Wednesday, March 17, 2010

Sneak Peak Wedding Naziff & Nurqeasha | 13 March 2010 Bintulu, Sarawak










Thursday, March 11, 2010

Murah Atau Mahal??

Wedding Price List
Saya rasa perkara ini perlu disambung kerana perkara ini bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan. Walaupun hanya sebagai jurugambar separuh masa, ini juga melibatkan kredibiliti serta taraf jurugambar tempatan..akan semakin menurun pemikiran orang kita terhadap jurugambar tempatan.

Dibawah adalah coretan yang saya ambil dari laman blog milik Syarin Aziz,


"Saya terpanggil untuk menulis artikel yang berikut kerana saya agak terperanjat juga saya apa bila saya terbaca di FB, ada photographer perkahwinan yang memberi perkhidmatan wedding photography sebanyak 4 even dengan harga RM1999.


di ambil dari FB Mohd Noor http://www.facebook.com/profile.php?id=1648133303

Setelah melihat harga yang di tawarkan, saya gak sedih juga kerana, harga yang di tawar itu agak luar biasa murah dan saya terasa agak kasihan kepada photographer yang memberikan khidmatnya dengan harga itu.

Apa keuntungan yang dia dapat? Selain hanya penat lelah dan pening kepala. Adakah kos yang di tawarkan itu mengambil kira ciri-ciri yang berikut?

-kos perjalanan/minyak

-Kos telefon/pangilan/sms

-Sewa rumah, api air/ komputer

- kos penat lelah

-misc

dan yang paling utama kos - Wear/Tear.

dan beberapa kos yang tak perlu saya nyatakan disini.

Wedding Photographer Malaysia sudah terlalu ramai, terlalu ramai kerana, sesiapa sahaja boleh jadi photographer di zaman digital sekarang ini. Photographer yang terlalu ramai sehinggakan mereka terpaksa meletakkan harga yang terlalu murah dengan harapan untuk mendapatkan klien. Fenomena ini kurang berlaku di negara jiran di mana, jika anda memberikan harga yang teramat murah, klien akan mempersoalkan kredibiliti photographer tersebut, kenapa dia bagi harga yang murah? Oleh sebab itu, photographer perkahwinan di Indonesia adalah jauh lebih maju dari negara kita. Klien-klien di sana lebih percaya pada harga-harga yang kompetitif dari harga-harga yang amat murah.

Berbalik kepada Malaysia, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Harga-harga yang di tawarkan itu adalah jauh lebih murah dari harga kompetetif. Murah sehingga tidak masuk akal. Tidak masuk akal yang saya maksudkan di sini ialah, dari celah mana yang mereka boleh buat keuntungan?

Sebagai contoh, 1 event, rm799. Harga album termasuk printing RM300, tinggal lagi RM500. Pada mereka, RM500 itu sudah terlalu banyak untuk mereka. Tetapi, mereka lupa, lebihan harga itu tadi belum tolak kos-kos yang saya nyatakan di atas. kalau nak di ikutkan, ke untungan sebenar yang mereka dapat itu hanya lah rm50-100 ringgit sahaja dan ini amat menyedihkan. Cuba bayangkan bila camera rosak? bolehkah camera itu di perbetulkan dengan rm100 ringgit?

Untuk menjadi seorang wedding photographer, kos yang saya nyatakan di atas perlu di ambil kira. Camera digital yang di gunakan untuk mengambil gambar itu bukan harga ratusan ringgit, akan tetapi ribuan ringgit. Oleh yang demikian, saya rasakan adalah lebih baik untuk mengkaji semula harga dan biarlah harga itu berpatutan.

Sekian.."


Tepuk dada tanya selera..apakah tindakan kita betul?? atau tindakan kita membantu menaikkan nama jurugambar tempatan untuk menjadi setaraf dengan jurugambar di negara luar, paling dekat pun negara jiran, Indonesia??

Fikirkan lah..



TEMPAH SEKARANG UNTUK PROMOSI TAHUN 2010 !!!



Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 016 8919325 / +6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Wednesday, March 10, 2010

News Cutting..