Tuesday, November 18, 2008

Outing - Buntal Sunrise

Pada awal November lepas, saya mengambil cuti rehat dan balik ke Kuching dan pada masa yang sama saya berkesempatan mengikuti beberapa fotografer dari Kuching yang telah merancang untuk ke satu destinasi, untuk merakamkan gambar matahari terbit atau lebih dikenali sebagai SUNRISE..

Pada hari berkenaan, kami semua berangkat ke tempat yang telah dirancangkan seawal jam 0530 pagi. Bersama-sama kami beberapa set kamera digital dan tripod. Ini sahaja yang kami kerana merasakan aktiviti pagi tersebut amat ringkas dan tidak memakan masa begitu lama. Tambahan kawasan yang akan kami lalui adalah pantai yang berlumpur dan akan menjadi risiko sekiranya bebanan yang dibawa dikhuatiri terjatuh atau tercicir.

Cuaca pada pagi berkenaan amat menghampakan kerasa langit masih diselimuti awan tebal dan kami hanya mampu menunggu dengan sabar sehingga ianya betul-betul tidak muncul seperti yang kami impikan pada hari-hari lainnya..

Disini ada beberapa keping koleksi gambar daripada saya sendiri yang diperolehi pada sesi outing berkenaan. Terima kasih kepada Saudara Zamrin, Saudara Lan dan Saudara Rizal kerana meluangkan masa bersama-sama pada hari yang tidak begitu bernasib baik berkenaan. Lain kali kita cuba lagi dan lagi dan lagi dan lagi..hehe

Setakat ini dahulu dan saya akan kembali semula dengan koleksi terbaru gambar-gambar pengantin seperti mana yang sepatutnya saya bangunkan blog ini. Terima kasih.
































Sumbangan daripada Koleksi Outing dzulfotografi.2008

Tawaran Terakhir Untuk Tahun 2008

Untuk makluman pelanggan yang dihormati sekalian,

Harga pakej yang telah ditawarkan oleh dzulfotografi sepanjang tahun 2008 ini sudah sampai ke penghujungnya dan kemungkinan besar perubahan harga dan pakej akan dibuat mengikut harga pasaran semasa serta promosi beberapa produk baru yang akan diperkenalkan khas untuk bakal-bakal pengantin yang akan melangsungkan majlis perkahwinan pada tahun 2009.

Harga yang ditawarkan oleh dzulfotografi tidak akan naik mendadak cuma perubahan dari segi beberapa tawaran dalam setiap pakej akan berubah. dzulfotografi akan memaklumkan senarai harga terbaru bagi tahun 2009 bermula pada pertengahan bulan Disember dan mula digunapakai pada 1 Januari 2009.

Kepada bakal-bakal pengantin yang akan melangsungkan majlis perkahwinan pada awal tahun hadapan, berminat untuk mendapatkan harga bagi tahun 2008, anda boleh berbuat demikian dengan membuat tempahan awal sebelum berakhir bulan Disember 2008. dzulfotografi hanya akan menerima tempahan berdasarkan "with appoinment only".. Sila buat temujanji seawal yang mungkin sekiranya tidak mahu melepaskan tawaran harga tahun 2008.

TAWARAN TERHAD MASIH SAH SEHINGGA AKHIR DISEMBER 2008 !!!

Cepat, dapatkan tarikh majlis perkahwinan anda dan tempah segera untuk perkhidmatan jurugambar/fotografi daripada dzulfotografi.

Klik untuk lebih jelas. (click picture for enlarge)




Copyright 2008 dzulfotografi.weddingphotographer 060808