatnya.

21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksimenolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatandia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencariorang lain.Dia sentiasa menunggu kamu.

23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinyasebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana diatidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apaitu cinta.

Thursday, June 12, 2008

Wedding Photography by dzulfotografi

Wedding Photography by dzulfotografi - Koleksi Jun 2008

Disini saya kongsikan beberapa hasil kerja saya yang saya telah buat selama ini sehingga hari ini. Dengan minat yang mendalam dalam bidang fotografi saya harapkan satu hari nanti impian untuk menjadi Proffesional Photographer akan tercapai. Insya Allah..

Kritikan dan Pendapat anda semua amatlah dihargai dan ianya sebagai titik tolak untuk saya teruskan minat saya dan mengubah apa saja kekurangan dan kesilapan dalam memperjuangkan nasib sebagai jurugambar melayu yang kini dimata masyarakat menyatakan jurugambar melayu tidak akan ke mana dan saya berusaha untuk mengubah kenyataan itu. Walaupun tidak seperti jurugambar lain yang sudah lama dalam bidang ini, diharap anda semua sudi-sudilah memberi komen, kritikan atau pendapat anda semua.

Beberapa gambar terkini sebagai permulaan dan seterusnya akan dipaparkan dari masa ke semasa..


Tapak Sireh - Tepung Tawar


Majlis Berlulut - Pakaian Jawa


Selepas selesai akad nikah..pelukan mesra dengan ayahanda..


Pelukan yang pastinya akan mengikat talian hidup yang baru..


Wajah seri sebelum di ijab kabulkan..


Sireh Junjung - Salah satu hantaran wajib dari pengantin lelaki...


....sementara menunggu pengantin bertukar persalinan...


Gelagat tetamu yang turut memeriahkan suasana..


Inai di kaki - corak kreatif tersendiri...

Majlis Berlulut - Pakaian Sari (India) Moden


Senyuman keriangan sebagai raja sehari..


Outdoor Photoshoot - Masjid Assyakirin, Bintulu


Menara Jam Bintulu - tanda sejarah lalu...


Tanjung Batu - Outdoor Photoshoot


Kenangan di Bintulu..


Menara Jam tersergam indah masih kukuh berdiri..




dzulfotografi.weddingphotographer.2008