Showing posts with label Coretanku. Show all posts
Showing posts with label Coretanku. Show all posts

Friday, September 30, 2011

Sama sahaja..di rumah ataupun di dewan..

Assalamualaikum...

Baru jak da kesempatan menulis kat blog tok..Maaflah semenjak dua menjak tok juz sempat upload gambar terus ke blog jak tanpa ada ceritanya..Tidak disengajakan tapi walau bagaimanapun biarlah gambar-gambar tersebut bercerita..setiap gambar ada ceritanya sendiri..hanya mereka yang memiliki gambar berkenaan lebih tahu apa yang mereka telah lalui..

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun terpaksa turun nait dari Kuching ke Bintulu, penat dan meletihkan tetapi ianya tetap memberikan seribu satu kenangan yang tidak dapat dilupakan..Oklah, sebenarnya, coretan kali tok berkenaan banyak soalan dari bakal-bakal pengantin yang tengah berusaha mendapatkan jurugambar bagi majlis sidak.

Banyak yang bertanya samada harga pakej yang ditawarkan ya hanya untuk majlis yang diadakan dirumah ajak or gne..??

Sejak mula lagi, dzulfotografi wedding photographer, sik pernah mengenakan caj yang berlainan untuk majlis perkahwinan yang diadakan di rumah ataupun di dewan..harga yang tercatat pada senarai pakej adalah tetap dan digunapakai sehingga pakej terbaru dikeluarkan.

So, kepada bakal-bakal pengantin yang masih mencari dan tercari-cari ataupun masih tertanya-tanya, dzulfotografi tidak mengenakan caj lain atau caj terselindung.

DI RUMAH & DI DEWAN -----> caj perkhidmatan adalah sama seperti dalam PAKEJ FOTOGRAFI 2011.

* Caj tambahan hanya untuk tempahan luar kawasan (Luar Kuching).
** Tambahan caj servis hanya untuk majlis di HOTEL sahaja.



Sigek gik, soalan yang biasa dan rutin. "Gne sebenarnya rega pakej ktk tok..?? "

Kepada yang sudah mempunyai soalan berkenaan didalam minda, sila buat pertanyaan lanjut secara terus ke email kmk - dzulfotografi@yahoo.com

Kat cya kelak kmk akan terangkan dengan lebih terperinci. Email ok..!!
Sertakan sekali ; Nama Penuh, Alamat Tempat Majlis, Tarikh Majlis dan paling penting NO TELEFON.

Setakat tok dolok apa yg nak dikongsikan kali tok..Kepada yang telah menempah khidmat fotografi, kita akan berjumpa tidak lama lagi..dan kepada yang telah menggunakan khidmat fotografi dzulfotografi sebelum ini, terima kasih banyak-banyak dan kerjasama yang telah anda berikan sememangnya terbaik..Tahniah dan Selamat Pengantin Baru...



Zulhafizan Bin Jamel
Principal Photographer
+6 (013) 8169912
+6 (016) 8584305
dzulfotografi@yahoo.com
dzulfotografi@mobileemail.vodafone.com.my
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
Members of Kelab Fotografi Kenyalang (KFK)
Members of Sarawakian's Photographers (SPG)
Members of Wedding Photographers & Videographers (WPV)
Members of Kuching Strobist Outing (KSO)
Members of 1family.com
Members of SGFC

Monday, March 7, 2011

Kembali bercahaya..



Alhamdulillah..Setelah melalui beberapa rintangan, esok segalanya akan bermula semula seperti baru..Segalanya akan diusahakan dengan lebih baik dan dengan satu azam yang meninggi.

Satu berita baik telah sampai dan segalanya akan bermula esok..Doakan agar apa yang diperlukan selama ini akan membuahkan hasil dan mengubah apa yang telah berlaku sejak akhir-akhir ini. Mungkin ini sebagai langkah pertama untuk satu kehidupan yang baru.

Insya Allah..Diharap semuanya akan kembali seperti sedia kala..Terima kasih diatas doa-doa saudara rakan-rakan sekalian..



Zulhafizan Bin Jamel
Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Sunday, March 6, 2011

Satu perjalanan yang masih samar..



Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Alhamdulillah masih lagi dapat menghirup udara segar, bernafas dengan baik dan masih dapat melihat matahari terbit dan terbenam..Syukur kepadaNya kerana masih memberi peluang tinggal sementara di dunia milikNya ini.

Tersentuh hati apabila terkenang apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Mungkin ada hikmahnya tetapi apakan daya, sebagai manusia biasa, apa yang berlaku hanya mampu di lalui dengan sebaik mungkin dan segala cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi akan terus dilihat sebagai satu cubaan serta ujian yang tidak dapat dielakkan untuk dirasai.

Tidak banyak yang hendak diperkatakan pada kali ini. Cuma tergerak hati untuk meluahkan rasa yang terpendam. Mungkin pada saat ini saya sendiri dilihat tidak mempunyai apa-apa dimata umum..ya memang benar..tetapi ianya tidak akan melemahkan semangat saya untuk teruskan perjuangan dan melalui liku-liku kehidupan yang penuh mencabar. Ada yang tidak memihak kepada saya, dan ada juga yang tidak menghargai apa yang saya lakukan. Tidak mengapa..suma itu lumrah alam..Setiap yang berjaya akan dikagumi, dihargai, disegani dan dihormati..Tidak kepada yang masih terkapai-kapai untuk terus mencuba dan impikan kejayaan..

Tetapi anda sendiri tahu, sebelum seseorang itu berjaya, adakah mereka ini tidak melalui laluan yang sukar untuk sampai ke kemuncaknya..?? Adakah dengan sekelip mata sahaja ianya berlaku dan terus berada diatas..?? Tepuk dada tanya selera...

Hari ini, hari yang sama seperti hari-hari yang lain dimana perjalanan yang dilakari dengan impian serta angan masih lagi samar dan tidak tahu ke mana arah yang sebenarnya. Mungkin Tuhan maha adil..Insya Allah dengan apa yang diharapkan, didoakan akan dimakbulkan dengan yang lebih baik dari apa yang dijangkakan. Kita perlu sabar dan jangan lupa diri..

Hidup umpama roda..mungkin hari ini kita berada diatas, mungkin selepasnya kita akan turun ke bawah..ataupun sebaliknya.

Mohon maaf sekiranya coretan kali ini tidak memenuhi apa yang saudara & rakan sekalian mahukan. Ini hanya coretan muhasabah diri.

Wasalam...



Zulhafizan Bin Jamel
Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Tuesday, December 28, 2010

Mana Anda Pilih...???

Assalamualaikum dan Salam Sejatera..

4 hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2011..boleh lah bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada 2010 yang telah dilalui dengan pelbagai kenangan pahit manis..Mungkin ada yang sudah hampir penuh diari 2010 dan ada juga yang tidak terusik pun satu muka surat diari 2010 mereka..Itu tidak mengapa, terpulang kepada siapa pemiliknya..Mungkin juga pemiliknya suka menyimpan kenangan didalam fikiran dan minda mereka dan dikongsikan dengan bercerita serta berkongsi pengalaman kepada rakan-rakan, orang rumah ataupun ahli keluarga..Sapa tahu kan..??

Bagi yang merekodkan segala kenangan, peristiwa serta pengalaman didalam diari atau buku 555 mereka, dipenghujung tahun nanti segalanya akan menjadi titik tolak u ntuk melihat pencapaian mereka sepanjang tahun samada tecapai ataupun tidak..Sekurang-kurangnya ianya memberi impak yang ketara azam yang dicatata pada permulaan setiap tahun mungkin belum tercapai..Mengapa..?? Catatan itulah yang akan menceritakan segalanya dimana kelemahan atau ke mana tuju masa yang dihabiskan sepanjang tahun..??

Bagi saya, saya bukan pencatat seperti yang saya ceritakan kerana saya belum bersedia untuk mencatat segalanya didalam buku (jarang nak bawa buku ke hulu ke hilir..dan kadang-kadang terlupa dicatata apa yang berlaku pada hari berkenaan)..Tunggu lah Blackberry Playbook atau Apple iPad didalam genggaman barulah saya cuba praktikkan..Bagaimana?? Senang je, buat coretan dalam blog ini lah..hehe Nanti lebih mudah untuk update blog..tiap2 hari saya akan kongsikan dan catatkan apa yang berlaku..dan akhirnya, saya ada rekod harian terus menerus di internet..(kalau tak faham apa yang diceritakan, teruskan sahaja membaca ok..tak perlu ambil berat pun..)..


Seperti mana kita membuat pilihan rangkaian televisyen yang sedia ada sekarang, begitulah kita cuba pilih siapa yang bakal kita bayar untuk merakamkan saat-saat indah hari bersejarah dalam hidup kita..Mungkin ada yang masih memikirkan atau secara automatik terus terbayang saat perkahwinan sebagai hari bersejarah..Ianya tidak salah tetapi bukan itu sahaja yang boleh menjadi kenangan istimewa dan bersejarah dalam hidup kita..Banyak lagi termasuklah menyambut kelahiran baru, saat bersama yang tersayang (termasuk isteri dan anak-anak), saat menerima segulung ijazah (diploma atau sijil pun ok jugak), saat-saat manis bercuti bersama keluarga atau pegi melancong bersama keluarga, kejayaan dalam satu perancangan (contohnya berjaya mendaki/menawan gunung tertinggi dikawasan anda (walaupun bukit atau gunung tu rendah je kalau nak dibandingkan dengan Everest) dan banyak lagi lah..semuanya kalau dirakamkan dengan baik dan "in proper way", Insya Allah, satu hari kelak ianya akan menjadi satu kenangan yang sukar untuk dinilaikan dengan wang ringgit.

Saya cuma mahu berkongsi apa yang ingin dikongsikan dan terpulang kepada anda semua untuk menilainya dan mula berfikir dimana baik dan pentingnya fotografi dalam kehidupan anda (jangan salah gunakan sehingga mengaibkan org sudahlah..)..

Seperti biasa, dipenghujung coretan, saya tidak jemu untuk berkongsi dan menyarankan kepada bakal-bakal pengantin, jgn buat keputusan saat akhir untuk mendapatkan khidmat jurugambar bagi hari perkahwinan anda..Buat persiapan/tempahan awal supaya ianya bukan menjadi perkara terakhir dalam susunan 'checklist' anda...Tiada apa yang dapat menceritakan semula kenangan manis berkenaan selain daripada rakaman video ataupun gambar yang diambil pada hari berkenaan. Berbelanja lebih bagi fotografi bukan sesuatu yang merugikan tetapi satu perlaburan yang baik dan memuaskan.

PILIH JURUGAMBAR ANDA DENGAN BETUL DAN BUAT PILIHAN JURUGAMBAR MENGIKUT APA YANG ANDA MAHUKAN DAN INGINKAN. JIKA PERLU UNTUK BERJUMPA LEBIH DARIPADA SEORANG, JANGAN TAKUT UNTUK BERBUAT DEMIKIAN KERANA HAK MEMILIH DITANGAN ANDA.




Pendek kata, terima kasih kepada semua dan kita jumpa lagi untuk "new post" yang akan datang...


JANGAN TUNGGU LAGI, TEMPAH SEKARANG DAN ANDA TIDAK AKAN MENYESAL...!!!





Zulhafizan Bin Jamel
Wedding Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
In Association with Whiteroom Studio

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Wednesday, December 15, 2010

Mungkin esok sinarnya lebih baik...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakan-rakan serta mereka yang sedang membaca coretan kali ini. Diharap anda semua dalam keadaan yang baik dan selamat sentiasa.

Alhamdulillah hari ini masih lagi dapat melihat kehadiran mentari terbit dan masih berpeluang bernafas dengan udara yang segar kurniaanNya..Syukur alhamdulillah...

Mungkin apa yang dirasakan pada hari ini tidak sama dengan apa yang telah dilalui beberapa bulan yang lalu..Sedikit keseronokan semakin mula pudar dan sedikit keselesaan semakin kurang dan apa yang pasti saya hanya berserah kepadaNya dengan segala percaturan yang telah diatur.. Insya Allah dengan kekuatan yang ada serta rahmat dan rezeki yang diberikan olehNya, diharap segala cabaran mendatang dan halangan yang menimpa akan dapat dihadapi dengan cekal dan tabah.

Mungkin banyak yang tertanya-tanya apa yang berlaku bukan..?? Ianya amat peribadi dan biarlah segalanya berlalu dan hanya saya sendiri yang mengetahui..Disini hanya tempat saya mencurahkan sedikit luahan rasa hati untuk melepaskan sedikit tekanan yang tidak perlu didalam minda ini..Apa yang diperlukan adalah untuk memberi ruang yang lebih baik untuk menumpukan perhatian kepada apa yang perlu dalam mendalami serta mengasah lebih lagi kemahiran dalam bidang fotografi ini.



Perjalanan masih jauh lagi..adakah saya perlu merantau lebih jauh untuk mendapatkan lebih pengalaman dan lebih peluang dalam hidup berdikari..?? Segalanya pasti ada jawapan. Anda semua sebagai rakan dan pemantau untuk diri saya diharap dapat memberi maklumbalas terhadap apa yang telah saya lakukan selama ini. Mungkin dengan itu saya lebih dekat dengan 'cermin' yang saya perlukan untuk menilai sendiri siapa diri saya..

Oklah, terlalu banyak untuk dikongsikan tetapi oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya berhenti seketika dalam menulis coretan ini dan insya allah dikemudian hari saya akan ceritakan selanjutnya apa yang perlu saya kongsikan bersama..

Terima kasih kerana sudi membaca..



TEMPAHAN UNTUK 2011 SUDAH DIBUKA.


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Monday, December 13, 2010

Next destination...

Salam...

Minggu hadapan terpaksa merantau jauh sedikit dari kampung halaman..Yang pastinya akan merindui anak lelaki ku yang semakin hari semakin membesar..Tapi xpa, pergi hanya seketika untuk menjalankan tugas.

Next week - Miri, Sarawak (17 until 20 Disember 2010)

Another week - Bintulu, Sarawak (24 until 27 Disember 2010)

So, harap maaf sekali lagi, blog ini akan menyepi sekejap..Sekejap sahaja..balik nanti akan dipenuhi warna warni koleksi gambar terkini...Jumpa lagi..


Nak ke KL malam ni..??? hahaha mimpilah..





TEMPAHAN UNTUK 2011 SUDAH DIBUKA.


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Friday, December 10, 2010

Tahun Baru, Azam Baru...

Masanya telah tiba..Esok saya akan kembali 'beraksi' di pentas dunia fotografi perkahwinan yang telah ditinggalkan sejak beberapa bulan yang lalu (ada juga wedding yang dicover tp very limited)..

Esok job permulaan bagi bulan ini dan seterusnya hingga ke tahun hadapan. Kepada yang telah memilih dzulfotografi sebagai jurugambar rasmi majlis perkahwinan mereka, terima kasih yang tidak terhingga kerana memberi peluang untuk merakamkan saat-saat indah kenangan hari bersejarah sebagai Raja Sehari. Insya Allah dengan usaha serta pengalaman yang ada, dzulfotografi tidak akan menghampakan anda semua.

Kepada yang masih tercari-cari jurugambar rasmi bagi perkahwinan anda, jangan malu-malu dan segan untuk bertanya bagaimana dzulfotografi memberikan perkhidmatan fotografi, brapa harga pakej yang perlu dibayar, setakat maca kawasan liputan, bila ada kekosongan dan apa saja yang bermain difikiran, sila email atau bertanya terus kepada saya. Insya Allah saya akan cuba membantu sedaya upaya saya.

Bingung "badget" tidak mencukupi..?? Jangan risau, kita boleh berbincang untuk mengatasinya..dzulfotografi mahu berkongsi saat manis hari bersejarah anda walaupun anda kurang mampu untuk mengabadikan saat indah berkenaan dalam bentuk fotografi dengna "finishing product" yang mahal. Segalanya bermula disini...

Tempahan sentiasa dibuka (sepanjang tahun) mengikut kekosongan yang masih ada. dzulfotografi hanya dapat memenuhi permintaan satu pasangan pada setiap satu minggu. Setakat ini, saya adalah sebagai jurugambar utama dan pastinya tidak akan ada "replacement" photographer apabila anda sudah menempah untuk majlis anda nanti.


TEMPAH SEKARANG !!!


Kepada bakal pengantin minggu hadapan, di Miri, Sarawak, jumpa anda disana. Saya harapkan segala persiapan akhir untuk majlis saudara nanti dalam keadaan yang terbaik.

Semoga bertemu kembali dalam coretan seterusnya..Jumpa Lagi...




TEMPAHAN UNTUK 2011 SUDAH DIBUKA.


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Thursday, August 27, 2009

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

foto oleh dzulfotografi | freelance photographer

Tidak banyak persiapan dan program yang dibuat untuk Hari Kemerdekaan pada tahun ini. Mungkin kerana sambutan kali ini jatuh pada bulan umat Islam menjalankan ibadah puasa. Bukan satu alasan atau halangan bagi negara untuk membuat sambutan Hari Kemerdekaan seperti biasa cuma disebabkan beberapa perkara lain juga yang akhir-akhir ini berlaku di negara kita dan juga seluruh dunia menyebabkan banyak program yang melibatkan kehadiran orang ramai terpaksa dikurangkan termasuklah program sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-52 nanti.

Bukan bermaksud sambutan kali ini akan dibatalkan ataupun disarankan supaya tidak perlu berpusu-pusu untuk hadir ke program berkenaan. Walau apa sekalipun, sambutan tetap akan dijalankan seperti tahun-tahun lepas cuma pengisian mungkin akan sedikit kurang daripada biasa.

Bagi peringkat negeri Sarawak, sambutan akan dibuat di Bandar Kuching. Daripada info yang saya perolehi, ianya akan diadakan di Stadium Tertutup pada 31 Ogos 2009 nanti. Untuk makluman kepada orang ramai, satu tempat khas bagi membuat 'medical checkup' untuk mengesan samada anda membawa jangkitan H1N1 akan didirikan di tempat berkenaan. Menurut info daripada sumber yang dipercayai, booth kesihatan berkenaan akan ditempatkan kemungkinan besar berada tidak jauh dari pintu masuk ke stadium (nanti tengok sendiri lah betul ker tak...sbb saya sendiri tak dapat hadir sbb jauh sangat dari kampung halaman..)

Oklah, cukup lah sedikit sebanyak intro yang tak tahulah penting atau tidak bagi anda semua. Cuma terdetik dihati untuk membuat coretan permulaan sebegitu rupa saja. Foto yang saya gunakan di atas adalah foto rakan karib saya yang sekarang bertugas di salah satu jabatan yang penting di negara kita ini. Sendiri tahulah jabatan mana sbb dah ada klu kat foto tu. (masih penting ker ? masih relevan ker ? entahlah..rasanya masih kot..) Terima kasih En. Abdul Mutalib atas 'posing' spontan berkenaan..hehe

Apa lagi aku nak ceritakan yer?? hmm..tak banyak sebenarnya..Cuma nak kongsikan foto berkenaan, sedikit info, dan ucapan. Al maklumlah, sekarang ni tengah berpuasa (hari yang ke 6) jadi tak banyak aktiviti yang dilakukan mahupun dalam perancangan. Aktiviti jabatan pun kurang jugak. Yang terkini, program Sivik Ramadhan yang saya sendiri akan 'handle' minggu depan di Pekan Tatau, Bintulu. Itu cerita berkaitan kerja dan cerita berkaitan fotografi kahwin?? Belum ada lagi sbb time ni lah jurugambar perkahwinan akan cuti berehat seketika..hehe termasuklah saya sendiri yang membuat fotografi sebagai tugasan separuh masa sahaja..minat katakan..apa boleh buat..hehe

Kepada rakan-rakan seperjuangan yang ada membaca coretan ntah apa-apa ni, dzul nak ucapkan Salam Ramadhan, Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka. Semoga success selalu dan teruskan perjuangan.

Kepada pembaca sekalian, Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri..hehe (tak lama lagi..ada 24 hari lagi..)

Nanti ada kesempatan yang lebih panjang, saya akan kongsikan lagi beberapa coretan serta koleksi-koleksi foto terkini daripada dzulfotografi..tapi belum untuk siri foto perkahwinan sbb mood perayaan yang tengah bermula sekarang. Kalau nak foto kawen, tunggu lepas raya ok..

Oklah, setakat ini dahulu. Jumpa lagi..





Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 016 8919325 / +6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Friday, August 14, 2009

Sibuk ?? Penat ??

Seminggu lebih sudah berlalu tapi topik masih juga sama dan belum berkesempatan untuk berkongsi cerita baru. Al-maklumlah, bukan satu kerja saja yang perlu diselesaikan tp ada beberapa perkara serta kerja penting harus diutamakan. Hari ini, ada sedikit keluangan masa untuk menyampaikan sedikit cerita. Sekurang-kurangnya berubahlah sedikit tajuk utama harian dalam laman blog ini.

cover album perkahwinan saya - dzulfotografi design

Gambar diatas adalah gambar yang digunakan bagi Custom Album perkahwinan saya sendiri yang baru sahaja diterima minggu lepas setelah menunggu hampir 2 minggu untuk diproses. Semua layout untuk album berkenaan ada disini.
Amat gembira apabila melihat ianya dalam bentuk hardcopy..memang berpuas hati. Bayangkan ianya direka dalam saiz 12 inci x 36 inci..perghh, besar tu..apa-apa pun, ianya adalah untuk simpanan dan bukannya sampel bagi perkhidmatan fotografi yang saya buat. Harganya ?? Untuk harga pasaran ianya mencecah RM1.6k untuk keseluruhan proses termasuk caj pos dan printing. (belum termasuk upah saya sendiri yang buat design layout tu..keke) Itu yang membuat saya 'busy' sikit sbb banyak rakan-rakan dan saudara-mara tahu album sudah siap dan mereka mahu melihatnya. Jadi, album berkenaan sentiasa dibawa ke sana ke mari supaya rakan-rakan dan saudara-mara dpt berkongsi kegembiraan saya bersama kenangan semasa hari bersejarah saya 2 bulan lepas.

cover buku program Info Bestari 2009 - dzulfotografi design

Ini pula hasil kerja yang ringkas yg pernah saya buat. Buku program berkenaan hanyalah untuk mencukupi syarat bagi memenuhi permintaan 'boss' saya sbb apa-apa program seharusnya ada buku program yang didalamnya terdapat info ataupun maklumat berkenaan dengan aturcara serta aktiviti bagi sesuatu program yang dijalankan. Tambahan pula yang hadir merasmikan program yang jabatan saya anjurkan adalah Yang Berhormat, jadi takkan lah nak buat 'semadi nadai' jer kan?? So, saya cuba buat yang termampu dengan masa yang singkat. Akhirnya diterima pakai juga..hehe (kalau ada 1-2 hari lagi, saya yakin ianya lebih cantik dari yang ini..hehe cantik?? itu kata saya je..pandangan org lain saya tak tahu lagi..)

Pada majlis berkenaan, saya diarahkan untuk menjadi Pengacara Majlis. Bagi saya, ianya perkara kecil sbb sememangnya tugas hakiki saya juga tu. Setakat diperingkat daerah, saya rasa ianya bukanlah satu perkara yang terlalu mencabar bahkan saya juga pernah menjadi Pengacara Majlis bagi program peringkat bahagian. (Program Kembara Merdeka Peringkat Bahagian Bintulu 2008) Dari situlah saya semakin berani dan yakin boleh menjadi pengacara majlis walaupun tidak dapat menandingi mereka yang lebih 'terer' dan arif..sekurang-kurangnya saya diberi peluang dan mencuba..hehe


sampel baju - T-shirt Komuniti Bestari Pekan Sangan

sampel baju - T-shirt Komuniti Bestari Pekan Sangan

Yang ini pulak kerja terakhir yang membuatkan saya sibuk turun naik pejabat dan ke kedai baju untuk membuat tempahan. Sudah sekian lama untuk membuat baju ini kepada semua ahli Komuniti Bestari Pekan Sangan (saya selaku Pegawai Penyelaras)
tetapi terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab yang rasanya pembaca tidak perlu tahulah..Akhirnya semalam, saya habiskan kerja-kerja penempahan ini. Kini hanya menunggu baju berkenaan siap dan barulah proses pengagihan dilakukan..kena pergi Pekan Sangan lagilah ni..Dari rumah ke pejabat memakan masa 1 jam, kemudian ke Pekan Sangan kena tambah lagi setengah jam..fuhhh..gitulah rutin kerja saya..Penat tu memanglah tapi arahan tetap dipatuhi..Saya Yang Menurut Perintah....paham-paham je lah..

Oklah, kalau nak diceritakan dengan lebih lanjut, mmg panjang so cukuplah setakat ini. Kejap lagi dah nak Solat Jumaat. So, jumpa lagi..Teruskan membaca dan melawati laman blog saya ni.

Kepada bakal-bakal pengantin terutamanya, nantikan koleksi gambar untuk rupa bentuk sebenar Custom Album terbaru dari dzulfotografi. Mana tahu ianya dapat membantu anda menilai dan memberi ilham kepada anda semasa memilih jenis album yang dihajati.



Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 016 8919325 / +6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com