Tuesday, December 14, 2010

Strobe..strobe..nite wif simple tutorial..



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Mulakan hari anda dengan senyuman (ceh wah, macam lam iklan tv jak..)
Minggu lepas ada 2 aktiviti yang dijalankan..Pertama nya, siri mini outing bersama rakan-rakan di tebingan sungai Sarawak dan sekitar tepi jalan raya (Jalan Kulas)..

Walaupun sesi hanya memakan masa selama beberapa jam sahaja, aktiviti berkenaan sedikit sebanyak memberi peluang kpd rakan2 berkongsi pengalaman dan juga berkenal-kenalan antara satu sama lain dengan lebih dekat.





Aktivit berlangsung pada malam sabtu dan saya amat berterima kasih kepada mereka yang sama-sama hadir untuk menjayakan aktiviti pada malam berkenaan. Kepada Yamada (Ahim), terima kasih kerana "pick me up", kepada Zizan, thanks sbb pinjamkan FX Lens, kepada Adi, thanks sbb belanja "supper" di McD, kepada Man & Bob, thanks sbb meriuhkan suasana, kepada Im, thanks sbb jadi model terjun sekejap, kepada Abuza, thanks sbb sudi datang merami keadaan..

Tok antara yang dapat dikongsikan..yang lain boleh check dekat FB ok..



Apa2 pun, next aktiviti akan diadakan dalam masa terdekat..Mady, keep alert ok..hehe


Kepada mereka yang masih mencari atau ingin melihat hasil kerja dzulfotografi dalam bidang fotografi perkahwinan, jangan malu dan segan untuk bertanya. Saya dengan berbesar hati akan membantu anda.. Hubungi saya di talian yang tertera dibawah dengan kadar segera. Tempahan hanya terhad kepada satu pasangan untuk satu minggu..Siapa cepat dia dapat..:P




Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Monday, December 13, 2010

Next destination...

Salam...

Minggu hadapan terpaksa merantau jauh sedikit dari kampung halaman..Yang pastinya akan merindui anak lelaki ku yang semakin hari semakin membesar..Tapi xpa, pergi hanya seketika untuk menjalankan tugas.

Next week - Miri, Sarawak (17 until 20 Disember 2010)

Another week - Bintulu, Sarawak (24 until 27 Disember 2010)

So, harap maaf sekali lagi, blog ini akan menyepi sekejap..Sekejap sahaja..balik nanti akan dipenuhi warna warni koleksi gambar terkini...Jumpa lagi..


Nak ke KL malam ni..??? hahaha mimpilah..





TEMPAHAN UNTUK 2011 SUDAH DIBUKA.


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Friday, December 10, 2010

Tahun Baru, Azam Baru...

Masanya telah tiba..Esok saya akan kembali 'beraksi' di pentas dunia fotografi perkahwinan yang telah ditinggalkan sejak beberapa bulan yang lalu (ada juga wedding yang dicover tp very limited)..

Esok job permulaan bagi bulan ini dan seterusnya hingga ke tahun hadapan. Kepada yang telah memilih dzulfotografi sebagai jurugambar rasmi majlis perkahwinan mereka, terima kasih yang tidak terhingga kerana memberi peluang untuk merakamkan saat-saat indah kenangan hari bersejarah sebagai Raja Sehari. Insya Allah dengan usaha serta pengalaman yang ada, dzulfotografi tidak akan menghampakan anda semua.

Kepada yang masih tercari-cari jurugambar rasmi bagi perkahwinan anda, jangan malu-malu dan segan untuk bertanya bagaimana dzulfotografi memberikan perkhidmatan fotografi, brapa harga pakej yang perlu dibayar, setakat maca kawasan liputan, bila ada kekosongan dan apa saja yang bermain difikiran, sila email atau bertanya terus kepada saya. Insya Allah saya akan cuba membantu sedaya upaya saya.

Bingung "badget" tidak mencukupi..?? Jangan risau, kita boleh berbincang untuk mengatasinya..dzulfotografi mahu berkongsi saat manis hari bersejarah anda walaupun anda kurang mampu untuk mengabadikan saat indah berkenaan dalam bentuk fotografi dengna "finishing product" yang mahal. Segalanya bermula disini...

Tempahan sentiasa dibuka (sepanjang tahun) mengikut kekosongan yang masih ada. dzulfotografi hanya dapat memenuhi permintaan satu pasangan pada setiap satu minggu. Setakat ini, saya adalah sebagai jurugambar utama dan pastinya tidak akan ada "replacement" photographer apabila anda sudah menempah untuk majlis anda nanti.


TEMPAH SEKARANG !!!


Kepada bakal pengantin minggu hadapan, di Miri, Sarawak, jumpa anda disana. Saya harapkan segala persiapan akhir untuk majlis saudara nanti dalam keadaan yang terbaik.

Semoga bertemu kembali dalam coretan seterusnya..Jumpa Lagi...




TEMPAHAN UNTUK 2011 SUDAH DIBUKA.


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Thursday, December 9, 2010

Salam Maal Hijrah...



Pertama sekali saya mengucapkan selamat menyambut kedatangan Awal Muharram yang telah jatuh pada beberapa hari yang lalu (rasanya masih sempat lagi untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua rakan-rakan dan "follower" saya)..

Alhamdulillah tahun baru Islam telah muncul sekali lagi dan saya amat berterima kasih dan bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan bernafas dengan bebas dan tanpa dikenakan sebarang bayaran, masih kuat untuk menempuh dugaan yang sentiasa berada dihadapan, masih dapat mengucap syukur dan menikmati segala ciptaanNya dan banyak lagi yang sukar untuk diungkapkan.

Sehari sebelum tiba tahun baru Islam, saya dengan rela hati telah membotakkan kepala saya. Jadi rakan-rakan sekalian, jangan pulak terkejut dan tidak dapat mengecam pulak nanti...hehehe

Satu cara bagi diri saya untuk menyambut tahun baru dengan azam baru, wajah baru dan semuanya baru..Insya Allah selepas ini segala azam yang ditulis didalam hati ini akan cuba untuk dipenuhi dengan sempurna. Doakan kejayaan saya dimasa hadapan. Apa-apa pun, saya rasa tahun depan akan menjadi tahun yang lebih mencabar kerana apa yang saya putuskan pada tahun ini akan menjadi titik tolak permulaan untuk mencabar diri saya dengan kehidupan yang lebih mencabar dan penuh dugaan.

*Gambar diatas diambil malam sebelum tahun baru Islam. Ngam-ngam habis shoot, lampu-lampu dibangunan tersebut dipadamkan selepas jam 12 tghmalam..


Jumpa lagi...






TEMPAHAN UNTUK 2011 SUDAH DIBUKA.


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com

Wednesday, December 8, 2010

Masa untuk beriadah...

Sepanjang minggu lepas dan beberapa hari dalam minggu ini, tidak banyak aktiviti yang saya buat. Kebanyakkannya hanya habis dengan aktiviti riadah bersama rakan-rakan sekerja dan rakan sepermainan..

Dalam masa yang sama, pada siang harinya, masa lebih banyak dihabiskan dirumah bersama-sama anak lelaki saya dan juga aktiviti menyiapkan rekaan custom album yang ditempah oleh beberapa jurugambar. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kebanyakkan kerja sudah pun selesai dengan baik tanpa sebarang masalah.

Pertamanya, kepada rakan saya, Abdul Rahim a.k.a Yamada (nick name beliau dalam FB), terima kasih banyak-banyak sebab sudi meluangkan banyak masa sepanjang minggu lepas dengan cadangan aktiviti yang cukup menyeronokkan dan secara peribadinya memang sudah lama saya kurang bergerak keluar pada waktu malam (bukan buat aktiviti tak senohoh) untuk merayau-rayau sekitar bandar Kuching bagi mendapatkan beberapa keping koleksi gambar pada waktu malam. Yang paling bestnya, aktiviti strobist di dalam Senso Lounge, Hilton. Nasib baik pihak lounge berkenaan memberi kerjasama yang cukup baik dengan mengizinkan kami beraksi dan mengambil gambar di dalam kawasan berkenaan. Kepada rakan saya berkenaan, nanti lepas balik dari US (United State) kita buat satu sesi lagi di lounge hotel yang lain pulak ok..hehe (jangan lupa ole-ole dari sana ok..)
Keduanya, kepada Rosman (Rouchmunt) dan juga Bob (lecturer UNIMAS), terima kasih kerana sempat meluangkan masa bersama berjalan-jalan meriuhkan suasana malam di sekitar Waterfront Kuching beberapa malam yang lalu. Ini antara gambar yang sempat diambil pada hari berkenaan.. Mimik muka Bob dibelakang adalah tanda keriangan beliau sepanjang malam berkenaan..Nice to meet u Bob..next time kita outing bersama ok.

Di atas (gambar kedua) adalah Rosman a.k.a Rouchmunt, rakan sekerja yang gemar keluar bersantai bersama rakan-rakan beliau. Seorang yang periang dan juga suka melawak. Gambar berkenaan pada mulanya tidak menjadi tetapi setelah diubah suai sedikit, hasilnya seperti yang anda nampak sekarang. Rosman, next time kita buat lebih baik lagi ok..Kita rancang betul-betul supaya Transmitter & Receiver aku tidak tertinggal dirumah..hehe
Buat masa sekarang masih belum sempat untuk menyusun beberapa koleksi gambar perkahwinan yang masih belum dikongsikan disini. Itu pun beberapa koleksi bulan-bulan yang lepas kerana kebelakangan ini agak sibuk dengan aktiviti rekaan grafik album yang banyak dan menunggu untuk disiapkan. Insya Allah dalam masa terdekat nanti akan muncul beberapa koleksi terkini daripada dzulfotografi.

Kepada bakal-bakal pengantin yang akan atau bercadang untuk melangsungkan apa-apa majlis berkaitan, termasuklah majlis pertunangan, bertekul ataupun pernikahan, jangan malu dan segan untuk bertanya samada tempahan boleh dibuat atau tidak. Saya akan cuba membantu dan memberikan yang terbaik kepada saudara sekalian. Tempahan sentiasa dibuka dan saya lebih selesa sekiranya saudara sekalian, bakal-bakal pengantin, dapat menyatakan masa yang sesuai untuk bertemu dan berbincang bagi melihat hasil kerja dan juga beberapa sampel custom album yang saya boleh tunjukkan.

Akan muncul tidak lama lagi, CUSTOM ALBUM boleh dibuat di Kuching, Sarawak..Kepada jurugambar pernikahan atau sesiapa sahaja yang berminat, kini anda tidak perlu risau untuk memikirkan kos penghantaran yang tinggi dan risiko kerosakan album apabila membuat tempahan di luar Kuching. Saya akan maklumkan berita baik ini dalam update seterusnya nanti.

Rasanya setakat ini dahulu dan saya akan sambung kemudian dengan info terkini dan perkongsian gambar terbaru daripada dzulfotografi. Sekian..Terima kasih kerana sudi membaca coretan ini.





TEMPAHAN UNTUK 2011 SUDAH DIBUKA.


Zulhafizan Bin Jamel
Freelance Wedding Photographer | Freelance Photographer
The Founder of dzulfotografi wedding photographer

+6 013 8169912
email : dzulfotografi@yahoo.com