Jurugambar Professional Perkahwinan | Kuching | Sibu | Bintulu | Miri | Semenanjung Malaysia
Thursday, February 26, 2009
Wednesday, February 25, 2009
Seminggu berlalu, masa berkursus nang padat, bermula dar pagi berlarutan hingga ke malam. Memanglah ada masa rehatnya tapi yalah tek, biasa kerja 8 jam jak. Kepak badan lagi nyaman dari kepak otak. Dari hari pertama atang n cek in, lalu langsung sik keluar dari hotel. Boh kata nak ke Imperial Mall kah, Bintang Mall kah or Bouleverd kah, kuar dari pintu utama hotel pun sik..hehe kuatan malas rasa nyawa sbb rasa kepak gilak. Org lain boh kira lah..heheKali tok kursus da best skit dari kursus yang lepas-lepas sbb kali tok kursus di buat kat hotel lain dari tempat biasa dihadiri..Makanan nya sik nyaman, ya jak komen.
Balit dari kursus alu kenak demam panas dan alergik. Seluruh badan gatal-gatal. Mun setakat tangan jak gatal-gatal sik juak apa, tok seluruh badan. Paling sakit nahan part belakang badan gatal. Perghhh..2 jam dari Miri ke Bintulu dalam keta jabatan nahan rasa gatal yang semahu-mahunya nak digaru tapi apakan daya ada penumpang lain jantina dalam keta. Mun suma laki tek, kompom dah separuh ku buka.
Datang di Bintulu pulak bercari klinik. Time kt perlu tok lah suma klinik tutup. Mungkin juak sbb ari ya ari ahad, nasib lah..Hampa dan balit ke rumah dengan perasaan sedih dan sengsara. Malam tido sik lena. Pertama kali kenak daktok mmg sengsara sampei semalam-malam sikpat tdo. Nunggu ari siang jak gik utk gi jumpa pakar kulit. Bila terang jak ari, alu terus pecut ke klinik. Doktor belum datang gik aku dah nunggu..Mun dapat kinek2 ya juak nak minta 'injection'. Mmg sik larat nanggung gatal2 ya. Kata kawan sekerja aku kenak ulat bulu, da juak madah kenak 'kemeh' semandin (pontianak)..macam-macam lah..tapi jauh dari org tua, klinik jak lah jwpn terdekat.hehe
Lepas jak kenak 'injek', di berik ubat, lepas bayar, alu terus balit ke rumah..Yang hairan nya, kenak da juak ubat 'gastrik'?? arghh, gohet jak lah janji cepat sembuh. Ubat ya nang cepat meresap. Doktor pun sik saon juak ubat ya mengantuk. Lepas makan jak dalam jam 10 lalu, aku tertidur sampei jam 5 ptg..mmg sik sedar2..Boss call nanya kenak sik turun kerja. Aku lupak madah yang aku kenak hal tapi sikpa, boss bait n paham. Aritok aku turun macam biasa, dah lepas suma kerja settle, bok dapat update blog ku tok..
Panjang gik cerita sbnarnya, tapi sik hal lah, lak jak cita gik..cukuplah cita setakat ya jak..hehe
Tuesday, February 17, 2009
Monday, February 16, 2009
Wednesday, February 11, 2009
Editing & Post Processing
Biasanya, apabila pelanggan saya memilih untuk mendapatkan Custom Album (tak kira saiz apa) sememangnya saya aka buat sedikit "touch up" ke atas gambar-gambar berkenaan mengikut kesesuaian editing dan designing..
Seperti anda semua maklum, kebanyakkan jurugambar pada masa kini sudah menguasai "basic" penggunaan Adobe Photoshop sebagai "tools" mereka dalam memberi sentuhan kepada kolesi gambar-gambar mereka terutamanya bagi koleksi gambar perkahwinan pelanggan mereka. Ada juga yang menggunakan Adobe Lightroom yang saya rasa lebih mudah untuk membuat pemilihan serta "simple editing" bagi kuantiti yang banyak..memang menjimatkan masa.
Tetapi setelah sekian lama "termanja" dengan penggunaan Adobe Photoshop, saya sememangnya selesa dengan aplikasi ini walaupun terpaksa duduk berjam-jam lamanya kerana saya sukar untuk menggunakan perisian aplikasi lain selainnya.. Bagi saya, ianya mudah dan mempunyai segala apa yang saya perlukan walaupun sekarang ini hanya menggunakan Adobe Photoshop CS2.
Gambar diatas adalah satu percubaan dan hasil "kegiatan" rasmi di masa lapang saya dimana bagi saya, lagi selalu kita "bermain" dengannya, lagi banyak perkara dan skill yang akan dipelajari walaupun hakikatnya, kelas editing akan memberi lebih ilmu tp sekiranya kita sendiri rajin, dimana-mana sahaja kita sebenarnya sedang mempelajari sesuatu ilmu..
.:dzulfotografi:.
Monday, February 9, 2009
Sepetang Di Waterfront Bintulu...
Pada hari semalam, saya tidak ada sebarang tempahan seperti minggu-minggu yang lepas jadi saya bercadang untuk menghabiskan masa cuti hujung minggu berkenaan dengan pergi memancing di tebingan sungai Bintulu Waterfront bersama-sama dengan beberapa rakan saya termasuk 'housemate' saya.
Pelbagai ragam sempat saya rakamkan pada hari semalam. Bukan kami sahaja yang ada di sana bahkan hampir setiap sudut dan tepian dipenuhi oleh peminat setia, pemancing-pemancing yang datang dari pelbagai tempat di Bintulu ini.Setiap hujung minggu memang kawasan ini akan menjadi tumpuan umum termasuk orang awam yang datang untuk beriadah sambil-sambil 'usha' ikan yang pemancing perolehi..Pada petang semalam, beberapa pemancing berjaya menawan Ikan Trusan yang beratnya mencecah 5kg seekor..Mmg sesuatu yang memberi kepuasan kepada pemancing berkenaan.
Okeylah, saya tidak tahu nak ceritakan apa lagi selain mahu berkongsi beberapa gambar kepada anda semua..jom tengok kat sini..
Subscribe to:
Posts (Atom)





