Showing posts with label Photoshoot. Show all posts
Showing posts with label Photoshoot. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Thaipusam 2011 | Kuching, Sarawak





















Zulhafizan Bin Jamel
Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
In Association with Whiteroom Studio

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com




Sunday, December 26, 2010

Dari sudut pandanganku...








Zulhafizan Bin Jamel
Wedding Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
In Association with Whiteroom Studio

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Tuesday, December 14, 2010

Strobe..strobe..nite wif simple tutorial..



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Mulakan hari anda dengan senyuman (ceh wah, macam lam iklan tv jak..)
Minggu lepas ada 2 aktiviti yang dijalankan..Pertama nya, siri mini outing bersama rakan-rakan di tebingan sungai Sarawak dan sekitar tepi jalan raya (Jalan Kulas)..

Walaupun sesi hanya memakan masa selama beberapa jam sahaja, aktiviti berkenaan sedikit sebanyak memberi peluang kpd rakan2 berkongsi pengalaman dan juga berkenal-kenalan antara satu sama lain dengan lebih dekat.





Aktivit berlangsung pada malam sabtu dan saya amat berterima kasih kepada mereka yang sama-sama hadir untuk menjayakan aktiviti pada malam berkenaan. Kepada Yamada (Ahim), terima kasih kerana "pick me up", kepada Zizan, thanks sbb pinjamkan FX Lens, kepada Adi, thanks sbb belanja "supper" di McD, kepada Man & Bob, thanks sbb meriuhkan suasana, kepada Im, thanks sbb jadi model terjun sekejap, kepada Abuza, thanks sbb sudi datang merami keadaan..

Tok antara yang dapat dikongsikan..yang lain boleh check dekat FB ok..



Apa2 pun, next aktiviti akan diadakan dalam masa terdekat..Mady, keep alert ok..hehe


Kepada mereka yang masih mencari atau ingin melihat hasil kerja dzulfotografi dalam bidang fotografi perkahwinan, jangan malu dan segan untuk bertanya. Saya dengan berbesar hati akan membantu anda.. Hubungi saya di talian yang tertera dibawah dengan kadar segera. Tempahan hanya terhad kepada satu pasangan untuk satu minggu..Siapa cepat dia dapat..:P




Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Wednesday, December 8, 2010

Masa untuk beriadah...

Sepanjang minggu lepas dan beberapa hari dalam minggu ini, tidak banyak aktiviti yang saya buat. Kebanyakkannya hanya habis dengan aktiviti riadah bersama rakan-rakan sekerja dan rakan sepermainan..

Dalam masa yang sama, pada siang harinya, masa lebih banyak dihabiskan dirumah bersama-sama anak lelaki saya dan juga aktiviti menyiapkan rekaan custom album yang ditempah oleh beberapa jurugambar. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kebanyakkan kerja sudah pun selesai dengan baik tanpa sebarang masalah.

Pertamanya, kepada rakan saya, Abdul Rahim a.k.a Yamada (nick name beliau dalam FB), terima kasih banyak-banyak sebab sudi meluangkan banyak masa sepanjang minggu lepas dengan cadangan aktiviti yang cukup menyeronokkan dan secara peribadinya memang sudah lama saya kurang bergerak keluar pada waktu malam (bukan buat aktiviti tak senohoh) untuk merayau-rayau sekitar bandar Kuching bagi mendapatkan beberapa keping koleksi gambar pada waktu malam. Yang paling bestnya, aktiviti strobist di dalam Senso Lounge, Hilton. Nasib baik pihak lounge berkenaan memberi kerjasama yang cukup baik dengan mengizinkan kami beraksi dan mengambil gambar di dalam kawasan berkenaan. Kepada rakan saya berkenaan, nanti lepas balik dari US (United State) kita buat satu sesi lagi di lounge hotel yang lain pulak ok..hehe (jangan lupa ole-ole dari sana ok..)
Keduanya, kepada Rosman (Rouchmunt) dan juga Bob (lecturer UNIMAS), terima kasih kerana sempat meluangkan masa bersama berjalan-jalan meriuhkan suasana malam di sekitar Waterfront Kuching beberapa malam yang lalu. Ini antara gambar yang sempat diambil pada hari berkenaan.. Mimik muka Bob dibelakang adalah tanda keriangan beliau sepanjang malam berkenaan..Nice to meet u Bob..next time kita outing bersama ok.

Di atas (gambar kedua) adalah Rosman a.k.a Rouchmunt, rakan sekerja yang gemar keluar bersantai bersama rakan-rakan beliau. Seorang yang periang dan juga suka melawak. Gambar berkenaan pada mulanya tidak menjadi tetapi setelah diubah suai sedikit, hasilnya seperti yang anda nampak sekarang. Rosman, next time kita buat lebih baik lagi ok..Kita rancang betul-betul supaya Transmitter & Receiver aku tidak tertinggal dirumah..hehe
Buat masa sekarang masih belum sempat untuk menyusun beberapa koleksi gambar perkahwinan yang masih belum dikongsikan disini. Itu pun beberapa koleksi bulan-bulan yang lepas kerana kebelakangan ini agak sibuk dengan aktiviti rekaan grafik album yang banyak dan menunggu untuk disiapkan. Insya Allah dalam masa terdekat nanti akan muncul beberapa koleksi terkini daripada dzulfotografi.

Kepada bakal-bakal pengantin yang akan atau bercadang untuk melangsungkan apa-apa majlis berkaitan, termasuklah majlis pertunangan, bertekul ataupun pernikahan, jangan malu dan segan untuk bertanya samada tempahan boleh dibuat atau tidak. Saya akan cuba membantu dan memberikan yang terbaik kepada saudara sekalian. Tempahan sentiasa dibuka dan saya lebih selesa sekiranya saudara sekalian, bakal-bakal pengantin, dapat menyatakan masa yang sesuai untuk bertemu dan berbincang bagi melihat hasil kerja dan juga beberapa sampel custom album yang saya boleh tunjukkan.

Akan muncul tidak lama lagi, CUSTOM ALBUM boleh dibuat di Kuching, Sarawak..Kepada jurugambar pernikahan atau sesiapa sahaja yang berminat, kini anda tidak perlu risau untuk memikirkan kos penghantaran yang tinggi dan risiko kerosakan album apabila membuat tempahan di luar Kuching. Saya akan maklumkan berita baik ini dalam update seterusnya nanti.

Rasanya setakat ini dahulu dan saya akan sambung kemudian dengan info terkini dan perkongsian gambar terbaru daripada dzulfotografi. Sekian..Terima kasih kerana sudi membaca coretan ini.





TEMPAHAN UNTUK 2011 SUDAH DIBUKA.


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Monday, February 1, 2010

Menjenguk Seketika..

Baru berkesempatan 'meng-update' blog yang telah lama sik di kemaskini. Buat masa ini, masih belum dapat memasukkan gambar-gambar perkahwinan yang telah di ambil akhir-akhir ini.. Bukan kekurangan masa tetapi masalah talian 'broadband' yang seringkali 'down'.

Apa-apa pun, gambar kali ini hanyalah untuk tatapan umum dan ditujukan khas buat rakan-rakan yang berada di Kuching dan Miri yang sama-sama menjayakan sesi outing pada awal tahun ini (1 Januari 20100).


Antara beberapa yang sempat di 'upload'. Ni model terjun yang ikut serta. Ikutkan cerita, model ni a.k.a Boy, sekarang bekerja di Miri, sama jabatan lak tu..Sudah sekian lama x berjumpa dan x disangka-sangka pulak turut serta dalam aktiviti awal tahun yang lalu.

Antara yang memeriahkan suasana. Beberapa jurugambar bebas yang meminati bidang fotografi turut serta dan kebanyakkan daripada mereka baru dikenali semasa outing berkenaan.. Selamat berkenalan..ada masa kita berjumpa lagi..hehe

Teringat pulak kes sakit perut yang tidak dapat di elakkan..Mula-mula plan nak ambik gbr air terjun tp akhirnya lain pulak yang terjun..Baju seluar suma di letak kat tepi dan saya sendiri yang terjun sbb lama sungguh tak merasa kesejukkan air terjun..hehe Ni gambar kenangan bersama-sama para penembak.. (gambar semasa nak balit da...)

Ni pulak time singgah mengisi perut kat Pekan Tebakang..org kedai ni minta kita orang tinggalkan nama dan tandatangan (suka-suka kot..). ..Jarang sungguh singgah makan sambil tu tinggalkan autograf kat pemilik kedai..hehe kelainan tu..

Ni lah jalan nak ke kedai makan tu..kena melalui jambatan gantung..kat bawah nya ada sungai..batu-batu kat sungai tu memang best..kalau air tak naik tinggi, mandi madan kat sungai tu mmg best..sejuk dan jernih..Buaya?? mana da buaya kat sini..kat sungai besar ada kot..

Azizan, my fellow friend, yang sepatutnya kena belanja makan sbb tak 'taat' pada masa...hehe

Candid skit..hehe macam-macam gaya lah..jd yang ni jer best utk di kongsikan..hehe Boy, jgn marah ek..saja nak serikan lagi blog ni..

Apa-apa pun, tunggu kemunculan siri baru koleksi gambar perkahwinan daripada dzulfotografi pada entry seterusnya nanti. Jumpa lagi...!!!



Mencari Jurugambar Untuk Mengabadikan Saat Manis Perkahwinan Anda???
TEMPAH SEKARANG UNTUK PROMOSI TAHUN 2010 !!!


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 016 8919325 / +6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com