Showing posts with label Tips/Pandangan. Show all posts
Showing posts with label Tips/Pandangan. Show all posts

Monday, July 20, 2009

Tips Memilih Jurugambar Perkahwinan Anda.

FOTOGRAFI SATU SENI TIADA LIMITASI/BATASAN

Semua tahu bahawah fotografi adalah satu seni tanpa batasan bahkan setiap jurugambar memiliki skill serta karakter masing-masing yang unik pada karya yang dihasilkan. Bagi saya sendiri, tiada langsung istilah jurugambar paling hebat kerana setiap jurugambar memiliki skill dan gaya masing-masing. Oleh hal yang demikian, untuk memilih jurugambar yang sesuai untuk anda dan majlis anda adalah tidak semudah anda memilih dan membeli pakaian.

Cuba kita bandingkan untuk lebih jelas lagi. Seorang peminat setia sukan bola sepak semestinya meminati salah satu kelab atau negara ternama dalam sukan ini. Biar apa pun yang terjadi, peminat ini tetap akan suka akan kelibat pemain dari kelab tersebut walaupun kalah dalam mana-mana perlawanan bola sepak. Tetapi, ada juga yang kurang berminat dengan pasukan yang diminati oleh peminat tadi walaupun ianya sama sahaja satu sukan perjuangan menjaringkan bola ke gawang lawan. Demikian juga dengan dunia fotografi yang sentiasa penuh dengan cabaran serta saingan dan pelbagai selera harus dipuaskan termasuklah selera bakal-bakal pengantin. Fikirkanlah..

HARGA MAHAL JAMINAN KEPUASAN ?? - TIDAK SEMESTINYA.

Semua sedia maklum dan semua mengetahui bahawa sesuatu karya/hasil fotografi amat berkaitan dan saling bersangkut rapat dengan selera peribadi, termasuklah apa yang saya sendiri rasakan (sewaktu menjadi pelanggan kepada jurugambar perkahwinan). Ada golongan yang amat meminati dan menyukai hasil karya jurugambar X dan ada sebahagiannya tidak menyukai dan meminati karya jurugambar berkenaan. Mungkin salah satu sebabnya adalah berdasarkan dorongan pengaruh rakan/saudara/keluarga yang hanya tahu melihat tetapi kurang bijak menilai.

Oleh sebab itulah, memilih jurugambar termahal atau terkenal bukan satu jalan penyelesaian atau 'solution' yang terbaik bagi anda dan pasangan anda. Kenyataannya, dan hakikatnya banyak jurugambar diluar sana yang tidak terkenal/ternama ataupun murah sekalipun, tetapi hasil karya mereka tetap sedap dipandang mata dan disimpan sebagai kenangan abadi.

TIPS TERBAIK MEMILIH JURUGAMBAR YANG SESUAI DENGAN CITARASA ANDA.

Tips terbaik memilih seorang jurugambar untuk majlis pernikahan anda adalah, cari jurugambar yang hasil karyanya/kerjanya bagus dan harganya yang ditawarkan bersesuaian dengan budget yang anda telah aturkan. Inilah kunci utama untuk mendapatkan perkhidmatan fotografi yang baik untuk anda.

PILIHAN DI TANGAN ANDA !!


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 016 8919325 / +6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com


Wednesday, December 3, 2008

Kamera Untuk Tutup Malu

Isu kamera murah dan kamera mahal memanglah satu isu yang sentiasa dibincangkan. Orang baru dalam fotografi sentiasa terdorong untuk membeli kamera yang tercanggih yang ada di pasaran, yang kadangkala membebankan dari segi kewangan. Sindrom ini jadi makin kronik bila kawan-kawan selalu ‘racun’ kita untuk beli kamera dan accessories yang terbaru dan terbaik di pasaran.

Dari pemerhatian saya, ini terjadi kerana orang baru dalam fotografi tiada keyakinan pada diri sendiri. Mereka kurang pengetahuan fotografi dan kurang pengalaman. Jadi, untuk menutup kelemahan diri, ramai yang ambil jalan mudah – beli kamera mahal lagi canggih, dengan harapan, gambar yang dirakam akan jadi hebat secara otomatik. Malangnya, pendapat ini tidak benar.

Orang baru harus banyak belajar, banyak bertanya, banyak mengkaji dan banyak berlatih merakam gambar. Dengan cara ini, anda akan cepat pandai. Anda akan dapat keyakinan diri. Anda perlu yakin, bahawa, yang membuatkan gambar yang anda rakam itu cantik adalah kemahiran yang ada pada diri anda, bukannya disebabkan oleh kamera yang canggih.

Bila anda masuk bidang fotografi dan ingin jadi jurugambar, pastikan bahawa, minat utama anda ialah untuk hasilkan gambar yang baik, bukan mengumpul berbagai jenis peralatan kamera dan membeli setiap kamera keluaran terbaru. Maksudnya, jika ingin jadi jurugambar yang baik, anda harus fokuskan masa dan wang anda lebih kepada pembelajaran dan penguasaan kemahiran fotografi. Kamera hanyalah sekadar alat.

Jika anda ada kamera mahal, kamera tersebut akan jatuh harganya selepas beberapa tahun. Tapi jika anda ada ilmu dan kemahiran fotografi dalam diri anda, ianya tidak akan jatuh nilai, malah nilai diri anda sebagai seorang jurugambar akan sentiasa naik dengan setiap kemahiran dan ilmu yang anda perolehi.

Tidak salah membeli peralatan kamera mahal jika anda mampu. Tapi, sebagai jurugambar, pastikan bahawa, kemahiran anda sentiasa lebih hebat dari kamera anda. Janganlah hanya sekadar bergaya dengan peralatan hebat, tapi takut nak tunjuk hasil gambar.

Memang ada golongan yang digelar camera collector. Ianya juga satu hobi yang baik dan menarik. Tapi, kalau anda ingin dikenali sebagai jurugambar, anda lebih patut rakam dan collect gambar yang baik, bukan collect peralatan kamera.

- Hasnuddin

Wednesday, September 17, 2008

Harga murah untuk kawan-kawan???

(Bersama kita fikirkan)

Bagi anda yang menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan…

Kita tentu selalu dengar ayat macam ni - “Takkan takde diskaun untuk kawan-kawan?” Ayat ni kita biasa dengar bila ‘kawan’ kita nak guna khidmat kita untuk rakam gambar untuk mereka… Masalahnya di sini:

1) Diskaun ‘harga kawan-kawan’ tu adakalanya tak munasabah. Dahlah mintak diskaun sampai kita hampir rugi, lepas tu nak free gift lagi, lepas tu nak kualiti ngalahkan anak raja… Dan yang paling peritnya, bila time nak bayar, bukan main liat lagi…

2) Kalau kawan yang mintak diskaun tu memang kawan lama dan kawan baik yang dah banyak berjasa, tak apa jugak. Memang dengan rela hati, saya boleh bagi FREE aje. Tapi masalahnya, jenis kawan yang hanya mengaku kawan bila nak guna khidmat kita. Kawan kepada kawan kepada kawan kita pun mengaku jadi kawan kita dan nak mintak diskaun. Teruk la macam ni…

Maaflah, wahai ‘kawan-kawan’, saya terpaksa bercakap yang benar untuk mengubah mentaliti orang kita. Sepatutnya, kalau ada kawan kita buat bisnes, kita bukan mintak harga murah, tapi, lebih baik kalau kita bayar dia harga yang sepatutnya untuk menyokong dan memajukan lagi bisnes kawan kita tu. Kalau asyik bayar murah, macamana orang kita nak maju berniaga?

Ada sorang kawan saya mintak saya shoot gambar kahwin dia. Disebabkan kawan saya ni banyak berjasa dengan saya, maka saya cakap kat dia, saya nak bagi FREE aje. Dia cakap, “Jangan bagi free. Kau charge berapa kau nak charge. Aku takut kalau kau bagi free nanti, aku dapat kualiti macam gambar free!” Saya respek dengan mentaliti dia ni. Dia faham pasal bisnes.

Saya ada sorang makcik yang jual nasi lemak. Dia ni baik hati dan selalu panggil kitaorang datang makan kat rumah dia. Satu hari tu, saya tak ada duit nak makan (ni cerita zaman dulu la ni…) So, saya pun pergi le ke gerai makcik saya ni dengan harapan nak makan nasi lemak free. Bila dah habis makan, makcik saya suruh saya bayar - dia tak bagi kurang satu sen pun! Saya kena bayar macam harga orang lain jugak. Prinsip dia, kalau berniaga kena tegas. Tak kira sedara ke, kawan ke, harga sama. Business is business. Saya belajar sesuatu dari dia…

Macam jugak satu cerita ni, saya pernah nak beli barang dari sorang tauke cina yang agak baik dengan saya. Saya mintak dia bagi diskaun RM 2 dari harga asal. Puas mintak, dia tak bagi jugak sebab tu dah best price katanya. Last sekali dia kata, “Kawan, ni harga sudah spesel, gua tak boleh kasi kurang, nanti gua rugi. Lu bayar ini harga, nanti gua belanja lu minum kopi, itu lain cerita”

So, saya faham, tauke ni ada prinsip. Dia berniaga mesti ada untung. Tapi, kalau di luar bisnes dia, dia boleh ‘rugi’ untuk belanja kawan minum kopi. Macam makcik saya yang jual nasi lemak tu jugak, rajin belanja sedara mara makan kat rumah dia dan selalu bagi hadiah kepada anak-anak buah. Tapi, kalau nak beli barang dengan dia, strictly no diskaun! Again, business is business.

Sekarang ni kalau ada kawan-kawan atau sedara-mara yang tak faham pasal bisnes datang nak mintak khidmat kami, saya dengan baiknya akan menolak dengan berkata, “Maaflah, tak boleh buat job tu, kami dah ada job lain….”

Apa pendapat anda? Mari kita kongsi bersama…

Hasil Penulisan oleh : Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.