Thursday, January 20, 2011

Thaipusam 2011 | Kuching, Sarawak





















Zulhafizan Bin Jamel
Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
In Association with Whiteroom Studio

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com




Tuesday, January 18, 2011

In Actions...

Kembali semula setelah beberapa minggu sibuk dengan assignment dan kerja-kerja yang perlu diselesaikan..

Beberapa minggu lepas, 2 program telah berjalan dengan jayanya..Terima kasih kepada semua para peserta yang turut serta dalam 2 program berkenaan..Kerjasama anda serta komitmen yang diberikan memudahkan pihak kami untuk melancarkan lagi aturcara yang telah di atur.

Semoga apa yang telah dipelajari sepanjang 2 hari berkenaan memberi impak serta satu ilmu baru yang anda cari selama ini. Jangan segan silu untuk hubungi kami sekiranya anda perlukan pertolongan. Kami sedia membantu..






Jangan hairan kerana pembuka bicara di atas tadi adalah untuk memberi ruang kepada saya secara peribadinya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang 2 program yang diadakan 2 minggu lepas.

Gambar-gambar para peserta serta aksi2 mereka tidak dapat dikongsikan dahulu buat masa ini jadi saya masukkan gambar saya sendiri saja dahulu.. Teringin pulak nak masukkan gambar sendiri dalam web blog milik saya ini. Terima kasih kepada saudara Rezman (Whiteroom Studio) kerana sudi mengambil gambar saya dalam pose yang simple ini. hehe..

Apa-apa pun, kepada peserta di Bintulu, kita akan berjumpa tidak lama lagi..Persiapkan diri, mental dan fizikal bagi Klinik Fotografi 2011 - Edisi Bintulu yang akan berlangsung tidak lama lagi..

Kepada yang lain, ingin serta berminat untuk turut serta, sila email saya untuk maklumat lanjut..Program ini tidak terhad kepada mereka yang berada di Bintulu sahaja bahkan terbuka kepada mereka yang berada di seluruh Sarawak..Asalkan sanggup membelanjakan sedikit wang bagi menghadiri program penambahbaikan kemahiran fotografi anda.


Sehingga berjumpa lagi...Wassalam..




JANGAN TUNGGU LAGI, TEMPAH SEKARANG DAN ANDA TIDAK AKAN MENYESAL...!!!




Zulhafizan Bin Jamel
Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
In Association with Whiteroom Studio

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Tuesday, January 11, 2011

KINI KEMBALI ATAS PERMINTAAN RAMAI..


KURSUS FOTOGRAFI PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK 2011

Ringkasan…
Kenali apa itu Adat Sarawak…
 
Merasi, ngangin, bertekul, mereya, bertunang, langkah batang, berpacar, akad nikah, tepung tawar, berlulut, makan nasi temuan, upacara berjembak, bersanding, berdendang (bermukun), buang peraja etc.

Sebuah pelamin pengantin akan dibina khas di studio untuk para peserta berlatih mengambil gambar.
 
Semasa sesi praktikal, para peserta berpeluang untuk mengambil gambar sepasang pengantin (model) dan akan diajar memberi arahan dan cara-cara mengendali pasangan tersebut.
 
Para peserta akan mendapat ilmu tidak ternilai daripada tenaga2 pengajar dan jurugambar tempatan yang telah lebih sepuluh tahun terlibat dalam bidang ini.
 
Cara-cara memproses gambar dan menyediakan album perkahwinan standard & ekslusif akan ditunjukkan.
 
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI…
 

DAFTARLAH SEGERA!
10 peserta terawal mendaftar akan mendapat voucher percuma mencuci sensor DSLR.
 

 
15 & 16 Januari 2011
8.00 pagi – 6.00 petang
ANJURAN:
WHITEROOM STUDIO, KUCHING

 
**********************************************************************************************************************************
 
JADUAL KURSUS
 
HARI PERTAMA
8.00 - 9.00am             Pendaftaran di WHITEROOM STUDIO, Jln Kulas, Kch
 
9.00 - 10.00am (Sesi 1) – Sesi Teori - Pengenalan, ulangkaji express
DSLR anda.
 
10.00 - 10.30am MINUM PAGI
 
10.30 - 12.30pm (Sesi 2) – Sesi Teori – Adat Sarawak – merasi, ngangin, bertekul, mereya, bertunang, langkah batang, berpacar, akad nikah, tepung tawar, berlulut, makan nasi temuan, upacara berjembak, sanding, buang peraja etc.
 
12.30 - 2.00pm MAKAN TENGAHARI
 
2.00 - 4.00pm (Sesi 3) – Sesi Praktikal – Sesi depan pelamin
 
4.00 - 4.30pm MINUM PETANG
 
5.00 - 6.00pm (Sesi 4) Sesi Tunjuk Gambar
 
 
HARI KEDUA
8.00 - 10.00am (Sesi 5) – Sesi Praktikal – sesi sebelum majlis,
bersanding
 
10.00 - 10.30am MINUM PAGI
 
11.00 - 12.30pm (Sesi 6) – Sesi Praktikal – sesi bergambar di luar
 
12.30 - 2.00pm MAKAN TENGAHARI
 
2.00 - 4.00pm             (Sesi 7) – Sesi Praktikal – Tunjuk gambar
 
4.00 - 4.30pm MINUM PETANG
 
4.30 - 6.00pm (Sesi 8) – Fotografi Perkahwinan sebagai satu
Perniagaan

KURSUS BERAKHIR -
 
 * Sijil penyertaan boleh diambil seminggu selepas Kursus tamat di WHITEROOM STUDIO.
 
 
**********************************************************************************************************************************
BORANG PENDAFTARAN
 
KURSUS FOTOGRAFI PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK 2011
Tarikh : 15 & 16 Januari 2011
Daftar Masuk : 8.00 pagi
Lokasi : WHITEROOM STUDIO, KUCHING
 
Anjuran:
Whiteroom Studio, Kuching
 
 
 
RUJUKAN : |      |        |  
 
Sila isi borang dengan lengkap.
 
NAMA PENUH:……………………………………………………………………………………….
 
ALAMAT SURAT MENYURAT: ……………………………………………………………………
 
………………………………………………………………………………………………………….
 
NO. KP: ………………………………… NO. H/P: …………………………….………………..
 
EMAIL:……………………………………………
Saya akui bahawa keterangan-keterangan yang diberi di atas adalah betul dan saya berjanji akan patuh pada peraturan-peraturan Bengkel dan tidak akan membuat sebarang tuntutan sekiranya berlaku kemalangan atau kehilangan barang berharga semasa Bengkel berlangsung.
 
 
 
TARIKH:…………………….TANDATANGAN PEMOHON: ……………………………………
 
BAYARAN DITERIMA: ……………………………….
 
  
Untuk Peserta di luar kawasan Kuching, borang ini akan di emailkan / difaxkan kepada anda. Sila kembalikan borang ini beserta bayaran pendahuluan untuk menempah tempat anda.
Sila bank-in ke akaun Zamrin Mohd. Hapni Joblie – Maybank 1611 9003 9633
Dan hantar sms ke talian 013-8075100 setelah bayaran dibuat. Terima kasih.
ZM
Fax nombor : 082-244088 (Untuk perhatian: Encik Zamrin Mohamad)

Tuesday, December 28, 2010

Mana Anda Pilih...???

Assalamualaikum dan Salam Sejatera..

4 hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2011..boleh lah bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada 2010 yang telah dilalui dengan pelbagai kenangan pahit manis..Mungkin ada yang sudah hampir penuh diari 2010 dan ada juga yang tidak terusik pun satu muka surat diari 2010 mereka..Itu tidak mengapa, terpulang kepada siapa pemiliknya..Mungkin juga pemiliknya suka menyimpan kenangan didalam fikiran dan minda mereka dan dikongsikan dengan bercerita serta berkongsi pengalaman kepada rakan-rakan, orang rumah ataupun ahli keluarga..Sapa tahu kan..??

Bagi yang merekodkan segala kenangan, peristiwa serta pengalaman didalam diari atau buku 555 mereka, dipenghujung tahun nanti segalanya akan menjadi titik tolak u ntuk melihat pencapaian mereka sepanjang tahun samada tecapai ataupun tidak..Sekurang-kurangnya ianya memberi impak yang ketara azam yang dicatata pada permulaan setiap tahun mungkin belum tercapai..Mengapa..?? Catatan itulah yang akan menceritakan segalanya dimana kelemahan atau ke mana tuju masa yang dihabiskan sepanjang tahun..??

Bagi saya, saya bukan pencatat seperti yang saya ceritakan kerana saya belum bersedia untuk mencatat segalanya didalam buku (jarang nak bawa buku ke hulu ke hilir..dan kadang-kadang terlupa dicatata apa yang berlaku pada hari berkenaan)..Tunggu lah Blackberry Playbook atau Apple iPad didalam genggaman barulah saya cuba praktikkan..Bagaimana?? Senang je, buat coretan dalam blog ini lah..hehe Nanti lebih mudah untuk update blog..tiap2 hari saya akan kongsikan dan catatkan apa yang berlaku..dan akhirnya, saya ada rekod harian terus menerus di internet..(kalau tak faham apa yang diceritakan, teruskan sahaja membaca ok..tak perlu ambil berat pun..)..


Seperti mana kita membuat pilihan rangkaian televisyen yang sedia ada sekarang, begitulah kita cuba pilih siapa yang bakal kita bayar untuk merakamkan saat-saat indah hari bersejarah dalam hidup kita..Mungkin ada yang masih memikirkan atau secara automatik terus terbayang saat perkahwinan sebagai hari bersejarah..Ianya tidak salah tetapi bukan itu sahaja yang boleh menjadi kenangan istimewa dan bersejarah dalam hidup kita..Banyak lagi termasuklah menyambut kelahiran baru, saat bersama yang tersayang (termasuk isteri dan anak-anak), saat menerima segulung ijazah (diploma atau sijil pun ok jugak), saat-saat manis bercuti bersama keluarga atau pegi melancong bersama keluarga, kejayaan dalam satu perancangan (contohnya berjaya mendaki/menawan gunung tertinggi dikawasan anda (walaupun bukit atau gunung tu rendah je kalau nak dibandingkan dengan Everest) dan banyak lagi lah..semuanya kalau dirakamkan dengan baik dan "in proper way", Insya Allah, satu hari kelak ianya akan menjadi satu kenangan yang sukar untuk dinilaikan dengan wang ringgit.

Saya cuma mahu berkongsi apa yang ingin dikongsikan dan terpulang kepada anda semua untuk menilainya dan mula berfikir dimana baik dan pentingnya fotografi dalam kehidupan anda (jangan salah gunakan sehingga mengaibkan org sudahlah..)..

Seperti biasa, dipenghujung coretan, saya tidak jemu untuk berkongsi dan menyarankan kepada bakal-bakal pengantin, jgn buat keputusan saat akhir untuk mendapatkan khidmat jurugambar bagi hari perkahwinan anda..Buat persiapan/tempahan awal supaya ianya bukan menjadi perkara terakhir dalam susunan 'checklist' anda...Tiada apa yang dapat menceritakan semula kenangan manis berkenaan selain daripada rakaman video ataupun gambar yang diambil pada hari berkenaan. Berbelanja lebih bagi fotografi bukan sesuatu yang merugikan tetapi satu perlaburan yang baik dan memuaskan.

PILIH JURUGAMBAR ANDA DENGAN BETUL DAN BUAT PILIHAN JURUGAMBAR MENGIKUT APA YANG ANDA MAHUKAN DAN INGINKAN. JIKA PERLU UNTUK BERJUMPA LEBIH DARIPADA SEORANG, JANGAN TAKUT UNTUK BERBUAT DEMIKIAN KERANA HAK MEMILIH DITANGAN ANDA.




Pendek kata, terima kasih kepada semua dan kita jumpa lagi untuk "new post" yang akan datang...


JANGAN TUNGGU LAGI, TEMPAH SEKARANG DAN ANDA TIDAK AKAN MENYESAL...!!!





Zulhafizan Bin Jamel
Wedding Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
In Association with Whiteroom Studio

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Monday, December 27, 2010

Shahman & Fera | Bintulu, Sarawak

Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar dan selamat sehingga ke akhirnya..Pertama sekali, terima kasih kepada pasangan pengantin, Shahman & Fera di atas kerjasama yang diberikan sepanjang sesi fotografi pada majlis mereka di Bintulu.

Sebelum itu, belum terlambat untuk mengucapkan sekali lagi tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada mereka berdua dan didoakan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan banyakkan zuriat ok..Tambahkan lagi rakyat Sarawak..

Disini dapat dikongsikan beberapa gambar yang diambil pada majlis yang telah berlangsung pada 25 Disember 2010 yang lalu..Kepada ahli keluarga kedua-dua belah pihak, terima kasih di atas layanan yang baik dan istimewa..Insya Allah ada kesempatan kita akan berjumpa lagi..(tunggu pasangan pengantin dapat baby lok..lak tolong shoot moment ya..)

Kepada yang lain, Insya Allah kita akan berjumpa lagi di lain hari..Untuk tag gambar ini, boleh lawati laman sosial saya di FB (dzulfotografi@yahoo.com / Zulhafizan Jamel)..Anda boleh tag sendiri mana2 gambar yang anda suka..






Pendek kata, terima kasih kepada semua dan kita jumpa lagi untuk "new post" yang akan datang...


JANGAN TUNGGU LAGI, TEMPAH SEKARANG DAN ANDA TIDAK AKAN MENYESAL...!!!




Zulhafizan Bin Jamel
Wedding Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
Collabration with Whiteroom Studio

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Sunday, December 26, 2010

Dari sudut pandanganku...








Zulhafizan Bin Jamel
Wedding Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
In Association with Whiteroom Studio

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com