Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Wednesday, January 4, 2012

TEMPAHAN DIBUKA SEKARANG!!!

Dalam posting yg lepas saya ada maklumkan bahawa tempahan bagi awal tahun 2012 ditutup sementara waktu dan kini makluman berkenaan ditarik balik dan saya buka kembali ruang tempahan untuk bakal-bakal pengantin yg berminat untuk mendapatkan khidmat fotografi perkahwinan daripada dzulfotografi.


Silakan, email atau sms kepada saya utk menempah tarikh majlis bersejarah anda..



KHIDMAT FOTOGRAFI PERKAHWINAN
SELURUH SARAWAK


Email ke dzulfotografi@yahoo.com atau SMS ke 016-8584305 (Zul)






Zulhafizan Bin Jamel
Principal Photographer
+6 (016) 8584305
dzulfotografi@yahoo.com
dzulfotografi@mobileemail.vodafone.com.my
The Founder of dzulfotografi wedding photographer
Members of Kelab Fotografi Kenyalang (KFK)
Members of Sarawakian's Photographers (SPG)
Members of Wedding Photographers & Videographers (WPV)
Members of Kuching Strobist Outing (KSO)
Members of 1family.com
Members of SGFC

Friday, December 30, 2011

MAKLUMAN !!!

Dengan ini dimaklumkan bahawa TALIAN TELEFON 013 8169912 TELAH SAYA TAMATKAN PERKHIDMATANNYA KERANA 'MEMBEBANKAN' SAYA. Dengan ini, TALIAN OFFICIAL ADALAH SEPERTI BERIKUT, BERKUATKUASA SERTA MERTA.

Kepada mereka yg cuba menghubungi saya di talian no lama, mohon maaf kerana baru berkesempatan membuat makluman rasmi disini.


Saya boleh dihubungi terus di talian 016 8584305.

Tuesday, December 21, 2010

Kini Di Bintulu !!!




Kini anda boleh menyertainya dengan mudah..Tidak perlu terbang ke Kuching untuk menghadiri kursus seperti ini lagi..

Ambil peluang ini untuk menambah lagi pengetahuna anda dalam bidang fotografi. Bawa bersama rakan-rakan anda yang sudah mula meminati bidang fotografi.

TEMPAH SEKARANG !!! Tempat duduk adalah terhad. Satu perlaburan yang kecil untuk satu ilmu pengetahuan yang tiada limitasi. Jumpa anda semua disana.

Keterangan lanjut, sila hubungi urusetia kami di talian yang dinyatakan di lampiran berkenaan..Jangan berlengah lagi..semuanya terletak ditangan anda..

Kursus yang menjadi permintaan tinggi di Kuching kini akan berlangsung di tempat anda..Kepada semua peminat serta jurugambar di sekitar Sibu, Bintulu & Miri, ini peluang terbaik untuk mengasah lagi kemahiran dan menambah ilmu pengetahuan anda..






TEMPAHAN UNTUK 2011 SUDAH DIBUKA.


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com



Friday, December 3, 2010

Kembali semula....


Sudah sekian lama lama ini ditinggalkan tanpa sebarang update..mohon maaf kepada mereka yang selalu menjenguk tetapi tiada sebarang perubahan yang dilihat..

Saya agak sibuk kebelakangan ini sehinggakan terpaksa membiarkan laman ini 'bersawang' tanpa 'dibersihkan' dengan info terkini serta koleksi gambar terbaru.

Saya akan usahakan dengan segera untuk kongsikan beberapa koleksi gambar terkini untuk berkongsi pengalaman serta info kepada semua.

Sekali lagi saya memohon maaf sekiranya ada yang tertunggu-tunggu dengan info terkini daripada dzulfotografi.. Sehingga berjumpa lagi..


TEMPAHAN UNTUK 2011 SUDAH DIBUKA.


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Saturday, April 17, 2010

sunyi sepi..

Mst ada yg tertunggu dgn cerita dan gbr2 terkini dr dzulfotografi kan?
Buat masa ini saya belum berkesempatan untuk meng-update blog ini. Tp jgn susah hati,xlama lg akan ada cerita yg paling best dlm laman blog ni nanti.
Tunggu kmunculan nya nanti ok.

Da..

Thursday, March 11, 2010

Murah Atau Mahal??

Wedding Price List
Saya rasa perkara ini perlu disambung kerana perkara ini bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan. Walaupun hanya sebagai jurugambar separuh masa, ini juga melibatkan kredibiliti serta taraf jurugambar tempatan..akan semakin menurun pemikiran orang kita terhadap jurugambar tempatan.

Dibawah adalah coretan yang saya ambil dari laman blog milik Syarin Aziz,


"Saya terpanggil untuk menulis artikel yang berikut kerana saya agak terperanjat juga saya apa bila saya terbaca di FB, ada photographer perkahwinan yang memberi perkhidmatan wedding photography sebanyak 4 even dengan harga RM1999.


di ambil dari FB Mohd Noor http://www.facebook.com/profile.php?id=1648133303

Setelah melihat harga yang di tawarkan, saya gak sedih juga kerana, harga yang di tawar itu agak luar biasa murah dan saya terasa agak kasihan kepada photographer yang memberikan khidmatnya dengan harga itu.

Apa keuntungan yang dia dapat? Selain hanya penat lelah dan pening kepala. Adakah kos yang di tawarkan itu mengambil kira ciri-ciri yang berikut?

-kos perjalanan/minyak

-Kos telefon/pangilan/sms

-Sewa rumah, api air/ komputer

- kos penat lelah

-misc

dan yang paling utama kos - Wear/Tear.

dan beberapa kos yang tak perlu saya nyatakan disini.

Wedding Photographer Malaysia sudah terlalu ramai, terlalu ramai kerana, sesiapa sahaja boleh jadi photographer di zaman digital sekarang ini. Photographer yang terlalu ramai sehinggakan mereka terpaksa meletakkan harga yang terlalu murah dengan harapan untuk mendapatkan klien. Fenomena ini kurang berlaku di negara jiran di mana, jika anda memberikan harga yang teramat murah, klien akan mempersoalkan kredibiliti photographer tersebut, kenapa dia bagi harga yang murah? Oleh sebab itu, photographer perkahwinan di Indonesia adalah jauh lebih maju dari negara kita. Klien-klien di sana lebih percaya pada harga-harga yang kompetitif dari harga-harga yang amat murah.

Berbalik kepada Malaysia, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Harga-harga yang di tawarkan itu adalah jauh lebih murah dari harga kompetetif. Murah sehingga tidak masuk akal. Tidak masuk akal yang saya maksudkan di sini ialah, dari celah mana yang mereka boleh buat keuntungan?

Sebagai contoh, 1 event, rm799. Harga album termasuk printing RM300, tinggal lagi RM500. Pada mereka, RM500 itu sudah terlalu banyak untuk mereka. Tetapi, mereka lupa, lebihan harga itu tadi belum tolak kos-kos yang saya nyatakan di atas. kalau nak di ikutkan, ke untungan sebenar yang mereka dapat itu hanya lah rm50-100 ringgit sahaja dan ini amat menyedihkan. Cuba bayangkan bila camera rosak? bolehkah camera itu di perbetulkan dengan rm100 ringgit?

Untuk menjadi seorang wedding photographer, kos yang saya nyatakan di atas perlu di ambil kira. Camera digital yang di gunakan untuk mengambil gambar itu bukan harga ratusan ringgit, akan tetapi ribuan ringgit. Oleh yang demikian, saya rasakan adalah lebih baik untuk mengkaji semula harga dan biarlah harga itu berpatutan.

Sekian.."


Tepuk dada tanya selera..apakah tindakan kita betul?? atau tindakan kita membantu menaikkan nama jurugambar tempatan untuk menjadi setaraf dengan jurugambar di negara luar, paling dekat pun negara jiran, Indonesia??

Fikirkan lah..



TEMPAH SEKARANG UNTUK PROMOSI TAHUN 2010 !!!



Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 016 8919325 / +6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Sunday, August 30, 2009

Selamat Hari Merdeka !!!

RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Selamat Hari Merdeka kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga hari kemerdekaan kali yang ke-52 ini menjadi titik tolak kepada satu lagi perubahan baru dalam hidup kita. Semoga negara kita terus aman dan damai dari sebarang ancaman dan anasir jahat.

Merdekakan Diri, Merdekakan Pemikiran, Merdekakan Segalanya..Kami sokong 1Malaysia.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Jangan mulut jak nyebut merdeka tp ati masih juak sik merdeka..masih juak tertutup, terbelenggu, teracun dan segalanya yang menyebabkan kita sukar menerima pembaharuan oleh kerajaan memerintah. Hapuskan rasa benci, rasa ketidakpuasan hati, rasa marah dan segalanya terhadap tanah air sendiri..Tiada yang lebih selamat, tiada yang lebih bererti, tiada yang lebih baik selain dari tanah tumpah darah kita sendiri.. Merdeka !!!

dzulfotografi sentiasa menyokong pimpinan kerajaan memerintah dan sentiasa menyokong Gagasan 1Malaysia.



Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 016 8919325 / +6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Tuesday, August 4, 2009

El-Nino Kembali Lagi !!!


Bintulu, 4 Ogos 2009 - Kebakaran hutan berlaku pada sebelah tengahari dan berlanjutan sehingga ke petang dimana kepanasan yang melampau menyebabkan hutan dan kawasan kering sekitar jalan utama Tatau-Bintulu (Pan-Borneo Highway) terbakar teruk dan semakin merebak jauh ke dalam hutan berdekatan. Saksi yang berkesempatan mengambil gambar berkenaan dalam perjalanan dari Pekan Tatau menuju ke Bintulu untuk urusan kerja, memberhentikan kenderaan beliau untuk merakamkan saat berikut serta membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut supaya ianya tidak semakin teruk.

Antara kawasan yang terjejas teruk akibat kebakaran hutan ini pada hari semalam adalah dikawasan Semanok, Jln. Tatau-Bintulu dan juga Bukit Setiam, Jln. Tatau-Bintulu dan kawasan-kawasan lain hanya mengalami kebakaran kecil sahaja. Keadaan pagi td amat kurang memuaskan dan jarak penglihatan secara tidak rasminya menjangkau 500-700 meter sahaja dan banyak kenderaan yang menggunakan laluan jalan ini memandu dengan perlahan dan membuka lampu kereta supaya mudah dilihat dari arah hadapan.

Menurut sumber daripada berita radio, pagi td, seluruh bahagian di Sarawak mula diselubungi jerebu akibat kepanasan kemarau dan kebakaran hutan yang berlaku sejak minggu lepas lagi. Fenomena ini akan berterusan sehingga penghujung September atau awal Oktober dan ianya sukar untuk dibendung dan orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti luar kerana ianya boleh mengundang bahaya kepada kesihatan.

Gambar sekitar kawasan di Semanok, Jln Tatau-Bintulu




Gambar sekitar kawasan di Bukit Setiam, Jln Tatau-Bintulu






Jgn hairan lah sebab kenyataan diatas ya sebagai pembuka cerita dan untuk makluman, berita diatas ya khas dibuat untuk laporan semasa Agent24 di laman www.pgx.com.my. Kebetulan petang marek time nak ke Bintulu (naik motosikal gik ya) ada urusan rasmi, terserempaklah ngan hutan terbakar tok..Apa lagik, hp pun kamera lah jadi mangsa walaupun terpaksa mandi peluh juak marek..Panas nya nang boh cita gik.. Dah lah ari nang panas, berjerebu gik ya, ne nak lom sampei Bintulu gik, baju dah lebo..Tapi sikpa, ya hal semalam. Hari tok makey keta so sikda gik masalah ya...

Apa2 pun, hati-hati semasa memandu, kurangkanlah aktiviti luar buat seketika dan banyakkan minum air suam/kosong. Amalkan hidup sihat.



Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 016 8919325 / +6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com